(HFMD)- 1 Fakta Tentang Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut

HFMD

Penyakit tangan-kaki-dan-mulut atau lebih dikenali sebagai HFMD, terjadi disebabkan oleh virus. Gejala tersebut termasuklah ulser atau luka di dalam atau di bahagian mulut, ruam di tangan, kaki, tapak kaki, atau punggung. Penyakit ini mengakibatkan kanak-kanak merasa tidak selesa namun tidaklah mendatangkan bahaya kepada mereka.

Sesiapa sahaja boleh terkena penyakit HFMD, tapi kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah lebih senang dijangkiti virus HFMD jika dibandingkan dengan orang dewasa.

Virus yang menyebabkan penyakit HFMD adalah coxsackievirus a16 dan enterovirus 71. Namun, ibu-ibu mungkin pernah dengar doktor merujuk virus yang menyebabkan penyakit tangan-kaki-dan-mulut sebagai coxsackie virus.

Kanak-kanak boleh dijangkiti penyakit HFMD melalui jangkitan daripada seseorang yang mempunyai penyakit tersebut, atau dari sesuatu yang dijangkiti virus seperti daripada mainan, tablet, atau tombol pintu. Ia cenderung mudah tersebar dalam musim panas atau luruh.

Gejala

Gejala awal mungkin termasuk demam dan sakit tekak ( untuk kanak-kanak gejalanya ialah demam dan kurang selera makan atau minum). Gelembung atau lepuh di kulit tangan-kaki sama dengan luka yang boleh timbul di dalam mulut kanak-kanak (biasanya di belakang mulut) atau lidah.

Anak-anak mungkin mendapat ruam di telapak tangannya atau tapak kakinya sehari atau dua selepas gejala pertama muncul. Ruam ini boleh berubah menjadi melecet dan boleh muncul di lutut, siku, atau punggung. Anak-anak boleh mempunyai semua gejala ini atau hanya satu dua sahaja.

Bagaimana HFMD Di Diagnosis?

Doktor akan bertanya tentang gejala anak ibuibu hadapi dan melihat sebarang luka atau ruam di kulit mereka. Ini biasanya cukup untuk menentukan samaada penyakit HFMD tanpa ujian tambahan. Tapi Doktor biasanya akan mengambil sampel tisu di tekak atau darah untuk memastikan penyakit yang dihadapi oleh anak ibu-ibu.

Bagaimana Untuk Merawat?

HFMD biasanya hilang sendiri selepas 7 hingga 10 hari. Tiada rawatan khas untuk merawat HFMD dan tiada vaksin khas untuknya. Tapi, ibu-ibu boleh melegakan gejala HFMD anak dengan menggunakan ibuprofen  (advil) atau acetaminophen (tylenol). Jangan gunakan aspirin kerana ia akan menyebabkan penyakit serius kepada kanak-kanak.

Cara Hentikan Sebaran

Anak ibu-ibu paling berjangkit pada 7 hari pertama. Tapi virus tersebut akan kekal di badan untuk beberapa hari atau minggu selepas gejala tersebut hilang dan ia akan tersebar melalui air liur atau najis. Cara terbaik untuk menghalang jangkitan berlaku adalah dengan membasuh tangan dengan kerap. Cara ini perlu dilakukan oleh ibu-ibu juga selepas ibu-ibu menukar lampin atau lap hingus anak-anak.

Pastikan anak ibu-ibu sihat sepenuhnya dari demam atau gejala HFMD sebelum masuk semula ke sekolah atau pusat asuhan kanak-kanak. Semak dengan doktor jika ibu-ibu tidak pasti sama ada anak masih dijangkiti atau tidak.

INFO: Pastikan anak anda minum air secukupnya. Klik dehydration untuk mengetahui tentang sedikit info tentang dehydration.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
× Wasap Kami