KEGUGURAN- 5 Makanan Punca Keguguran

KEGUGURAN

KEGUGURAN – Ibu muda pasti teruja menanti saat kehamilan. Pelbagai persiapan sibuk dilakukan untuk menyambut si kecil. Tapi perlu diingatkan ibu-ibu bahawa pemakanan sangat penting dijaga pada peringkat awal kehamilan. So kami akan berkongsi makanan yang patut dielakkan oleh ibu semasa hamil.

5 Makanan Penyebab Keguguran Yang Patut Dielakkan Oleh Ibu Hamil

KEGUGURAN

Nanas

Nanas menjadi salah satu buah tempatan yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia. Tapi perlu diingatkan nanas juga buah yang boleh menyebabkan keguguran. Ia kerana nanas mempunyai rasa yang sangat tajam dan boleh menyebabkan kontraksi awal ketika ibu hamil di trimester pertama.
Semua jenis makanan yang berasaskan nanas tidak boleh dimakan sama ada jus nanas, kuah pajeri nanas dan jem nanas.
Jadi  take noted ya ibu-ibu semua!

KEGUGURAN

Hati Ayam/Lembu

Hati ayam atau lembu walaupun mengandungi vitamin A, tapi  dan tidak bagus untuk diamalkan di awal kehamilan. Jadi ibu-ibu hamil perlu peka dengan pemakanan. Takut-takut nanti termakan kan dah susah

Ketam

Satu lagi makanan yang mempunyai vitamin tapi tidak baik untuk ibu hamil ialah ketam! Walaupu ketam kaya dengan kalsium tapi ia juga tinggi kolesterol. Ia juga boleh menyebabkan pengecutan rahim dan membawa kepada pendarahan.

Lidah Buaya/Aloe Vera

Daun lidah buaya sangat bagus untuk kulit. Tapi bagi wanita hamil, elakkan daun lidah buaya untuk seketika. Walaupun ia kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan, namun kajian menunjukkan wanita hamil tidak boleh makan aloe vera kerana daun tersebut mengandungi anthraquinones, sejenis julap yang boleh menyebabkan kontraksi rahim dan pendarahan.

Betik

Nampak pelik tapi apa yang dimaksudkan ialah betik muda atau betik yang belum masak dan bukannya betik masak seperti yang ibu-ibu fikirkan. Betik muda tidak bagus untuk ibu hamil kerana ia boleh mencetuskan kontraksi awal yang cenderung untuk keguguran.

INFO: Ibu-ibu boleh lihat Tips Penjagaan Bayi Ketika Tumbuh Gigi

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
× Wasap Kami