Apa Itu Sedu? Ketahui 5 Tips Melegakan Sedu Bayi!

Apabila bayi selalu sedu, bunyinya comel kan?Tapi normal ke jika si comel anda selalu sedu ? Apakah tip-tip yang boleh dilakukan untuk melegakan sedu bayi anda?

In this Article

APA ITU SEDU?

Sememangya sedu boleh membuatkan seseorang merasa serabut dan tidak selesa. Jika sedu ini berlaku kepada orang dewasa, mereka masih boleh menahan keadaan yang merimaskan itu sehingga ianya hilang. Tetapi jika berlaku kepada kanak-kanak atau bayi, mereka akan merengek dan ini akan menyebabkan ibu bapa merasa simpati dan risau.

Sedu terhasil apabila berlakunya kontraksi(pengecutan) secara mengejut dan involuntary pada otot-otot diafragma apabila terdapat stimulasi dan iritasi pada diafragma.

Ini boleh dilihat apabila seseorang itu menarik nafas, diafragma tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Namun, apabila kita menghembuskan nafas masuk ke dalam paru-paru, diafgrama menolak udara keluar daripada paru-paru. 

Akibatnya, kita menelan udara-udara ke dalam kerongkong secara mengejut dan apabila udara berebut-rebut masuk melanggar kotak suara, maka terhasillah bunyi sedu.

1. Sendawakan bayi dengan lembut

Kebiasaannya, bayi boleh mengalami sedu ketika sedang menghisap susu. Anda usah risau, apa yang perlu anda lakukan ialah berhenti susukan bayi dan dukung bayi sambil tangan anda menggosok-gosok bahagian belakang bayi dengan lembut. Cara ini akan dapat sendawakan bayi sekaligus dapat tenangkan bayi. Bayi akan merasa lebih selesa dan
ulangi tip ini sehingga si manja anda sendawa

2. Periksa cara atau posisi bayi menyusu

Sesungguhnya bayi inginkan keselesaan yang penuh semasa disusukan oleh anda. Anda perlu periksa cara atau posisi bayi menyusu dangan betul. Posisi yang selesa dapat membantu bayi anda daripada mengalami sedu. Sekiranya posisi menyusu adalah salah dan puting tiruan yang tidak sesuai akan menyebabkan bayi mudah tertelan udara yang berlebihan.

3. Alihkan tumpuan atau perhatian bayi

Sekiranya sedu berlaku, cara yang paling mudah adalah dengan alihkan tumpuan atau perhatian bayi dengan menggunakan permainan, warna atau dari diri anda sendiri. Tanpa anda sedari juga sedu bayi akan berhenti dengan sendirinya.

4. Berikan bayi susu

Sekiranya bayi sedang mengalami sedu, anda jangan risau untuk memberikan bayi sedikit susu samada susu badan atau susu botol. Ini kerana sesetengah ibu bapa merasa takut untuk memberi susu ketika bayi tersedu kerana takut tersedak. Tapi tahukah anda bahawa apabila si manja menelan susu, ia dapat membantu diafragma bayi kembali normal. Selain daripada susu juga, hisap puting palsu atau puting kosong juga boleh membantu menghilangkan sedu bayi.

5. Biarkan sedu berhenti sendiri

Sekiranya anda sudah melakukan pelbagai cara untuk menghilangkan sedu tetapi tidak berhasil, jalan yang terakhir ialah anda perlu biarkan sedu berhenti sendiri. Anda jangan bimbang kerana sedu ini adalah perkara normal dan ianya tidak berbahaya kepada bayi. Lama-kelamaan sedu bayi akan hilang dengan sendirinya.

Semoga tip ini dapat membantu ibu bapa dalam menyelesaikan masalah bayi yang mengalami sedu di luar sana

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
× Wasap Kami