8 Fakta Menarik Tentang Bayi Untuk Ibu-Ibu


Tahukah anda terdapat banyak fakta yang menarik tentang bayi untuk dikongsi bersama. Tiada apa yang lebih comel melainkan bayi yang baru dilahirkan.

Apabila bakal menimang cahaya mata, ramai para ibu bapa yang mula membuat kajian dan membaca sebanyak mungkin info tentang bayi. Mereka mahu bersiap sedia untuk menjaga dan membesarkan seorang insan yang bakal hadir dalam hidup mereka.

8 FAKTA MENARIK TENTANG BAYI

BERAT KEPALA BAYI

Apabila bayi yang baru lahir ditimbang beratnya, hampir 25% daripada berat berkenaan datang daripada kepala bayi! Disebabkan peratusan berat kepala yang besar dan leher yang masih belum kuat terbentuk, amat penting untuk kita menyokong kepalanya apabila mendukung mereka.

BAYI BOLEH BERNAFAS DAN MENELAN PADA WAKTU YANG SAMA

Bayi boleh bernafas dan menelan dalam wakyu yang sama. Ini adalah kerana terdapat lapisan di bahagian tekak anda dikenali sebagai epigglotis yang akan menutup lubang angin apabila anda menelan sesuatu. Namun, bayi dikatakan mampu untuk bernafas dan menelan pada waktu yang sama! Ini adalah supaya mereka boleh menyusu dan bernafas serentak.

BAYI LEBIH KENAL IBU DAHULU SEBELUM AYAH

Tahukah anda bahawa bayi yang baru dilahirkan boleh mengesan suara dan bau ibunya sebaik sahaja dilahirkan? Mereka juga hanya memerlukan beberapa minggu sahaja untuk mengenal rupa ibu dan membezakannya dengan orang dewasa yang lain. Suara dan keberadaan ibu yang hampir dapat menenangkan mereka berbanding orang lain. 

TULANG BAYI LEBIH BANYAK DARI ORANG DEWASA

Jumlah tulang dalam tubuh manusia dewasa normal adalah 206. Namun seorang bayi dilahirkan dengan sekitar 300 tulang, yang seiring waktu bergabung untuk membentuk kerangka manusia dewasa. Kerangka bayi yang baru lahir juga lebih rawan daripada milik orang dewasa. Dengan bantuan waktu dan kalsium, tulang tersebut mengeras dan menguat hingga membentuk kerangka yang kukuh.

WARNA MATA BAYI DAPAT BERUBAH SETELAH LAHIR

Warna mata kita dibentuk oleh melanin, yang juga bertanggung jawab atas warna kulit dan rambut kita. Seringkali, bayi Kaukasia akan memiliki mata biru atau abu-abu saat lahir. Namun, setelah bayi membuka matanya, cahaya memulai produksi melanin di dalam iris. Proses ini dapat menyebabkan perubahan warna mata si bayi.

BAYI BERBULU LEBAT

Ada jenis bayi yang lahir tanpa dilitupi banyak bulu dan rambut. Ada pula bayi yang lainnya, lahir-lahir terus banyak rambut dan bulu halus pada badan. Sebenarnya semasa dalam rahim, bayi telah dilitupi lapisan bulu-bulu halus yang digelar “lanugo”.

Pakar perkembangan kanak-kanak berkata,
bulu-bulu itu sebenarnya berfungsi untuk menstabilkan suhu badan bayi ketika dalam rahim si ibu. Jadi, apabila kelahiran anda itu nanti ditumbuhi bulu halus yang agak lebat, anda janganlah risau. Ianya normal. Rambut atau bulu halus itu akan perlahan-lahan gugur dari masa ke masa dengan sendirinya.

BAYI BOLEH INGAT APA YANG MEREKA PERNAH MAKAN SEMASA DALAM RAHIM

Walaupun bayi tidak boleh merasa garam, tetapi mereka masih boleh merasa makanan lain. Sejak dari dalam perut ibu, bayi sangat mahir merasa makanan bermula 4 hingga 5 bulan ketika dalam kandungan.

Amniotic atau cecair ketuban dipercayai boleh menyerap rasa sebarang makanan yang dimakan oleh ibu mengandung. Oleh itu, ia akan mempengaruhi makanan kegemaran bayi anda itu nanti.

Sebagai contoh, jika semasa mengandung si ibu gemar sangat makan bawang putih, lahirnya anak itu nanti, dia akan lebih terdorong untuk meminati makanan yang punya rasa bawang putih.

Hal ini kerana, mereka sudah mengenal banyak rasa sejak dalam kandungan.

BAYI TIDAK DAPAT TERSENYUM SAMPAI UMURNYA GENAP BEBERAPA BULAN

Senyum pertama bayi adalah salah satu hal yang paling ditunggu-tunggu oleh orang tua mereka. Tapi senyum pertama bayi sebenarnya tidak disengaja atau hanya sebagai respons terhadap perasaan bahagia.

Senyuman bayi setara dengan tendangan kaki dan ayunan lengan yang dilakukan bayi saat merentangkan badan mereka. Senyum ini disebut senyum refleks dan biasanya menghilang pada usia dua bulan. Senyum pertama yang “sebenarnya” biasanya terjadi antara usia satu setengah hingga tiga bulan.

kredit : https://my.theasianparent.com/10-fakta-menarik-tentang-bayi-yang-mungkin-akan-memeranjatkan-anda

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter

More to explorer

1 thought on “8 Fakta Menarik Tentang Bayi Untuk Ibu-Ibu”

  1. Pingback: Permainan Pantai Dengan Anak- anak Bila Bercuti di Pulau. -

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
× Wasap Kami