3 Problems for Mommy: Apakah depresi semasa kehamilan & selepas kelahiran?

Jenis Depresi Semasa Kehamilan & Selepas Kelahiran

Adakah keadaan berubah setelah anda hamil?

Adakah perkara berbeza dari yang anda jangkakan sebagai ibu baru?

Bagi kebanyakan ibu, pengalaman mengandung dan melahirkan anak sering diikuti oleh perasaan kesedihan, ketakutan, kegelisahan, dan kesukaran dalam membuat sebarang keputusan. Terdapat ramai wanita sukar dalam mendapatkan tenaga bagi menjaga diri, bayi, dan keluarga mereka. Malah ada diantara mereka yang mempunyai perasaan untuk menyakiti diri dan anak-anak mereka sendiri. Ini mungkin merupakan tanda-tanda awal bagi gejala depresi. Sekiranya ini perkara-perkara yang disebutkan sedang dialami oleh anda atau seseorang yang anda kenali, terdapat dua perkara penting yang harus anda ketahui.

Anda tidak keseorangan. Bantuan ada disekeliling anda.

Hormon sebagai Pencetus

Terdapat banyak sebab dan punca yang mendorong anda mengalami depresi. Sebagai seorang wanita, tubuh badan anda akan mengalami banyak perubahan hormon semasa dan selepas kehamilan. Ketika seorang wanita itu hamil, tubuhnya akan menghasilkan hormon estrogen dan progesteron wanita dalam jumlah yang jauh lebih besar. Tetapi dalam 24 jam pertama selepas melahirkan, tahap hormon ini turun dengan cepat ke tahap yang tidak hamil. Perubahan hormon ini boleh menyebabkan depresi dengan cara yang serupa ketika perubahan hormon haid yang dapat memicu gejala serupa semasa dan selepas haid anda.

Bagi sesetengah wanita, terdapat beberapa penyebab lain dari gejala ini selepas kehamilan antaranya adalah penurunan hormon tiroid yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid (terletak di leher). Hormon ini membantu mengatur cara tubuh anda dalam menggunakan tenaga. Tahap tiroid yang rendah boleh menyebabkan mood atau emosi berasa tertekan atau jengkel, mengalami masalah untuk tidur dan tumpuan, dan kenaikan berat badan secra mendadak.

Gabungan perubahan ini dalam tubuh anda dengan perubahan dramatik yang berlaku dalam hidup anda, juga kehidupan normal yang dibebani dengan tanggungjawab baru, tekanan untuk menjadi ibu yang “hebat”, rasa kehilangan mengenai kehidupan yang anda alami sebelumnya merupakan faktor yang anda boleh berisiko untuk tekanan perasaan dalam kehidupan seharian dan depresi semasa atau selepas bersalin.

Faktor-Faktor Risiko

Terdapat beberapa wanita yang akan lebih berisiko mengalami depresi semasa dan selepas kehamilan:

  • Ibu yang mempunyai sejarah dalam mengalami depresi dan penyakit mental merupakan faktor keseluruhan yang paling terbesar.
  • Sejarah keluarga yang mengalami penyakit tertekan penyakit mental yang lain.
  • Kurangnya sokongan dari keluarga kawan-kawan.
  • Depresi atau penyakit mental yang dialami pada pasangan wanita.
  • Kebimbangan atau perasaan negatif mengenai kehamilan
  • Masalah dengan kehamilan atau kelahiran sebelumnya
  • Masalah perkahwinan atau wang
  • Tertekan dengan kehidupan yang dialami
  • Kehamilan pada usia muda
  • Pengaruh penggunaan bahan
  • Keganasan keluarga
  • Penyakit kronik

Risiko juga akan lebih tinggi dengan kelahiran secara kembar, kelahiran prematur, dan kekurangan kongenital atau fizikal atau perkembangan neuro pada bayi. Peralihan yang tertekan seperti kembali bekerja, mungkin juga menjadi faktor risiko. Walaupun faktor risiko ini membantu mengenal pasti mereka yang lebih cenderung mengalami depresi perinatal, mana-mana wanita boleh terjejas semasa kehamilan atau pada tahun selepas kelahiran.

Jenis Depresi Semasa & Selepas Kehamilan

Depresi semasa dan selepas kehamilan biasanya dibahagikan kepada tiga kategori berikut iaitu baby blues, perinatal depression (merangkumi depresi pranatal dan depresi postpartum) dan postpartum psychosis. Bagi semua kes yang dinyatakan, bantuan akan sentiasa ada jika diperlukan.

Depresi perinatal adalah istilah yang merangkumi depresi prenatal iaitu semasa kehamilan dan depresi postpartum iaitu pada tahun pertama selepas kelahiran anak

Baby Blues

Terdapat banyak wanita yang mengalami baby blues atau emosi yang tidak stabil pada hari selepas melahirkan anak. Sebenarnya, dianggarkan 50% hingga 80% semua ibu mengalami “postpartum blues” selepas kelahiran. Bagi kebanyakan wanita, baby blues bersifat sementara iaitu biasanya akan hilang dalam beberapa hari dan berlangsung sehingga 2 minggu setelah melahirkan anak.

