Anak & Gajet : New Era, New Challenge (Seawal 7 Tahun)

Pada masa kini, telefon bimbit dan juga gajet telah pun jadi salah satu kepentingan dalam kehidupan. Hal ini kerana telefon bimbit memudahkan kita untuk berhubung dengan orang lain sama ada jarak yang dekat mahupun jauh lima batu. Namun, adakah anak-anak kita juga memerlukan telefon bimbit? Apa kepentingannya? Apa manfaatnya dan implikasi terhadapanak-anak kit ajika kita beri mereka kebebasan dalam penggunaan telefon bimbit.

Kebanyakan kanak-kanak yang berusia dalam sekitar 10 tahun dan ke atas dapat telefon bimbit milik mereka sendiri. Maka tidak hairanlah jika peratusan untuk kanak-kanak yang berusia 7 tahun ke atas adalan 9.7 peratus manakala kanak-kanak yang berusia 15 tahun ke atas adalah 34.4 peratus.

Adalah sebaiknya jika ibu bapa diluar sana untuk berfikir terlebih dahulu sebelum serahkan telefon bimbit dan beri kebebasan kepada anak-anak pada usia muda hanya kerana ingin mengikuti perkembangan seperti kawan-kawannya yang lain. Berikut adalah garis panduan yang digalakkan oleh pakar.

Umur 4 – 6 tahun

Sepatutnya, pada usia sebegini sangatlah tidak digalakkan dengan pendedahan terhadap penggunaan telefon bimbit. Namun apabila anak anda menonton televisyen, perlu ada pengawasan dan hadkan pengunaan televisyen. Untuk kanak-kanak usia 2- 5 tahun kurang daripada satu jam untuk satu hari. Lebih elok jika tidak didedahkan langsung ‘keseronokan’ menonton televisyen. Penggunaan telefon bimbit atau pendedahan terhadap televisyen pda anak dalam usia muda boleh menyebabkan kerosakan awal pada otak.  Dapati bahawa gajet antara penyebab otak jadi rosak pada usia muda dan hasilkan dopamine, yang memberi rasa ‘seronok’ hasil daripada kimia yang dikeluarkan oleh otak. Jika anak menonton televisyen atau bermain dengan telefon bimbit dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan anak ketagihan hasil daripada ‘keseronokan’ yang mereka rasa.

Jika anak-anak sudah terbiasa dengan teknologi untuk rasa seronok, berkemungkinan besar anak-anak enggan untuk keluar dari rumah, dan menikmati dunia luar kerana mereka berpendapat bahawa mereka masih boleh dapatkan keseronokan tanpa perlu keluar dari rumah dengan bermain gajet yang dimiliki oleh mereka.

Umur 7 – 9 tahun

Kebanyakan kanak-kanak yang berusia dalam linkungan 8 tahun juga sudah pun memiliki telefon milik sendiri. Ini kerana ada sesetengah ibu bapa yang mungkin duduk atau kerja berjauhan dengan anak mereka, dan memberi anak-anak mereka telefon bimbit milik sendiri agar mudah untuk mereka berhubung. Namun, jika telefon tersebut ialah model yang lama  dan tidak boleh access permainan, video atau akses internet, itu tiada masalah. 

Percaya atau tidak, pengasas Apple, seperti yang sedia maklum Steve Jobs juga melarang anak-anaknya untuk menggunakan sebarang teknologi seperti iPad. Bill Gates, bekas CEO syarikat Microsoft, antara syarikat teknologi yang terkemuka di dunia juga tidak membenarkan anaknya untuk menggunakan sebarang telefon bimbit atau gajet hingga mereka berusia 14 tahun.

Ada baiknya jika ibu bapa mengawal penggunaan telefon bimbit anak-anak. Kanak-kanak pada usia ini tidak faham bahawa setiap apa yang mereka kongsikan dalam internet akan menjadi kekal selamanya. Selain itu, masalah cyberbully. Sekiranya anak anda adalah salah satu mangsa cyberbully, berkemungkinan anak anda untuk dapat stress dan murung sangat tinggi kerana mereka tidak sepatutnya merasa tekanan pada usia yang terlampau muda. 

Umur 10 – 12 tahun

Ibu bapa sepatutnya bersikap tegas dari awal lagi lebih-lebih lagi dalam penggunaan telefon bimbit atau gajet dan jangan terlampau memberi kebebasan untuk akses internet. Kanak-kanak sepatutnya hanya dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit bila mereka ingin hubungi ibu bapa mereka sahaja. Apabila anak-anak sudah terbiasa dengan teknologi seperti menonton televisyen,main iPad, akses internet di telefon bimbit, ini akan mendorong anak-anak untuk makan makanan ringan dan tidak sihat. Hal ini kerana, semakin leka anak itu di hadapan skrin, semakin kerap mereka makan makanan ringan. Kebanyakan kanak-kanak yang terlalu taksub dengan teknologi tidak mempunyai ramai kawan dan berat badan melebihi yang sepatutnya. 

Ikut logik akal, adakah kita benarkan kanak-kanak yang berusia 12 tahun untuk memandu kereta? Sudah semestinya tidak kerana sudah terang lagi bersuluh sangatlah bahaya untuk mereka memandu kereta sendiri kerana boleh mengakibatkan kemalangan. Namun, kita masih beri kelonggaran untuk kanak-kanak yang seawal 8 tahun untuk memiliki sebuah telefon bimbit, sedangkan bahayanya lebih teruk dan memberi kesan yang lama pada anak-anak.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
× Wasap Kami