Cara Hilangkan Sembelit Anak Tanpa Ubat

Hilangkan sembelit anak tanpa ubat
  • Cara yang pertama untuk hilangkan sembelit anak tanpa guna ubat adalah dengan baringkan kakinya seperti sedang mengayuh basikal. Ini akan merangsang pergerakan najis dalam usus. Bukan itu je,, korang boleh juga sapukan juga minyak pada perut untuk mengurangkan sembelit pada anak korang.
Hilangkan sembelit anak tanpa ubat
  • Cara seterusnya untuk menghilangkan sembelit anak tanpa guna ubat ialah kalau ibu menyusu badan, jangan kita ingat anak kita sembelit pulak kalau dia tak ‘poopoo’.. Sebenarnya, ia normal saja. Kalau bayi anda menyusu formula, cuba tukar jenama susu yang selalu anda gunakan. Anda mungkin perlu perlu bertukar beberapa kali sehingga mendapat susu yang sesuai dengan bayi anda.
Hilangkan sembelit anak tanpa ubat
  • Bukan tu je, untuk bayi yang berumur 6 bulan ke atas, kita boleh beri makan sayur & buah yang kaya dan tinggi dengan serat. Pilihlah buah2 yang elok untuk sistem penghadaman seperti betik, pir, buah naga, prun dan banyak lagi… Ini amat berkesan untuk hilangkan masalah anak sembelit anda tanpa guna ubat pun kan…
Hilangkan sembelit anak tanpa ubat
  • Jika anak dah start makan bubur, jangan lupa beri anak air kosong sedikit demi sedikit.. Cara ini amat membantu untuk hilangkan sembelit anak anda tanpa guna ubat pun:) Hal ini kerana ianya mampu membantu melawaskan makanan yang dimakan.. Boleh juga campurkan sedikit minyak zaitun dalam makanan anak:)
Hilangkan sembelit anak tanpa ubat
  • Cara terakhir yang anda boleh amalkan untuk hilangkan sembelitkan anak anda untuk bayi yang berumur 10 bulan ke atas, anda boleh bancuh air “SunQuick” tapi janganlah terlalu pekat taw!! Tambahan lagi, kita boleh jugak nak beri anak yang berumur 1 tahun ke atas makan oren / minum jusnya:)
Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
× Wasap Kami