5 Makanan Sihat untuk Ibu Yang Baru Mengandung, Membantu Pertumbuhan Bayi dalam Kandungan: Basic Tips For Pregnant Mom

Makanan sihat
Pemakanan yang sihat untuk ibu mengandung mampu membantu pertumbuhan janin

Apakah makanan yang sihat untuk ibu yang pertama kali mengandung yang mampu membantu pertumbuhan bayi dalam kandungan sihat?

Pada 3 bulan yang pertama, setiap hari ibu akan merasa mual dan muntah. Namun begitu, jangan menyerah untuk terus makan makanan yang mempunyai zat dan protein yang mencukupi. Makanan yang mempunyai zat dan protein sangat penting kepada ibu yang sedang mengandung trimester pertama kerana janin memerlukan zat dan vitamin supaya dapat bertumbuh dengan baik.

Namun begitu, terdapat juga beberapa makanan yang sepatutnya dihindari dan tidak boleh dimakan untuk ibu yang sedang mengandung.

  • Terlalu banyak kafein

Kafein merupakan salah satu minuman yang tidak sesuai untuk ibu yang sedang hamil. Pengambilan kafein ini akan menyebabkan gangguan pada jantung bayi. Sebaiknya, minuman atau makanan yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, minuman bersoda dijauhi.

  • Alkohol

Minuman paling berisiko dan dilarang adalah alkohol. Alkohol boleh berisiko keguguran dan bayi lahir mati yang lebih tinggi. Pengambilan alkohol walaupun sedikit akan memberi impak kepada pertumbuhan dan perkembangan otak bayi. Selain itu, alkohol menyebabkan fetal alcohol syndrome  iaitu sindrom yang dapat menyebabkan risiko kecacatan wajah, jantung dan menyebabkan mental anak rosak sejak dalam kandungan.

  • Susu mentah

Susu merupakan salah satu minuman yang sihat dan mempunyai kalsium yang tinggi. Namun begitu, susu mentah di larang untuk ibu mengandung disebabkan mempunyai bakteria dalam susu. Susu mentah juga boleh menyebabkan keracunan, penyakit brucellosis dan membahayakan badan ibu mengandung. Susu mentah boleh tercemar akibat pencemaran atau jangkitan pada haiwan yang boleh mengakibatkan penyakit kepada manusia.

  • Makanan setengah masak

Makanan setengah masak seperti telur separuh masak, daging steak setengah masak iaitu medium rare, ayam, dan itik  akan menyebabkan janin dalam kandungan terkena jangkitan kuman. Makanan yang tidak masak sepenuhnya mengandungi bakteria salmonella yang berbahaya kepada kesihatan.

5 Makanan sihat untuk ibu dan pertumbuhan bayi

  1. Folic Acid

Ibu mengandung perlu mengambil multivitamin yang mengandungi minimal 400 mcg folid acid kerana zat ini berfungsi mengurangkan risiko berlakunya kecacatan pada bayi, kecatatan tiub saraf, mengurangkan risiko sumbing dan mencegah anemia. Selain multivitamin, folic acid juga mengandungi sayur-sayuran berdaun, buah-buahan, kekacang dan bijirin. Folic Acid . Fungsi folid acid ini sebenarnya adalah untuk menguatkan tulang bayi, pembentukan janin yang sempurna, menguatkan rahim wanita, mengelakkan kecatatan bayi dan perkembangan bayi yang sihat.

  1. Susu

Susu merupakan pengambilan yang sangat penting untuk ibu mengandung kerana ia mengandungi kalsium yang tinggi. Ibu mengandung memerlukan dua kali jumlah kalsium berbanding biasa. Kekurangan kalsium membolehkan tubuh lemah, tidak sihat, berisiko mengalami kekurangan darah dan boleh menyebabkan pertumbuhan bayi terbantut. Tauhu dan keju juga memiliki nilai kalsium yang tinggi sama seperti susu.

  1. Zat, protein dan vitamin

Selain folic acid, nutrien lain seperti zat besi, vitamin-vitamin lain dan protein sangat diperlukan untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Ibu mengandung memerlukan lebih 300 kalori sehari untuk memenuhi keperluan diri dan pertumbuhan bayi. Oleh itu, pemakanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, susu rendah lemak, telur, keju dan bijirin perlu dalam diet pemakanan ibu. Selain itu, nutrien mempengaruhi pertumbuhan bayi dalam kandungan. dengan pemakanan yang mencukupi, bayi yang dilahirkan akan mencapai tahap kesihatan yang baik. Buah-buahan dapat memastikan bayi mendapat nutrisi yang mencukupi seperti vitamin, mineral dan antioksidan.

  1. Kurma

Kurma merupakan salah satu makanan sunnah dan memberi tenaga kepada ibu mengandung. Kurma membantu mengendalikan denyutan jantung dan tekanan darah kepada ibu mengandung. Bukan setakat kurma sahaja, kismis, buah tin dan makanan sunnah yang lain turut mempunyai kelebihan untuk kesihatan ibu mengandung. Kurma membantu mengendalikan denyutan jantung, tekanan darah dan merawat sembelit.

  1. Minum air 8 gelas sehari.

Selama kehamilan, ibu perlu minum air kosong sebanyak 8 gelas setiap hari untuk melancarkan keseluruhan sistem tubuh. Pengambilan air kosong juga membantu mengembalikan kesegaran tubuh yang lemah dan menahan rasa lapar akibat mual dan muntah-muntah. Tambahan lagi, pengambilan air kosong dapat mengeluarkan toksin dan badan tetap terhidrasi.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top