6 Tips Mencegah Asma Pada Si Kecil Supaya Ibu Tidak Susah Hati

Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Ia merupakan penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan. Kebiasaanya batuk sering berlaku pada waktu malam atau awal pagi. Jika tidak dirawat dari awal ia akan berlarutan dan akan berisiko kepada bayi.

Bagi mencegah dan mengelak penyakit asma dari si kecil ibu-ibu perlulah memastikan anak anda terhindar dari punca-punca untuk mendapat penyakit asma. Berikut adalah tips untuk mencegah asma pada anak-anak:

1. Jauhkan anak dari persekitaran yang berhabuk

Jangan letakkan si kecil berhampiran dengan tempat-tempat yang mempunyai habuk dan debu. Jauhkan mereka dari tempat yang berhabuk. Ibu-ibu perlu sentiasa pastikan kawasan persekitaran bersih dan kemas. 

2. Keringkan anggota badan yang basah

Ibu-ibu perlu pastikan tubuh anak sentiasa kering selepas dimandikan. Segera lap tubuh badan si kecil selepas mandi supaya badannya tidak lembap dan basah. Ini kerana keadaan badan yang basah akan menyebabkan mereka sejuk dan akan mudah mendapat asma. 

3. Elak dari sejuk

Elakkan daripada memakai pakaian yang nipis jika keadaan persekitaran sejuk. Ibu-ibu perlu perlu pastikan anak-anak memakai baju yang tebal dan seluar yang tebal agar tak berasa sejuk semasa tidur, terutama sekali apabila dalam bilik penghawa dingin.

4. Amalkan pemakanan yang sihat

Bagi mengelak dari asma pemakanan merupakan faktor penting untuk difokuskan.  Ibu-ibu perlu elakkan daripada memberi makanan dan buah-buahan yang sejuk kepada anak. Antara contoh makanan yang perlu di elakkan adalah buah-buahan kering, acar, sayur-sayuran sejuk dan minuman sejuk. Banyakkan minum air kosong untuk si kecil. Ibu-ibu perlu pastikan anak-anak minum air kosong sekucupnya setiap hari.

5. Elakkan haiwan berbulu

Ibu-ibu perlu pastikan si kecil tidak terlalu kerap bermain dengan haiwan yang berbulu seperti kucing. Jangan biarkan anak cium atau belai kucing kerana bulu kucing akan melekat pada tubuh si kecil dan akan menyebabkan asma. Jika anak yang sudah mempunyai asma, bulu kucing adalah faktor terbesar yang akan menyebabkan asma lebih teruk. Pantau si kecil supaya tidak terlalu kerap bermain dengan kucing.

6. Segera berjumpa doktor

Jika si kecil sudah batuk dan selsema dengan jangka masa yang lama, segera dapatkan rawatan doktor . Penyakit asma boleh menyebabkan lubang pernafasan menjadi sempit. Jika dibiarkan ia akan berlarutan dan akan menjadi penyakit kronik. 

Artikel daripada https://t.me/s/InfoIbuBayi

Tanda-tanda kebiasaan bagi si kecil yang mengalami asma:

Jika ingin mengesan tanda-tanda awal si kecil asma adalah  si kecil akan mudah batuk ketika bermain, ketawa dan juga menangis. Mereka akan mudah batuk dan juga mudah berasa letih. Si kecil akan mudah letih dan mengah apabila bermain. Tanda lain lagi adalah apabila bernafasn, akan ada bunyi ‘wheezing’.

Ibu-ibu juga boleh cuba produk youbaby cream untuk mencegah si kecil daripada asma. Youbaby cream dapat berfungsi untuk melegakan batuk dan selsema si kecil. InsyaAllah dengan sapuan youbaby cream dapat melegakan batuk si kecil dan mencegah dari penyakit asma.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
× Wasap Kami