7 Tips Mudah Agar Bayi Cepat Bercakap (easy tips!)

TIPS MUDAH AGAR BAYI CEPAT BERCAKAP

1. MULA BERCAKAP DENGAN BAYI ANDA SEJAK DALAM KANDUNGAN

Bayi lambat bercakap ? Ibu perlulah mula bercakap dengan bayi anda sejak dalam kandungan lagi kerana ia merupakan salah satu tips mudah agar bayi cepat bercakap. Cara ini dapat membantu bayi di dalam kandungan mengenali suara ibunya sejak dalam kandungan lagi. 

Hal ini kerana sejak janin yang berusia 23 minggu sudah mula dapat mendengar. Jika anda berasa tidak terbiasa berbual dengan bayi di dalam kandungan tidak mengapa kerana dengan membaca ayat suci al-quran dan berzikir juga mampu membantu bayi dalam kandungan mengenali suara ibunya.

2. KERAP MENGAJAK BAYI BERBUAL SEJAK BAYI LAHIR

Memang pada zahirnya kita lihat bayi baru lahir sering tidur tetapi sebenarnya bayi boleh mengesan suara anda ataupun bunyi bunyian yang berada di sekitarnya. Dan ia juga boleh merespon terhadap suara anda.

Oleh itu keraplah berbual dengan bayi anda dan ceritakan semua tentang hari anda. Tunjukkan barang yang ada disekeliling anda dan bagitahu bahawa betapa anda sayangnya bayi anda. Semakin kerap anda berbual dengan anak anda semakin banyak peluang bayi anda untuk memahami sesuatu perkataan.

3. PERLU KERAP MENDENGAR

Selain itu, ibu perlu kerap mendengar adalah salah satu 7 Tips Mudah Agar Bayi Cepat Bercakap. Bukan sahaja berbual semata-mata ibu juga perlu memberi tindak balas ataupun merespon ke atas setiap bunyi-bunyian dan perbuatan yang dibuat oleh bayi. Hal ini membuatkan bayi lebih gembira dan bersemangat untuk berkomunikasi.

4. KERAP MEMBACA BUKU

Kerap membaca buku bukan hanya mampu membuka imaginasi anak anda tetapi ia juga membantu anak anda untuk lebih mengetahui dan mengenali perkara yang ada disekelilingnya.

5. SENTIASA MEMBERI PUJIAN KEPADA ANAK ANDA

Sentiasa memberi pujian kepada anak anda juga adalah salah satu  daripada 7 Tips Mudah Agar Bayi Cepat Bercakap. Ibu perlulah sentiasa memberi tepukan, pujian dan senyuman kepada anak anda apabila ia berkomunikasi bersama anda. Tidak kiralah samada anda mengerti ataupun tidak dengan apa yang cuba disampaikan oleh anak anda. Teruskan memberi galakan supaya bayi anda lebih yakin untuk terus bercakap.

6. MEMPELBAGAIKAN INTONASI

Bayi mudah tertarik dengan bunyi-bunyian dan lengok-lengok yang dibuat oleh anda. Walaupun bayi tidak begitu faham tetapi bayi lebih sensitif terhadap emosi anda.

Mempelbagaikan intonasi di dalam komunikasi bersama adalah amat penting. Oleh itu, pelbagaikanlah intonasi anda bersama bayi ketika bermain, bercerita, menyanyi, makan, menukar lampin, mandi dan sebagainya. Dengan mempelbagaikan intonasi ia mampu menceriakan hari anda dan bayi anda.

7. MENCARI MINAT ANAK ANDA

Jangan mudah berputus asa dan merasa tertekan sekiranya bayi anda lambat bercakap. Ibu tidak digalakkan untuk memaksa bayi anda untuk bercakap sekiranya mereka tidak bersedia lagi.

Sebaliknya, ibu perlu cuba cari minat mereka dan cuba memupuk minat mereka untuk bercerita apabila mereka melakukan perkara yang diminati.

 

Kredit : Zuriat

#youbaby

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
× Wasap Kami