
Ibu-ibu pasti risau jika bayinya kurang menyusu. Menyusu pun 1 ke 2 onz sahaja selebihnya bayi hanya mengisi masanya dengan tidur sepanjang hari. Ibu-ibu jangan risau ! Malah ibu-ibu perlu lihat apakah punca yang menyebabkan bayi anda kurang menyusu ? Adakah ada kaitan dengan kesihatan seperti perut kembung, posisi ibu sewaktu memberikan susu salah ataupun faktor lain ?
Punca dan cara menyelesaikan masalah bayi kurang menyusu
#1 Posisi menyusukan bayi yang salah membuakan bayi tidak senang dan kurang menyusu
- Cara Menyelesaikan : Ubah posisi bayi dengan betul
#2 Teknik penyusuan yang salah ataupun bayi mempunyai masalah kesihatan (tongue tie)
- Cara Menyelesaikan : Betulkan teknik penyusuan supaya susu badan lebih banyak keluar bila dihisap
#3 Bayi keliru dengan puting. Punca berlaku kekeliruan ini adalah kerana puting tiruan diberikan terlalu awal kepada bayi.
Cara Menyelesaikan :
- Perah susu dan berikan bayi susu menggunakan cawan atau sudu
- Berhenti memberikan bayi susu menggunkan botol
- Sentiasa membiasakan bayi dengan cara kulit ke kulit
- Rujuk kepada pakar
#4 Bayi kurang sihat
- Cara Menyelesaikan : Berjumpa pakar perubatan dan belajar cara penyusuan yang betul ketika bayi sedang sakit
#5 Bayi yang tidak suka dengan bunyi bising dan bau ibu yang berlainan
- Cara Menyelesaikan : Pastikan keadaan tenang dan tiada masalah bau bauan ketika bayi sedang menyusu
#6 Perkembangan fungsi motor sedang berkembang
- Cara Menyelesaikan : Ibu perlu ambil tahu bagaimana tindak balas dan bahasa bayi
#7 Ibu salah anggap, difikirkan bayi mahu menyusu tapi bukan itu sebenarnya. Bayi juga mahu didukung dan dimanja.
- Cara Menyelesaikan : Perlu lebih memahami kehendak bayi dan memberikan perhatian kepada bayi dengan cara yang lain.
#8 Punca susu tak lancar ataupun tersumbat membuatkan bayi merajuk dan kurang menyusu.
- Cara Menyelesaikan : Amalkan cara yang membolehkan susu keluar dengan lancar dan tidak tersumbat. Tenangkan bayi dan memberikannya susu semula.
#9 Bayi tersedak akibat susu yang keluar terlalu laju dan bayi menjadi serik untuk terus menyusu
- Cara Menyelesaikan : Sendawakan bayi di bahagian pertengahan supaya bayi tidak tersedak dan berikan bayi susu semula.
#10 Payudara bengkak dan aroela tegang menyebabkan bayi tidak boleh melekapkan lidah dengan betul kerana pendek.
- Cara Menyelesaikan : Cuba rawat payudara bengkak dengan rawatan kubis. Perahkan susu terlebih dahulu sebelum diberikan kepada bayi supaya lebih mudah untuk bayi lekapkan lidah.
#11 Bayi terlalu kerap minum susu menggunakan botol
- Cara Menyelesaikan : Elakkan memberi bayi susu tambahan dan susu formula menggunakan botol terlalu awal.
#12 Bayi yang mempunyai masalah kesihatan seperti lemah, pramatang, kurang gula dalam darah, metabolik dan kurang hormon tiriod. Menyebabkan bayi hanya kemam puting di dalam mulut dan tidak menghisap.
- Cara Menyelesaikan : Segera rujuk pakar perubatan sekiranya bayi tidak aktif.
Ini adalah antara punca dan cara menyelesaikan masalah bayi kurang menyusu. Diharapkan dengan cara ini ibu-ibu dapat menyelesaikan masalah ini. Semoga anak ibu-ibu sentiasa sihat dan ceria.
Kredit : theAsianparent Malaysia