3 Punca Nafas Bayi Berbunyi- Wheezing

NAFAS

Wheezing(nafas berbunyi)

Apabila nafas bayi anda berbunyi (wheezing), mereka mungkin akan bernafas perlahan dan diikuti berbunyi. Hal ini disebabkan saluran pernafasan bayi adalah kecil berbanding dewasa, oleh itu pelbagai benda yang boleh menyebabkan nafas mereka berbunyi ketika bernafas. Sebahagian mungkin dianggap sebagai perkara biasa, namun sebahagian lagi perlu diberi perhatian.

Wheezing biasanya berlaku semasa bayi bernafas dan berlaku apabila sesuatu menyekat saluran pernafasan mereka menyebabkan saluran ke paru-paru sempit. Lendir (hingus) kecil dan kering boleh menyebabkan bunyi nafas yang kuat.

Jika nafas anak anda berbunyi dan berlarutan, ibu-ibu perlu memberi perhatian dan lihat jika sesuatu berlaku.

Punca Yang Mungkin Menjadi Penyebab Nafas Bayi Berbunyi

Alergik/ Alahan

Alahan boleh menyebabkan badan bayi memproses kahak tambahan. Memandangkan bayi ibu-ibu tidak dapat mengeluarkan kahak mereka melalui hidung untuk menghilangkan sakit tekak, ini menyebabkan kahak tersebut melekat di dalam saluran hidung.  Jika bayi terdedah dengan udara tercemar atau mencuba makanan baru, alahan mungkin akan berlaku yang menyebabkan nafas mereka berbunyi. Namun, ia bukannya wheezing jika kahak hanya di hidung, tekak atau paru-paru sahaja. Tambahan pula, alahan bukan perkara biasa kepada bayi yang berumur tidak lebih dari setahun.

Bronchiolitis

Bronchiolitis merupakan satu jangkitan pernafasan yang mungkin berlaku kepada bayi ibu-ibu. Kes ini selalunya berlaku kepada bayi semasa musim sejuk (di luar negara). Bronchiolitis berlaku disebabkan virus. Ini disebabkan keradangan di paru-paru akibat bronchioles seterusnya menyebabkan bayi sesak nafas. Jika bayi ibu-ibu mempunyai bronchiolitis, mereka mungkin mengalami batuk-batuk.

Namun, ia mengambil masa untuk saluran pernafasan bayi berbunyi akibat bronchiolitis sembuh.

Kebanyakan kanak-kanak akan menghadapi proses pemulihan di rumah. Tapi, dalam peratusan kes yang rendah, bayi perlu dimasukkan ke dalam hospital.

Asthma

Kadangkala nafas bayi berbunyi adalah disebabkan oleh asma. Ini kebanyakannya berlaku kerana ibu bapa yang merokok atau mempunyai sejarah asma, atau si ibu merokok ketika mengandung. Tetapi jika nafas bayi anda berbunyi tidak semestinya mereka mempunyai asma. Jika bayi anda memiliki nafas berbunyi secara berterusan, Pergi ke hospital untuk pakar pediatrik membuat ujian ke atas bayi anda. Pakar juga akan menyarankan ubat asma untuk melihat sama ada keadaan bayi semakin baik.

Cara Merawat Bayi Nafas Berbunyi

Cara untuk merawat penyakit nafas berbunyi bergantung pada punca bayi ibu-ibu bernafas dengan berbunyi. Jika ia kali pertama nafas bayi berbunyi, doktor akan memberi kebenaran untuk merawat gejala tersebut dengan rawatan rumah sebelum mereka menetapkan ubat yang perlu diambil. Ibu-ibu boleh cuba cara di bawah sebagai rawatan awal di rumah:

humidifier

Humidifier akan memberikan kelembapan dalam udara. Ia boleh menghidratkan udara dan seterusnya membantu melegakan kesesakan yang menyebabkan bayi bernafas mengeluarkan bunyi. 

jarum suntikan (bulb syringe)

Jika kesesakan pada nafas bayi berterusan, jarum suntikan mungkin boleh membantu untuk menyedut mucus keluar daripada saluran udara. Tapi perlu diingatkan bahawa ruang hidung dan udara ke paru-paru masih dalam proses membesar. Jadi pastikan ibu-ibu lakukan dengan lemah lembut dan pastikan jarum suntikan tersebut bersih sebelum digunakan.

hydration

Jika nafas bayi berbunyi kerana jangkitan, amat penting untuk mengekalkan mereka terhidrasi. Pastikan ibu-ibu berikan bayi air masak secukupnya. Hydration akan membantu mengurangkan mucus dan membersihkan laluan hidung bayi.

ubat

Tidak banyak ubat batuk yang dapat diberikan secara selamat kepada bayi. Administering acetaminophen atau produk lain yang dibuat untuk melegakan demam tidak boleh membantu melegakan batuk atau nafas berbunyi. Jangan berikan madu kepada bayi untuk melegakan tekak atau melancarkan nafas berbunyi kerana ia mengandungi risiko terhadap botulism bayi.

Bila waktu sesuai untuk berjumpa doktor?

Jika ibu-ibu mendapati bayi menghadapi nafas berbunyi, bawa mereka ke hospital untuk rawatan lanjut. Diagnosis yang betul diperlukan untuk melihat rawatan yang sesuai untuk membantu bayi ibu-ibu.

Ada gejala yang tidak dapat dikenal pasti. Jika bayi bernafas dengan keras, atau kulit mereka kebiruan, segera dapatkan rawatan perubatan. Ia boleh menunjukkan tindak balas alahan yang teruk atau keadaan perubatan yang serius. Ibu-ibu juga perlu dapatkan rawatan ke hospital jika bayi ibu-ibu mempunyai tanda-tanda berikut:

  1. paru-paru berbunyi
  2. batuk yang melampau
  3. demam tinggi yang berterusan
  4. dehydration

Dalam kes ini, doktor akan memberi penjagaan sepatutnya kepada bayi.

Kredit : https://www.healthline.com/health/parenting/baby-wheezing#takeaway

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
× Wasap Kami