Anak Masih Tak Pandai Bercakap? 5 Punca Speech Delay yang Ibu Bapa Wajib Tahu : Effective Way to Cure It

Kelewatan bercakap merupakan salah satu masalah yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Setiap kanak mengambil masa yang berbeza untuk belajar bercakap. Akan tetapi, terdapat perkara yang ibu bapa perlu perhatikan untuk mengenalpasti sekiranya anak ada hanya mengambil masa atau ada masalah kelewatan bercakap.

Speech Delay ( Kelewatan Bercakap)

Apa Itu Kelewatan Bercakap atau Speech Delay?

Kelewatan bercakap atau speech delay adalah keadaan di mana anak mempunyai kesukaran untuk menyebut bunyi atau perkataan dengan betul. Anak masih boleh mencuba menyebut perkataan tetapi apa yang disebut kurang difahami ibu bapa.

Sekiranya anak tidak dapat menyebut 50 perkataan berbeza dan membina 2 ayat, ianya disarankan agar berjumpa dengan pakar pediatrik bagi diagnosis perkembangan anak. Kelewatan bercakap ini dapat dirawat dengan berkesan sekiranya tindakan cepat dapat diambil.

Perkara Yang Perlu Dipantau

Antara tanda tanda kelewatan bercakap mengikut umur adalah seperti berikut:

  • 2 tahun: Menggunakan kurang dari 50 perkataan
  • 2.5 tahun: Kurang mahir menggunakan frasa 2 perkataan atau gabungan  kata nama dan kata kerja
  • 3 tahun: Tidak menggunakan sekurang-kurangnya 200 perkataan, pertuturan anak sukar difahami dan anak tak dapat mengingat nama barang atau sesuatu benda. Contoh seperti kucing, bola, mainan.
  • Mana-mana umur: Tidak dapat menyebut perkataan yang telah diajar

Punca Utama Kelewatan Bercakap

Anak mungkin mengalami speech delay disebabkan oleh beberapa perkara samada secara fizikal atau mental. Ianya penting bagi mengenalpasti punca untuk mengambil tindakan seterusnya.

Masalah Pendengaran

Anak yang mengalami masalah pendengaran kebiasaannya hanya akan memberi reaksi sekiranya anda memberi bahasa isyarat secara fizikal tapi tidak  memberi reaksi ketika nama sesuatu barang disebut.

Walaupun begitu, ada kemungkinan ianya sukar dikesan dan hanya boleh diketahui apabila anak mengalami masalah kelewatan bercakap. Anak yang mempunyai masalah pendengaran berkemungkinan besar mengalami kesukaran untuk menyebut perkataan.

Kecacatan di Mulut

Masalah di bahagian mulut terutamanya di bahagian lidah  atau lelangit merupakan salah satu punca utama kelewatan bercakap di kalangan kanak-kanak. Terdapat satu keadaan kecacatan di mana lidah terlalu pendek akibat otot bawah lidah terlalu nipis, yang dipanggil lidah pendek atau tongue-tie. Masalah ini menyebabkan kesukaran untuk menyebut beberapa perkataan yang mempunyai huruf seperti:

  • D
  • L
  • R
  • S
  • T
  • Z

Kurang Bercakap Dengan Anak

Speech Delay (Kelewatan Bercakap)

Salah satu perkara yang penting dalam memastikan anak petah bercakap adalah persekitaran sekeliling. Sekiranya anak diabaikan, kurang diberi rangsangan untuk bercakap atau didera, anak akan mengalami kesukaran atau lambat untuk belajar bercakap.

Pastikan ibu bapa kerap bercakap dengan anak dan sediakan persekitaran selamat untuk pastikan anak cukup rangsangan untuk lebih banyak bercakap.

Kecacatan Di Bahagian Otak

Kecacatan otak boleh menjadi salah satu punca mengapa anak mengalami speech delay. Ini lebih mudah dikesan sekiranya anak tidak dapat bercakap langsung.

Penyakit Autisme

Kelewatan bercakap iaitu speech delay  ada kalanya dikaitkan dengan masalah autisme. Ibu bapa disarankan berjumpa pakar sekiranya anak menunjukkan tanda-tanda seperti mengulang-ngulang perkataan dan perbuatan sama, kesukaran berkomunikasi secara verbal dan tak verbal, dan kemerosotan pergaulan dan pertuturan.

Perlukah Anak Dibawa Berjumpa Doktor?

Sekiranya anak disyaki mempunyai masalah kelewatan bercakap, ibu bapa harus berjumpa dengan doktor atau pakar pediatrik bagi mengesan perkembangan percakapan anak. Ibu bapa harus memerhatikan perkembangan dan tanda-tanda seawal usia 9, 18 dan 30 bulan.

Kebanyakan anak tidak menunjukkan gejala sehingga 3 tahun. Kanak-kanak lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding perempuan untuk menghadapi masalah ini. Kebiasaanya, anak akan diberi terapi bahasa-bertutur bagi membendung masalah ini yang akan melibatkan pakar audiologi, patologi dan neorologi.

Apakah yang Ibu Bapa Boleh Lakukan?

Speech delay - kelewatan bercakap

Ibu bapa juga boleh mengambil inisiatif sendiri untuk membantu anak yang disyaki mempunyai masalah bercakap. Antara perkara yang boleh dilakuan ialah:

  • Bacakan buku kepada anak dan fokus bercakap tentang gambar dalam buku.
  • Banyakkan bercakap dengan anak.
  • Sentiasa menyebut nama barang atau sesuatu setiap kali sambil menunjukkan benda tersebut dengan jelas. Contohnya seperti tangan, mata, warna dan buah.
  • Biarkan anak memberi jawapan apabila ditujukan soalan dari orang lain. Elak dari bercakap untuk anak.
  • Nyanyikan anak lagu yang senang diingat dan diulang. Contoh lagu “Selamat Hari Jadi”.
  • Cuba letakkan sesetengah barang jauh dari capaian anak dan biarkan mereka meminta barang dengan bercakap.
  • Biar anak bergaul dengan kanak-kanak lain yang mahir bercakap.
  • Sentiasa mengulang perkataan dengan betul tanpa mengkritik cara percakapan anak

Soalan Yang Sering Ditanya

Berapa umur anak yang boleh dikira menngalami kelewatan bercakap?

Anak yang mempunyai masalah lewat bercakap kebiasaannya mula muncul dalam 6 bulan pertama, tetapi setiap kanak-kanak mengambil masa berbeza untuk mula pandai bercakap.

Adakah anak yang ada masalah bercakap semestinya ada autisme?

Masalah autisme boleh menyebabkan masalah lewat bercakap tapi anak tak semestinya mempunyai masalah autisme. Ibu bapa perlu berjumpa doktor untuk deskripsi yang lebih tepat.

Umur berapa paling lambat untuk anak normal dapat bercakap?

2 tahun dan keatas merupakan umur untul anak normal yang mengambil masa lama sedikit untuk bercakap.

Bolehkah anak sembuh dari masalah speech delay?

Ianya penting untuk anak dapatkan rawatan seawal boleh dari doktor dan pakar. Bergantung kepada punca, masalah ini dapat dihindari sekiranya dibendung awal.

Oleh itu, penting bagi ibu bapa untuk mengawasi dan peka dengan keadaan anak demi kesejahteraan dan perkembangan anak yang sihat.

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top