
Sewaktu hamil sungguh sukar untuk melakukan senaman kerana dengan faktor fizikal perut yang semakin membesar menyukarkannya. Tetapi ibu-ibu tidak perlu risau, kerana senaman ini sangat mudah dan selamat serta sesuai untuk ibu yang sedang mengandung dan sangat digalakkan sebelum bersalin. Marilah ibu-ibu mengamalkan 5 Senaman yang mampu membantu ibu mengandung untuk bersalin normal (simple and easy workout)
Senaman Untuk Ibu Mengandung #1. Squat
- Squad mampu membantu menguatkan otot pinggung ibu dan membantu bayi mendorong lebih rendah.
- Squad juga mampu menghilangkan sakit pinggang ibu-ibu yang sedang hamil.
Caranya: Ibu perlulah berdiri dan membuka kangkang terlebih dahulu, selepas itu turun perlahan-lahan sehingga posisi mengcangkung dan tahan selama 30 saat selepas itu naik semula ke posisi asal tanpa menggunakan tangan. ( ulang sehingga 10 ke 20 minit setiap hari )
Senaman Untuk Ibu Mengandung #2. Berjalan Kaki
- Berjalan kaki merupakan senaman yang popular di kalangan ibu-ibu mengandung. Berjalan kaki mempunyai banyak faedah terhadap ibu mengandung antaranya ialah berjalan kaki mendorong kepada kontraksi.
- Jika berasa sakit kontraksi sudah mula ibu disarankan untuk banyak berjalan kerana ia dapat membantu bayi turun dan berada pada posisi ideal untuk dilahirkan
Caranya: Ibu hanya perlu banyak berjalan, untuk lebih seronok berjalanlah di tempat reakreasi sambil menikmati suasana petang bersama suami, keluarga dan rakan-rakan.
Senaman Untuk Ibu Mengandung #3. Mengangkat punggung dan juga otot pelvis
- Senaman ini ibu boleh buat dirumah sahaja kerana senaman ini hanya memerlukan pelapik untuk baring terlentang
caranya: Mula-mula ibu perlu baring terlentang terlebih dahulu dan bengkokkan kaki dan biarkan tapak kaki berada di atas lantai. Seterusnya setelah baring ibu perlu perlahan-lahan mengangkat punggung, pastikan bahu dan kaki tidak terangkat! (lakukan senaman ini setiap hari 10-15 minit sambil mendengar lagu untuk meningkatkan keseronokkan sewaktu melakukan senaman)
Senaman Untuk Ibu Mengandung #4. Duduk di atas bola.
- Dengan hanya duduk ia dapat membantu mengurangkan sakit kontraksi ibu mengandung . Kontraksi terjadi kerana perut si ibu yang semakin besar dan pada waktu itulah sakit kontraksi mula terasa.
- Tetapi ibu perlulah duduk di atas bola khas untuk ibu mengandung. Perlu diingatkan bahawa ibu tidak digalakkan untuk duduk di atas permukaan yang tenggelam seperti sofa.
Caranya: Ibu perlu duduk secara menegak dengan punggung terkunci ke hadapan. Ibu perlulah menggunakan bola besar untuk duduk diatasnya kerana permukaannya yang rata.
Senaman Untuk Ibu Mengandung #5. Duduk seperti posisi kupu-kupu
- 5 Senaman ringan yang mampu membantu ibu mengandung bersalin normal ialah ialah dengan duduk secara posisi kupu-kupu.
- Posisi ini dapat pinggul ibu menjadi lebih fleksibel dan melancarkan proses bersalin.
Caranya: Ibu perlu meregangkan otot dibawah pinggul, punggung serta peha dalam masa yang sama ibu perlu duduk secara posisi kupu-kupu.
Kredit: theAsianparentmalaysia
#youbaby