Cara Untuk Tenangkan Si Kecil Anda Yang Sedang Mengamuk : 1,2,3 Quick Tips Untuk Ibu Bapa & Penjaga

Rajah 1: Bayi yang didukung oleh seorang lelaki sedang meragam
Mengapa Bayi Mengamuk?

Sekiranya anda merasa bayi anda mengamuk terlalu kuat dan berasa tidak normal, tidak ada salahnya untuk meminta bayi anda diperiksa oleh doktor untuk mendapatkan nasihat darpada pakar dan mungkin dapat mengesan sekiranya bayi anda mempunyai penyakit lain. Penyebab umum gejala bayi mengamuk sering kali berkaitan dengan foremilk-hindmilk imbalance, (juga disebut sindrom bekalan berlebihan, terlalu banyak susu, dll.) Dan / atau penurunan berat badan. Punca bayi mengamuk juga termasuklah ruam lampin, sawan, allergi makanan, bekalan susu rendah, dll.

mengamuk

Bayi biasanya mengamuk kerana banyak sebab: keletihan, rangsangan berlebihan, kesunyian, ketidakselesaan, dan lain-lain. Tapi selalunya, bayi sering meragam dan mengamuk ketika mereka dalam proses pembesaran. Maka, ibu bapa di luar sana tidak perlu risau jika anak mengamuk dan ianya sangat normal.

Bila bayi kita mula mengamuk, meragam pastinya tangisan mereka tiada kesudahan. Ibu bapa pulak buntu, tak tahu nak buat apa. Lagi-lagi mereka yang baru bergelar ibu bapa.

Berikut adalah cara yang boleh anda cuba untuk menenangkan bayi anda yang sedang menangis. Mungkin memerlukan beberapa kali percubaan, tetapi dengan kesabaran dan latihan anda akan mengetahui apa yang berkesan dan apa yang tidak sesuai untuk bayi anda.

Balutkan bayi anda dengan selimut nipis
  • Pastikan selimut yang digunakan mestilah besar dan nipis. (minta jururawat atau doktor anak anda menunjukkan cara melakukannya dengan betul) untuk membantunya merasa selamat.
Dukung atau gendong
  • Dukung bayi anda letakkan badannya di bahagian sebelah kirinya untuk membantu pencernaan atau perut untuk mendapatkan sokongan. Gosokkan belakang bayi anda dengan perlahan dan lembut. Sekiranya bayi anda masuk tidur, pastikan anda letakkan bayi anda dalam crib atau katil bayi dengan posisi yang bukan baring terlentang.  
Mainkan bunyi atau lagu yang menenangkan
  • Bunyi yang mengingatkan bayi ketika berada di dalam rahim mungkin boleh menenangkan. Sebagai contoh, rekod suara bunyi degupan jantung, piano dll. Atau untuk Muslim, mungkin boleh pasangkan alunan-alunan surah dan ayat Al-Quran dan itulah yang terbaik.
Dodoi
  • Sambil berjalan, gendong bayi dengan gunakan baby carrier atau dodoikan bayi tersebut. Pergerakan yang menenangkan boleh mengingatkan bayi akan pergerakan yang mereka rasakan ketika mereka di rahim.
Susukan anak dengan jumlah yang mencukupi
  • Elakkan menyusui bayi anda lebih dari jumlah yang sepatutnya kerana ini juga boleh membuat bayi anda berasa tidak selesa. Cuba tunggu sekurang-kurangnya 2 hingga 2½ jam selepas susukan bayi anda.
Beri puting
Sekiranya belum tiba masanya untuk memberi makan kepada bayi anda, tawarkan puting atau bantu bayi anda menemui ibu jari atau jarinya. Kebanyakkan bayi dapat ditenangkan dengan cara menghisap.
Tukar diet makan

Sekiranya bayi anda hadapi masalah dengan pemilihan sesetengah makanan dan itu yang buat mereka meragam, berikut antara diet yang si ibu mungkin boleh ikut.

  1. Untuk bayi yang masih menyusu susu ibu. Ibu2 mungkin boleh ubah cara diet pemakanan. Cuba perhatikan jika bayi anda kurang meragam kalau anda kurangkan atau tidak ambil produk tenusu dan kafein. Kalau masih tiada perubahan, Kembali kepada diet pemakanan yang sebelumnya. Elakkan pengambilan makanan yang pedas dan berangin, sebagai contoh bawang.
  2. Untuk bayi yang minum susu formula. Rujuk pada pakar atau doctor bayi anda dan minta pendapat daripada mereka sama ada mereka perlu tukar susu formula atau tidak.
Catat harian si kecil

Simpan buku harian bayi. Catat bila masa bayi anda terjaga, tidur, makan dan menangis. Tuliskan berapa lama masa bayi anda makan atau jika bayi anda menangis paling banyak selepas makan. Beritahu dengan doktor anak anda mengenai tingkah laku ini untuk ketahui adakah tangisannya berkaitan dengan tidur atau makan.

Hadkan masa tidur siang

Hadkan untuk tidur siang tidak lebih dari 3 jam sehari. Pastikan bayi anda berada dalam keadaan yang tenang dan selesa bila anda susukan atau anda sedang tukar lampin baru pada waktu malam dengan elakkan sebarang cahaya terang atau bunyi yang bising, sebagai contoh bunyi TV.  

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top