Jika anda menghidap baby blues, anda akan mengalami tanda-tanda seperti bertikut:

  • Emosi yang tidak stabil.
  • Berasa sedih, gelisah dan selalu cemas.
  • Kurang selera makan.
  • Mengalami gangguan untuk tidur

Kebiasaannya simptom yang dialami tidak begitu teruk, terdapat beberapa langkah yang terbaik bagi mengawal simptom tersebut:

  • Dapatkan rehat yang mencukupi,
  • Buang tekanan yang dialami dari diri sendiri. Hanya selesaikan masalah yang mampu diselesaikan tanpa memaksa diri.
  • Elakkan masa bersendirian terlalu lama.
  • Dapatkan pertolongan dari kawan-kawan, ahli keluarga dan pasangan hidup.
  • Sertai kumpulan dari ibu baharu.
  • Dapatkan sedikit masa untuk bersenam.

Depresi Perinatal (merangkumi depresi prenatal dan depresi postpartum)

Depresi perinatal adalah istilah yang merangkumi depresi prenatal iaitu semasa kehamilan dan depresi postpartum iaitu pada tahun pertama selepas kelahiran anak. Gejala depresi perinatal ini dapat bertahan lebih lama daripada “baby blues” dan lebih teruk. Ia berlaku pada purata 1 dari 5 wanita.

Ibu yang hamil dan ibu baru yang mendapati bahawa diri mereka berasa gelisah, kecewa, cemas, berlinangan air mata, atau tertekan tidak boleh berdiam atau berasa malu. Sebaliknya, mereka harus segera berbincang dengan doktor mereka dan segera mendapatkan sokongan dan rawatan mengikut keperluan mereka.

Gejala depresi perinatal boleh dikategorikan mengikut peringkat iaitu dari ringan hingga kuat. Mereka boleh merangkumi simptom yang sama dengan baby blues, tetapi ianya juga boleh merangkumi simptom seperti yang berikut:

  • Masa tidur yang terlalu lama atau tidur yang tidak mencukupi.
  • Emosi yang tidak stabil.
  • Mengalami masalah dalam menumpukan perhatian, mengingati sesuatu perkara dan membuat keputusan.
  • Tidak bersemangat dalam melakukan aktiviti harian.
  • Sering menjauhkan diri daripada keluarga dan kawan-kawan.
  • Sering berasa kegagalan dalam membuat sesutau perkara.
  • Kesukaran dalam memahami sesuatu perkara.

Terdapat rawatan yang berkesan bagi mengatasi depresi perinatal. Selalunya, rawatan yang ditawarkan akan merangkumi terapi bicara atau kombinasi daripada ubat antidepresan, terapi bicara, dan sumber komuniti yang membantu antara satu sama lain. Wanita yang mengalami masalah ini adalah penting untuk membincangkan dengan doktor dengan lebih teliti.

Petua yang sama untuk mengatasi “baby blues” juga dapat membantu mengatasi depresi postpartum. Apa sahaja langkah yang anda dan doktor anda telah bincangkan adalah langkah penyelesaian yang terbaik, penting untuk anda mematuhi plan rawatan anda. Sekiranya keadaan tidak bertambah baik, jangan ragu untuk menghubungi doktor atau pakar pediatrik anda.

Postpartum Psikosis

Postpartum Psikosis atau dikenali sebagai gangguan emosi selepas bersalin. Penyakit ini biasanya melibatkan sebilangan kecil wanita (1 atau 2 dari 1000 wanita). Pesakit menghidap depresi yang jarang berlaku kepada wanita lain dan ianya adalah depresi yang sangat teruk. Wanita yang telah di diagnosis dengan gangguan bipolar atau keadaan yang disebut sebagai gangguan skizoaffektif berisiko lebih tinggi untuk mendapat postpartum psikosis.

Simptom gangguan selepas bersalin biasanya bermula pada 4 minggu pertama selepas bersalin dan mungkin termasuk:

  • Kekeliruan yang melampau
  • Terlalu putus asa
  • Tidak dapat tidur (walaupun keletihan)
  • Menolak untuk makan
  • Tidak mempercayai orang lain
  • Melihat perkara atau mendengar suara yang tidak ada di sana
  • Pemikiran untuk mencederakan diri sendiri, bayi, atau orang lain

Postpartum Psikosis atau gangguan emosi selepas bersalin bersifat sementara dan dapat dirawat dengan bantuan profesional, tetapi ia adalah penting dan memerlukan pertolongan segera.

Mana-mana wanita boleh menjadi depresi semasa mengandung atau selepas melahirkan. Ini tidak bermaksud anda seorang ibu yang buruk atau ibu yang tidak menjaga bayi anda. Sebenarnya, mendapatkan rawatan dan sokongan dapat membantu anda menjaga bayi anda. Anda dan bayi anda tidak perlu menderita. Ada pertolongan yang disediakan. Semua anak berhak mendapat ibu yang sihat. Dan semua ibu berhak mendapat peluang untuk menikmati kehidupan dengan anak-anak mereka. Sekiranya anda merasa tertekan semasa mengandung atau selepas melahirkan, jangan menderita sendirian. Beritahu orang yang anda sayangi dan segera hubungi doktor.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter

More to explorer

1 thought on “3 Problems for Mommy: Apakah depresi semasa kehamilan & selepas kelahiran?”

  1. Pingback: 7 Important manners: Adab melawat ibu berpantang dan bayi baru lahir - YouBaby

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
× Wasap Kami