5 Kesilapan Patut Dielak Oleh Ibu Bapa Dalam Aspek Penjagaan Bayi Berumur 1 Tahun KeBawah

kesilapan ibu bapa

KESILAPAN IBU BAPA SELALU LAKUKAN-Ibu bapa selalunya teruja dengan kehadiran si kecil  dan sedaya upaya memberikan penjagaan yang terbaik kepadanya. Namun sikap keterujaan tersebut adakala mengakibatkan ibu bapa melakukan kesilapan-kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan  dalam penjagaan bayi berumur setahun kebawah. 

Jom lihat checklist dibawah, mana tahu kalau anda salah seorang ibu bapa yang melakukan kesalahan tersebut.

Ibu bapa mungkin rasa yang mereka sedang membantu si kecil untuk cepat berjalan dengan meletakkannya ke dalam baby walker. Tapi perkara tersebut menjadi salah satu kesilapan dalam penjagaan bayi berumur 1 tahun kebawah!

 

Perbuatan anda sebenarnya memudaratkan si kecil kerana bayi anda mungkin tidak dapat mengawal pergerakan lalu walker tersebut terbalik dan mencederakan dirinya yang masih kecil itu.

 

Jadi ibu-ibu hanya perlu memberi semangat kepada bayi agar mereka lebih berani untuk memulakan langkah.

 

Jangan terlalu risau ya ibu dan bapa sekalian. Anak anda pasti akan pandai berjalan juga bila tiba masanya nanti dan ketika dia bersedia untuk melakukannya bukan dengan terburu-buru menggunakan baby walker.

 

Kesilapan2:Memandang ringan demam bayi

Ibu-ibu mungkin tidak memandang serius demam bayi dan melayan si kecil sama seperti bayi besar apabila si kecil demam dengan memberi rawatan di rumah sahaja. Jarang untuk ibu-ibu risau dengan suhu demam yang sederhana.

 

Namun  tindakan anda sebenarnya salah dan patut dielakkan. Hal ini tidak patut dilakukan pada bayi yang baru lahir berumur setahun ke bawah! Jika bayi anda mengalami kenaikan suhu walaupun sedikit, anda perlu segera membawa si kecil ke klinik tanpa berlengah! 

 

Ingat! jangan jadi punca untuk melakukan kesilapan kecil ya ibu-ibu.

 

Kesilapan3:Tidak memasang car seat dengan betul

Kesilapan seumpama ini lazim dilakukan oleh ibu bapa yang membawa bayi  dalam perjalanan jauh. Jika anda tak pasti bagaimana cara untuk memasang car seat bayi dengan betul, pastikan anda membaca panduan manual yang terdapat di dalam kotak semasa pembelian.

Anda juga boleh bertanyakan pada rakan-rakan yang mempunyai anak kecil untuk mendapatkan tips yang berguna.

Penggunaan car seat bayi yang betul dapat mengelakkan mereka daripada tercedera apabila berlaku kemalangan. Oleh itu, ibu-ibu kena take noted ya.

Kesilapan4:Keliru antara muak dan muntah

Jururawat kanak-kanak, Jennifer Walker, ada menerangkan bahawa:

“Apa yang membezakan antara muak dan muntah itu adalah kekerapan, dan bukannya cara bayi itu mengeluarkan susu dari mulut. Jika bayi anda muntah akibat virus usus, ianya akan terjadi setiap 30 ke 45 minit selepas makan. Muak pula selalunya berlakusebaik sahaja selepas makan.”

Jadi, ibu bapa perlu tahu membezakan antara muak dan muntah untuk mengenal pasti masalah kesihatan bayi.

Tidak tahu membezakan antara muak dan muntah merupakan satu kesalahan lazim yang ibi-ibu alami. Jika ibu-ibu biarkan kerana menganggap ia perkara biasa, si kecil mungkin mengalami masalah lain yang akan memudaratkannya. Oleh itu, pastikan anda peka mulai dari sekarang ya ibu-ibu.

Kesilapan5:Mengabaikan penjagaan gigi

Penjagaan gigi amat penting bagi kanak-kanak. Walaupun si kecil belum tumbuh gigi tidak bermakna anda patut mengabaikannya. Susu akan menyebabkan kekotoran pada lidah dan gusi. 

Ibu-ibu seringkali mengabaikan penjagaan gigi bayi dan menggangap perkara tersebut adalah biasa. Tapi, perbuatan anda merupakan kesilapan yang ibu bapa modern selalu lakukan!

Oleh itu, ibu-ibu perlu mencuci gusi dan lidah si kecil dengan menggunakan kain basah dan gunakan berus gigi kanak-kanak yang sesuai apabila si kecil anda mula tumbuh gigi.

sumber : The Asian Parent

INFO: Lihat juga info tentang dehydration

5/5
Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
× Wasap Kami