Punca Bayi Sukar Tidur Malam: Reasons of Sleep Problems For 3 Category of Baby Age

sukar tidur

Setiap ibu bapa pastinya risau apabila anak sering sukar tidur pada waktu malam. Kebanyakan ibu bapa pastinya akan mengalami situasi tidak cukup waktu tidur lebih-lebih lagi apabila anak kerap berjaga pada waktu malam. Tetapi adakah situasi tersebut normal ataupun ada punca lain yang ibu bapa terlepas pandang?

Masalah sukar tidur boleh dikategorikan mengikut umur bayi.

Masalah Sukar Tidur: Usia 0 hingga 3 Bulan

Bayi yang usianya baru 0 hingga 3 bulan sememangnya kerap berjaga malam. Hal ini demikian kerana bayi yang baru lahir masih menyesuaikan diri dengan corak tidur yang biasa. Kebiasaannya, bayi yang baru lahir tidur 14 hingga 17 jam dalam jangka masa 24 jam. Bayi baru lahir kerap terjaga dari tidur apabila tiba waktu makan pada waktu siang dan malam.

Bagi bayi yang berusia satu hingga dua bulan, mereka perlu tidur dalam jumlah jam yang sama dengan bayi baru lahir iaitu 14 hingga 17 jam sehari, dipecahkan kepada lapan hingga sembilan jam pada waktu malam dan 7 jam hingga 9 jam pada waktu siang dalam tempoh beberapa kali waktu tidur. Seterusnya, bagi bayi yang berumur 3 bulan, mereka perlu tidur 14 hingga 16 jam dalam jangka masa 24 jam.

Bayi yang masih kecil akan kerap bangun dari tidur untuk menyusu tidak kira siang mahupun malam. Hal ini merupakan cabaran bagi ibu bapa bagi menjaga bayi mereka yang kerap bangun dari tidur. Namun begitu, ibu bapa tidak perlu risau kerana situasi tersebut adalah normal. Situasi ini tidak akan berpanjangan dan akan berubah.

Beberapa sebab bayi yang masih kecil susah untuk tidur malam:

1. Tidak mahu tidur terlentang
Bayi meragam setiap kali dibaringkan untuk tidur. Hal ini terjadi kerana bayi lebih merasa selamat untuk tidur secara meniarap tetapi posisi berkenaan sering dikaitkan dengan kejadian sindrom kematian bayi secara tiba-tiba (SIDS). Oleh itu, pakar lebih mengesyorkan tidur secara terlentang. Jika masalah berkenaan berlarutan, ibu bapa boleh berjumpa dengan pakar pediatrik untuk membuat pemeriksaan bagi mengesan sekiranya terdapat masalah kesihatan yang menyebabkan bayi sukar tidur malam. Ada juga tips yang boleh dicuba supaya anak selesa untuk tidur secara terlentang iaitu dengan membedung bayi dan memberikan puting.

2. Keliru antara waktu siang dan malam
Bayi kerap tidur sepanjang hari pada waktu siang dan berjaga pada waktu malam. Ada beberapa cara yang boleh diguna oleh ibu bapa bagi membantu bayi membezakan waktu siang dan malam. Antaranya ialah mengehadkan anak untuk tidur dalam 3 jam sahaja pada waktu siang untuk mengelakkan anak berjaga pada waktu malam. Seterusnya, ibu bapa boleh mewujudkan perbezaan ketara antara siang dan malam dengan cara membiarkan bilik tidur bayi gelap semasa bayi tidur dan elakkan membuka televisyen semasa anak menyusu pada waktu malam.

3. Tidur tak lena disebabkan kerap menyusu pada waktu malam
Kebanyakan bayi yang berusia 2 hingga 3 bulan terutamanya bagi yang menyusu badan, masih perlu menyusu sekurang-kurangnya sekali atau dua kali pada waktu malam. Bangun setiap kali 2 jam pada waktu malam adalah tidak patut bagi bayi. Oleh itu, ibu bapa boleh berbincang dengan pakar pediatrik mengenai berapa kerap bayi perlu menyusu pada waktu malam. Sekiranya ibu bapa ingin mengurang jumlah kekerapan anak menyusu pada waktu malam, ibu bapa perlulah memastikan anak menyusu dengan cukup pada waktu siang dengan cara menyusu setiap dua hingga tiga jam.

Masalah Sukar Tidur: Usia 4 hingga 5 Bulan

Bayi yang berusia 4 bulan perlu tidur antara 12 hingga 16 jam sehari, dipecahkan kepada dua atau tiga kali tidur yang berjumlah tiga hingga enam jam dan kemudian 9 hingga 11 jam pada waktu malam. Bayi yang berusia 5 bulan pula perlu tidur antara 10 jam hingga 11 jam pada waktu malam. Pada waktu siang, bayi juga memerlukan 2 hingga 3 kali tidur.

