Jom Ketahui 8 Perkara dan Persiapan Sunat Bayi Perempuan Anda ( Safe and Protect)

  1. MASA YANG SESUAI UNTUK SUNAT BAYI PEREMPUAN

Untuk pengetahuan anda, masa yang sesuai sunat bayi perempuan yang disarankan doktor adalah seawal mungkin iaitu selepas selesai tempoh anda berpantang. Hal ini kerana bayi masih menyusu dan boleh berpantang makan hanya dengan minum susu sahaja. Namun, ada juga klinik dan doktor yang mengambil sunat bayi perempuan pada umur bayi sekitar 3 bulan sehingga 6 bulan ke atas. 

2. TEMPAT SUNAT BAYI PEREMPUAN

Untuk mencari tempat sunat bayi perempuan, anda boleh bertanya atau dapatkan nasihat daripada adik beradik, saudara mara, kawan-kawan dan lain-lain. Tanya pada mereka yang lebih arif tentang perkara ini. Malahan, anda juga boleh search di internet dahulu untuk memilih klinik yang terbaik sunat bayi perempuan anda. Barulah anda akan merasa lega dan tidak bimbang lagi untuk mencari tempat yang sesuai bagi bayi perempuan anda

3. KOS SUNAT BAYI PEREMPUAN

Kebiasaannya, kos sunat bayi perempuan di kilinik atau hospital tidak memakan kos yang besar. Ia dalam lingkungan RM40 sehingga RM70 sahaja dan tidak mencecah RM100. Jadi, anda boleh membuat tinjaun terlebih dahulu di klinik atau hsopital untuk mendapatkan perkhidmatan sunat bayi yang bersesuaian dan terbaik

4. KESIHATAN ANAK

Anda perlu pastikan anak anak anda dalam keadaan yang sihat dan tidak sakit sebelum pergi sunat bayi anda. Dan sekiranya anak anda mengalami masalah kesihatan seperti batuk, demam, selsema, kuning dan apa sahaja masalah, tangguhkan dahulu sunat bayi anda. Ini kerana adakalanya terdapat kesan sampingan kesihatan yang berlaku saat sunat dan dapat membahayakan kesihatan anak anda.  Pastikan anak anda dalam keadaan yang sihat saat sunat

5. PROSEDUR SUNAT BAYI PEREMPUAN

Sebenarnya, proses sunat bayi perempuan lebih cepat berbanding bayi lelaki. Cara sunat bayi perempuan adalah dimana sebahagian selaput daging bahagian atas saluran kencing yang menutup klitoris akan dipotong sedikit. Sunat ini dilakukan hanya bahagian yang amat sedikit bagi mengelakkan luka, cedera atau kecacatan. Jangan risau kerana sunat ini akan dilakukan oleh orang2 yang berpengalaman dan arif. 

6. TEMPOH MASA SUNAT

Kebiasaannya, untuk sunat bayi perempuan tidak mengambil tempoh masa yang lama dan ianya dilakukan sekejap sahaja. Proses ini dilakukan dengan berhati2. Tempoh masa untuk sunat hanya dalam lingkungan 3 minit atau kurang dari 3 minit sahaja. 

7. KESAN SERTA MERTA SUNAT BAYI PEREMPUAN

Kebiasaannya, anda akan perasan setelah sunat bayi perempuan, terdapat kesan serta merta yang berlaku pada bahagian sunat bayi anda. Perkara pertama, anda jangan risau kerana jika darah masih mengalir, anda hanya perlu lap seperti luka biasa sahaja dengan lembut dan berhati-hati. Selepas itu, ia akan berhenti berdarah dan anak anda juga akan mula normal seperti hari-hari biasa sebelumnya

8. PENJAGAAN DAN KESIHATAN BAYI

Selepas bayi perempuan anda disunatkan, cara penjagaannya seperti biasa namun anda perlu kerap kali menukar lampin supaya tidak berlaku jangkitan kuman atau perkara yang tidak diingini di bahagian yang disunatkan. Cara untuk tukar lampin juga perlu dilakukan dengan berhati2 dan tidak kasar kerana bimbang akan terkena pada bahagian yang disunat. Bayi juga akan merasa lebih selesa. Pastikan penjagaan ini sempurna dan dititikberatkan 

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
× Wasap Kami