Cara Atasi Miss V Terkoyak ketika Bersalin

  • Tubuh anda perlu bersedia. Proses bersalin adalah proses yang memerlukan banyak tenaga. Jangan duduk sahaja, banyakkan berjalan. Berjalan atau bergerak akan meningkatkan elastik kulit & pengaliran darah ke perineum dan faraj. Ini dapat mengelakkan dari miss V anda terkoyak.

(2) Cara Atasi Miss V Terkoyak

  • Banyak amalkan senaman Kegel & senaman otot pelvik. Senaman Kegel bertujuan untuk menguatkan otot pelvik. Otot pelvik yang kuat tak akan mudah terkoyak. Cuba kemut di bahagian otot pelvik (seperti menahan kencing). Kemut atau tahan otot dalam kiraan 10-20 kali dan rehat. Lepastu ulang semula.

(3) Cara Atasi Miss V Terkoyak

  • Untuk menegelakkan dari Miss V anda terkoyak, jangan anggkat punggung & pegang pergelangan kaki! Jika anda mengangkat punggung, otot perineum akan mengeras dan terkoyak. Pastikan posisi bersalin anda dengan betul. Ikut arahan doktor. Kawal pernafasan anda & meneran semasa kontraksi datang.

(4) Cara Atasi Miss V Terkoyak

  • Ketika meneran, fetal ejection reflex akan menolak bayi ke bawah. Pengecutan untuk menolak bayi ini amat kuat dan boleh menolak bayi keluar tanpa perlu diteran. Kepala bayi juga masih tinggi. Jika anda meneran terlalu awal, faraj boleh membengkak dan terkoyak teruk. Hal in secara tidak langsung dapat membantu para ibu untuk mengatasi masalah miss V terkoyak ketika bersalin.

(5) Cara Atasi Miss V Terkoyak

  • Jika anda mengurut perineum sebelum bersalin, risiko miss V anda terkoyak akan menurun! Kajian juga telah menunjukkan wanita yang mengamalkan urutan perineal dari minggu ke 35 tidak akan mengalami sebarang kesakitan di bahagian perineum selepas 3 bulan bersalin. Cubalah!! Mana tahu dapat atasi masalah miss V terkoyak ketika bersalin bagi kaum2 ibu di luar sana:)
Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
× Wasap Kami