Antara masalah yang berlaku ialah:

1. Anak sering terbangun tengah malam (“Sleep regression”)
Memasuki usia empat bulan, bayi mula beralih dari kehidupan bayi yang lebih banyak menghabiskan waktu untuk tidur menjadi lebih banyak bergerak. Dengan banyak perkara baru untuk bermain dan lebih ramai orang boleh dikenali, hidup menjadi lebih seronok pada peringkat ini untuk dibazirkan dengan tidur. Biasanya bayi mendapatkan waktu tidur malam yang panjang, jadi tidak teratur kerana mengalami “sleep regression” ini. Masalah ini dapat diatasi dengan memulakan rutin waktu tidur bayi dengan aktiviti mandi, menyusu, bercerita, berzikir dan peluk anak. Pastikan anak mendapat tidur yang cukup pada waktu siang untuk menggantikan waktu tidur yang kacau pada waktu malam kerana ia lebih sukar untuk bayi yang penat untuk tidur pada waktu malam.

2. Waktu tidur siang yang berubah.
Apabila bayi sudah meningkat usianya, mereka kurang tidur pada waktu siang. Jika bayi kelihatan gembira dengan perubahan jadual tidur siang dan tidur dengan baik pada waktu malam, ibu bapa boleh teruskan dengan jadual tersebut. Namun begitu, jika anak kerap meragam apabila kurang tidur pada waktu siang, kemungkinan bayi terlalu penat dan memerlukan galakan untuk tidur. Masalah ini boleh diatasi dengan memulakan rutin sebelum waktu tidur seperti berzikir, melakukan urutan dan bercerita.

Masalah Sukar Tidur: Usia 6 Bulan ke atas

Pada usia 6 bulan, bayi perlu tidur 10 hingga 11 jam pada waktu malam dan 2 hingga 3 kali tidur pada waktu siang. Pada usia 9 bulan, bayi akan mula tidur lebih lama pada waktu malam iaitu dalam jangka masa 10 hingga 12 jam sehari dan hanya 2 kali tidur pada waktu siang. Pada usia 12 bulan, bayi sudah mula mahu tidur tengah hari yang panjang. Kebanyakan bayi yang berusia 6 bulan ke atas sudah boleh tidur sepanjang malam.

Antara masalah yang berlaku ialah:

1. Tidak boleh tidur dengan sendirinya
Ibu bapa perlulah mengajar bayi tidur sendiri tanpa mendodoikan mereka dan tidak membuatkan mereka menangis apabila perlu tidur sendiri. Apabila mereka sudah tahu cara untuk tidur sendiri, mereka mampu untuk tidur tanpa bantuan kita sekiranya terjaga pada waktu malam. Ibu bapa boleh mengatasi masalah ini dengan melatih bayi untuk tidur pada waktu yang sama setiap hari. Seterusnya, apabila anak sudah mula mengantuk, boleh terus letak di dalam bilik yang sunyi dan tenang. Ibu bapa juga boleh melakukan beberapa latihan untuk membantu anak tertidur.

2. Kesakitan kerana bayi tumbuh gigi
Rata-ratanya, bayi akan mula tumbuh gigi pada usia 6 bulan. Kesakitan akibat mahu tumbuh gigi menyebabkan bayi terjaga dari tidur. Antara tanda bayi mahu tumbuh gigi ialah suka menggigit, air liur meleleh, suka memasukkan jari ke dalam mulut, kerap menangis dan kurang berselera. Apabila anak sudah menunjukkan tanda mahu tumbuh gigi, kebersihan persekitaran perlulah dijaga lebih rapi supaya tiada berlaku perebakan bakteria yang boleh menyebabkan bayi tidak selesa. Ibu bapa juga boleh memberi “teether” bersih yang disejukkan dalam peti ais atau menekan-nekan gusinya dengan tangan bersih atau berus gigi bayi untuk melegakannya.

Khas untuk ibu-ibu yang ingin mencari jalan penyelesaian bagi masalah anak sukar tidur pada waktu malam, kami di Youbaby mempunyai produk yang memang sesuai untuk anak anda. Krim Youbaby boleh membantu anak anda tidur dengan lebih lena dengan hanya 3 sapuan sahaja. Masalah batuk berkahak, selsema dan nafas berbunyi juga dapat diselesaikan. Kini, ibu tidak perlu bimbang lagi dengan kesihatan bayi anda. Krim ini menggunakan bahan organik seperti habbatus sauda, aloe vera dan garlic oil. Yang paling best krim ni tak melekit, mudah meresap dan tak panas.

Istimewa dari Youbaby, produk “travel pack” yang mengandungi produk Youbaby seperti “Youbaby Cream”, “Baby Serum” dan “Shower Gel”. Tuala kecil untuk bayi juga diberikan secara percuma. Klik butang di bawah untuk dapatkannya.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top