Vitamin C ni bukan perkara baru pun. Semua orang tahu pentingnya pengambilan vitamin C dalam harian dan kebaikannya. Lebih-lebih lagi ibu mengandung. Pengambilan vitamin C amat penting untuk ibu-ibu mengandung untuk kesihatan dan perkembangan anak dalam kandungan. Tapi, berapa banyak kuantiti vitamin C ibu mengandung boleh ambil.
Vitamin C atau panggilan lainnya, asid askorbik adalah sejenis vitamin larutan air. Vitamin C ni tak disimpan lama-lama dalam badan. Sebab itu, perlu untuk ambil vitamin C hari-hari. Walaupun vitamin C mainkan peranan dalam tingkatkan imun dalam badan, vitamin c juga mampu membantu dalam perkembangan bayi dalam kandungan dan mampu untuk kurangkan kadar risiko untuk dapat penyakit seperti penyakit kardiaovaskular atau kanser.
Zaman sekarang ni, bersepah supplement vitamin c yang yang dijual sama ada melalui online atau di farmasi. Mungkin ada yang tertanya, boleh atau tidak ibu-ibu untuk ambil supplement vitamin C semasa mengandung, lebih-lebih lagi ibu-ibu yang perlukan supplement untuk tingkatkan sistem imun lebih-lebih lagi pada musim sejuk.
Berapa banyak Vitamin C ibu mengandung perlukan?
Ibu yang sedang hamil dan berusia 19 tahun ke atas perlu ambil sekurang-kurangnya 85 miligram vitamin C sehari. Untuk kiraan yang lebih mudah lagi, sekurang-kurangnya 3 kali sajian vitamin C, seperti buah atau sayur-sayuran.
Vitamin C terbaik untk ibu hamil
Bila dengar perkataan vitamin C, kita mesti fikir satu buah, buah oren. Sebenarnya ada banyak lagi jenis buah yang beri manfaat vitamin c sama seperti buah oren. Bukan dalam buah sahaja, dalam sayuran pun ada! Kalau hari-hari makan buah oren semata nak dapatkan Vitamin C pun boleh bosan jugak.
Jadi, antara makanan sihat yang mengandungi vitamin c ialah:
- Lada benggala (merah & hijau)
- Jus oren
- Jus anggur
- Kiwi
- Brokoli
- Strawberi
Selamat atau tidak ibu hamil ambil supplement vitamin C?
Mungkin ada ibu-ibu yang hamil kat luar sana tertanya sama ada boleh atau tidak untuk ambil supplement vitamin c semasa mengandung, lebih-lebih lagi ibu yang mempunyai imun lemah dan harapkan supplement vitamin c untuk tingkatkan imun mereka lebih-lebih lagi pada musim sejuk.
Walau bagaimanapun, ibu hamil digalakkan untuk ambil vitamin c melalui diet pemakanan mereka dan juga vitamin prenatal. Kalau ibu-ibu hamil rasa mereka perlu juga untuk ambil supplement vitamin c, lebih elok jika dapatkan dulu nasihat daripada doktor.