Bahaya Ibu Mengidam :101 Basic Healty Tips For Pregnant Mom

Kebanyakan ibu-ibu mengandung akan alami perasaan ingin mengidam terhadap sesuatu.

Korang pernah tak dengar ibu-ibu mengandung mengidam nak makan benda pelik-pelik? Ada yang nak makan daging arnab, ada yang nak makan buah manga jiran sebelah, ngidam nak naik grab pun ada. Masa ibu-ibu tengah mengandung, mesti ada mengidam macam-macam. Yang si suami pun sibuk cari makanan sebab si isteri mengidam. Ye la, orang kata, kalau ibu mengandung tak dapat makanan yang mengidam, nanti kalau baby dah keluar, air liur asyik meleleh. Tapi itu filosofi orang dulu la. Tapi sebenarnya bahaya tau kalau ibu mengidam.

Yang jadi bahayanya bila ibu-ibu mengidam nak makan benda yang tak sihat.

Berikut antara makanan yang bahaya dan tak elok untuk ibu mengandung.

Makanan Yang Berbahaya Untuk Ibu-Ibu Mengandung
  1. Ikan mentah

Tak elok kalau ibu mengandung kerap makan ikan mentah sebab ikan mentah selalunya pembawa parisit yang paling banyak. Penyebaran virus juga berkemungkinan boleh berlaku. Contoh jangkitan parisit macam Salmonella dan Listeria.

  1. Kafein

Pasti ada kalangan ibu-ibu yang gemar sangat dengan kopi, the, minuman ringan atau koko. Nak minum boleh tapi dalam kadar yang sangat sikit. Pengambilan kafein yang tinggi boleh tingkatkan penurunan berat badan bayi dalam kandungan.

  1. Organ dalaman

Sebenarnya bagus kalau ibu-ibu mengandung untuk makan organ dalaman macam limpa atau hati ayam, tetapi pengambilan yang berlebihan adalah tidak digalakkan untuk ibu-ibu yang mengandung. Pengambilan Vitamin A yang berlebihan, lebih-lebih lagi waktu trimester pertama semasa kehamilan, boleh mengundang keguguran.

Makanan Yang Baik Untuk Ibu Mengandung

Untuk ibu-ibu mengandung, lebih elok kalau ibu-ibu untuk amalkan pemakanan sihat seperti:

  1. Kurma

Seperti yang sedia maklum, kurma antara salah satu pengganti gula yang semula jadi. Ibu-ibu mengandung juga digalakkan untuk amalkan buah kurma kerana asid folik yang ada dalam buah kurma boleh membantu untuk pembentukan sel baru. Kurma juga dapat menggalakkan lagi pengeluaran hormone serotonin bagi penghasilan susu badan.

  1. Madu

Bagusnya madu dalam diet ibu-ibu mengandung dapat kawal dan kurangkan rasa mual dan muntah-muntah. Madu juga boleh menguatkan lagi rahim dalam badan ibu-ibu yang sedang mengandung.

  1. Delima

Sangat digalakkan untuk ibu ibu yang sering alami HB rendah untuk amalkan buah delima kerana ianya berfungsi untuk membantu tingkatkan bacaan HB rendah dan menstabilkan paras kolestrol dalam badan.

Atau, korang boleh juga cuba Mom’s Booster dari Youbaby. Bahan-bahan yang digunakan seperti madu, kurma, delima dan habbatus sauda memang dirumus khas untuk ibu-ibu yang sedang mengandung atau lepas melahirkan cahaya mata.Tak perlu nak kupas, tak perlu nak bancuh, cuma kemam-kemam je. Mom’s Booster juga mempunyai sijil lab test dan kelulusan dari SIRIM dan terbukti selamat untuk diamalkan.  

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top