7 Important manners: Adab melawat ibu berpantang dan bayi baru lahir

7 Adab melawat ibu berpantang dan bayi baru lahir

Adab Melawat Ibu Berpantang 

Pilih waktu yang sesuai

– Janganlah datang awal pagi sangat, sebab waktu tu mungkin ibu baru nak mandi, siapkan anak lagi… Proses mengurut pun belum habis. Elakkan juga datang pada waktu malam supaya tidak mengganggu waktu ibu dan bayi nak berehat.. Kena jaga taw adab semasa melawat ibu berpantang ni.

Pastikan anda sihat

– Kalau demam, batuk ke selsema ke, janganlah terus nak melawat ibu berpantang dahulu. Tangguh dulu niat nak pergi melawat tu sebab sistem imun bayi belum kuat, dan akan mudah dapat jangkitan melalui udara. Dah rasa sihat tu, barulah datang. So, hati si ibu ni jadi lebih tenang & tak risau anak dia mungkin mendapat jangkitan dari orang luar.. Ingat tu kaum2 ibu kat luar…

Minta izin nak pegang bayi

– Perkara ni janganlah kita pandang remeh dalam soal adab melawat ibu berpantang ni. Sebab, ada certain ibu tidak suka orang sesuka hati sentuh/cium anak dia. Bukan nak kata sombong, tapi dia risaukan kesihatan anak dia jugak. Kita sendiri tak tahu tahap kebersihan diri kita, so please alert ye kawan-kawan…

Elak ambil gambar bayi

– Tipu la kalau semasa melawat ibu berpantang ni, kita tak geram tengok baby kan… dengan comelnya, tembam pulak tu…. sampai kita pun teruja nak ambil gambar dia. Boleh tu boleh, tapi tolong off flash camera anda!! Dan kalau dah ambil gambar tu, janganlah terus post dekat social media tanpa minta kebenaran ibu ayah dia taw. Adab melawat ibu berpantang ni harus kita ikut dan patuhi ye kawan-kawan:)

Jangan mengumpat

– Orang dah kata kan kena jaga adab semasa melawat ibu berpantang, so koranglah nak jadi makcik bawang, nak mengumpat sana sini!! Ibu berpantang sedang berperang dengan emosi, mood dia pun belum stabil. So, elakkan dari bercakap perkara2 yang boleh menyinggung perasaan dia kelak.. Kalau nak tegur kesilapan dia pun, tegur elok2, jangan main terus serang je!! Ingat! Kita bagi teguran yang baik, bukan mengecam.

Jangan melawat terlalu lama

– Dah rancak berborak, rupanya dah lama sangat kita lepak dekat rumah ibu berpantang.. So, kena lah jaga batas adab melawat ibu berpantang. Always limitkan masa anda. Ibu pun nak berehat.., bayi pun nak tidur…
Dengan nada suara kita yang kuat, boleh mengganggu tidur si manja taw!!

Bawa buah tangan

– Bila dah sentuh pasal adab melawat ibu berpantang ni, confirm-confirm lah kena bawak buah tangan sikit! Janganlah datang dengan tangan kosong je…. Bawak sikit pun takpe. Contoh macam hadiah atau duit untuk diberikan pada baby yang baru lahir pun boleh dijadikan sebagai buah tangan. Ini semua sebagai tanda penghargaan untuknya yang telah bergelar ibu:) So, in other words, ibu berpantang pun turut rasa happy:)

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
× Wasap Kami