Ruam Kulit -8 Punca Berlakunya Ruam Kulit Terhadap Kanak-Kanak

ruam kulit- merupakan perkara yang berlaku kepada kanak-kanak hatta orang dewasa. Disini kami berikan punca biasa berlakunya ruam pada kanak-kanak

RUAM

Ruam kulit dan Sunscreen apa kaitannya? sunscreen memberi perlindungan kepada kulit daripada sinaran UV, namun beberapa formula boleh menyebabkan masalah terhadap kulit kanak-kanak yang sensitif. Cari Sunscreen yang tidak mempunyai para-aminobenzoic acid (PABA), ia merupakan bahan yang boleh menyebabkan keradangan kulit/ruam kulit. Untuk kanak-kanak yang berumur 6 bulan ke atas, sapukan broad-spectrum sunscreen iaitu pelindung daripada sinaran UVA dan UVB dengan SPF 30 atau lebih. Menggunakan sunscreen yang mengandungi zinc oxide adalah lebih baik. Untuk bayi berumur bawah 6 bulan, pastikan ibu-ibu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan sunscreen kepada mereka.

2. Sabun Antibakteria & Ruam Kulit2

Sabun antibakteria mungkin menyebabkan sedikit risiko. Bahan seperti triclosan mungkin memberi keradangan (ruam kulit) kepada kanak-kanak yang mempunyai kulit sensitif. FDA juga mempunyai bahan kimia di bawah kajian semula dari kajian yang menunjukkan FDA mungkin akan memberi kesan tumbesaran. Untuk mengelakkan kuman, sabun biasa dan air boleh digunakan seperti biasa.

3. Tisu Basah & Ruam Kulit

Tisu basah kadang-kala berguna untuk bayi, tapi ia mungkin mengandungi alkohol atau bahan-bahan tambahan seperti pewangi yang menyebabkan keradangan kulit (ruam kulit). Ada tisu basah yang mempunyai pengawet yang akan memberikan alahan dermatitis- ruam atau punca alahan daripada bersentuhan dengan bahan-bahan penyebab alergik. Sebaliknya, gunakan kain basah/lembap untuk menggantikan tisu basah. Apabila ibu-ibu keluar berjalan-jalan bersama anak-anak, pastikan simpan kain basahan di dalam bekas kedap udara.

4. Sabun Basuh Kain dan Ruam Kulit

Bahan kimia dalam sabun basuh kain kadang-kadang boleh menyebabkan dermatitis – ruam akibat sentuhan daripada benda yang menyebabkan keradangan kepada kulit. Ini selalu berlaku kepada kanak-kanak yang menghadapi eczema. Untuk mengelakkan daripada berlaku, gunakan sabun secara terkawal- jangan letak sabun dengan kuantiti yang banyak dan tanpa menggunakan pewangi pakaian dan pewarna baju. Tambahan lagi, pastikan bilas pakaian anak-anak termasuk selimut dan tuala dua kali untuk memastikan sabun betul-betul dibilas.

5. Syampu dan Pelembap serta Ruam Kulit

Semak bahan yang digunakan di dalam syampu sebelum diguna kepada anak ibu-ibu. Ada wangian dan bahan kimia di dalam syampu dan pelembap rambut yang mungkin mengganggu kulit kepala. Kajian menunjukkan ada bahan seperti phthalates, formaldehyde, dan 1,4 dioxane mungkin memberi kesan kesihatan. Untuk langkah yang selamat, cari produk daripada bahan yang semula jadi dengan kandungan wangian, kimia dan bahan-bahan lain yang sedikit.

6. Pelembut Fabrik & Ruam Kulit

Jika anak ibu-ibu mempunyai kulit yang sensitif, elakkan untuk menggunakan cecair pelembut fabrik. Produk tersebut mungkin mengandungi bahan kimia dan pewangi tambahan – seperti limonene dan benzyl acetate – yang akan memberi keradangan kepada kulit, mata, hidung dan tekak. Sebaliknya ibu-ibu boleh cuba untuk tambah ½ cawan serbuk penaik atau ½ cawan cuka ke dalam mesin basuh semasa membilas untuk memberikan kesan kelembutan kepada kain.

7. Pencuci dan Pembersih Rumah & Ruam Kulit

Penggunaan istilah “nontoxic” adalah tidak terkawal, jadi baca bahan yang telah dilabelkan di botol pencuci terlebih dahulu sebelum membeli. Contohnya, alkylphenol ethoxylates (APEs), yang ditemui d sesetengah produk sabun pencuci dan produk pembasmi kuman boleh menyebabkan gangguan hormon. Ammonia juga boleh terjadi yang mengganggu paru-paru, kulit melecur, dan keracunan jika tertelan. Jadi pastikan ibu-ibu memilih produk yang mengandungi sedikit tambahan bahan kimia atau ibu-ibu boleh gantikan sabun pencuci rumah dengan soda ataupun cuka.

8. Penyembur Serangga (BUG SPRAY) + Pelindung Matahari & Ruam Kulit

Elakkan kombinasi DEET penyembur serangga dan pelindung matahari dalam satu produk. Kajian menunjukkan yang bahan kimia boleh diserap dengan mudah ke dalam kulit apabila ia adalah kombinasi dengan pelindung matahari dan DEET yang menyebabkan pelindung matahari tersebut kurang berkesan. Akademi Pediatrik Amerika menyarankan menggunakan pengawet (bahan kimia) yang tidak melebihi lebih daripada 30% DEET pada kanak-kanak. penyembur serangga tidak dibenarkan untuk digunakan kepada bayi yang berumur 2 bulan ke bawah.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter

More to explorer

1 thought on “Ruam Kulit -8 Punca Berlakunya Ruam Kulit Terhadap Kanak-Kanak”

  1. Pingback: Apa itu Jerawat Bayi?(6 Cara Merawat Dari Rumah)- Simple Tips - YouBaby

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
× Wasap Kami