6 Makanan Untuk Tambah Susu Badan

Makanan Untuk Tambah Susu Badan

Makanan untuk tambah susu badan. Penyusuan adalah penting untuk bayi namun terdapat masalah yang sering di hadapi oleh ibu-ibu yang pertama kali dalam proses penyusuan antaranye susu tidak banyak. Kebiasaanya tempoh 2 minggu pertama mengambil sedikit masa dan agak sukar. Khas untuk ibu-ibu yang mempunyai masalah susu sedikit boleh amalkan pemakanan dibawah untuk tambah susu badan.

1. Madu

Madu antara salah satu makanan yang baik untuk tambah susu badan di samping itu juga terdapat banyak khasiat madu antaranya ialah memberikan tenaga, sebagai sumber vitamin dan mineral, membantu mengurangkan simptom alergik.

2. Kekacang

Pengambilan kekacang seperti badam atau almond yang mengandungi vitamin B baik untuk tambah susu badan. Selain itu juga khasiat kacang sangat baik untuk ibu dan bayi antaranya ialah sebagai serat untuk pencernaan , Vitamin E untuk rambut dan kulit, Kalsium untuk mencegah hipertensi.

3. Kurma

Kurma adalah makanan terbik sebagai makanan untuk tambah susu badan di mana kurma mengandungi nutrien tryptophan iaitu sejenis asid amino yang penting untuk badan menghasilkan protein. Didalam kandungan kurma juga mempunyai kandungan kalsium yang tinggi. Zat kalsium yang tinggi sangat baik untuk tambah susu badan anda. 100g kurma mampu meberikan 6.5% kalsium yang disarankan untuk setiap hari.

Kurma juga mengandungi fosforus, sodium, magnesium, zink, vitamin A dan banyak lagi. Selain dari baik untuk tambah susu badan kurma juga baik untuk membantu masalah sembelit, alergik, cirit birit, penambah tenaga dan masalah kekurangan darah (Anemia).

4. Jambu Batu

Buah jambu batu mengandungi banyak khasiat dan vitamin yang baik untuk tambah susu badan antaranye ialah jambu batu mengandungi vitamin C, magnesium dan fosfor. Antara khasiat lain buah jambu batu ialah membantu menjaga tekanan darah, masalah sembelit, mengawal gula dalam darah , mampu mengurangkan risiko kanser.

5. Coklat

Coklat adalah satu makanan yang mampu memberikan tenaga dan menstabilkan hormon dan mampu mengurangkan stress. Hormon yang seimbang mampu tambah susu badan secara semulajadi. Pengambilan coklat sangat-sangat membantu tapi jangan ambil secara berlebihan ye.

Sumber : Dailymail

6. Makanan Yang Mengandungi Yis

Makanan yang mengandungi yis seperti roti, donut dan lain-lain membantu ibu-ibu untuk tambah susu badan. Kandungan yis mempunyai paras protein, vitamin B, asid amino dan mineral yang sangat baik yang menyokong bekalan susu yang sihat untuk ibu menyusu.

https://www.facebook.com/originalyoubaby/

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
× Wasap Kami