6 Tanda Amaran Dehydration Kepada Kanak-Kanak

Dehydration

DEHYDRATION-Dalam cuaca yang tidak menentu ini, kanak-kanak dan orang dewasa akan kehilangan air dalam badan sepanjang hari. Air akan ter “evaporate” dari kulit dan tinggalkan badan apabila kita bernafas, menangis, berpeluh, dan buang air kecil.

Selalunya, kanak-kanak mendapat air yang cukup dengan makan dan minum untuk menggantikan air yang hilang. Tapi, dalam sesetengah kes, kanak-kanak kehilangan lebih banyak air dari kebiasaan. Demam, sakit perut, bermain dalam cuaca yang panas, atau terlalu banyak bersenam dan bermain adalah contoh menyebabkan kehilangan cecair dalam badan. Ini akan menyebabkan dehydrate.

Dehydration bukan perkara yang boleh dianggap mudah. Apabila ia berlaku, tubuh badan akan kehilangan cecair dan air untuk berfungsi dengan baik. Dalam setengah kes, keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan otak atau kematian.

Dehydration berlaku apabila banyak cecair keluar dari badan. Kanak-kanak lebih mudah terdedah kepada dehydration daripada orang dewasa kerana mereka mempunyai tubuh badan yang masih kecil. Jadi mereka mempunyai rizab air yang lebih kecil.

Ada kanak-kanak menjadi dehydrate kerana mereka tidak minum air dengan secukupnya. Faktor tertentu juga boleh menyebabkan anak ibu-ibu mengalami risiko tinggi untuk dehydration. Ini termasuklah:

  1. demam
  2. muntah
  3. diarrhea
  4. peluh berlebihan
  5. kurang minum air semasa sakit
  6. menghadapi penyakit kronik seperti diabetes atau gangguan usus
  7. terdedah kepada cuaca panas dan lembap

Diarrhea mungkin berlaku disebabkan oleh jangkitan (virus, bakteria, atau parasit), alergik makanan, keadaan kesihatan seperti penyakit radang usus, atau kesan pengambilan ubat. Jika anak ibu-ibu muntah-muntah keluar air dalam perut atau tidak berupaya untuk minum disebabkan sakit, Pantau mereka dari tanda dehydration dan bersedia untuk merawat.

Tanda amaran dehydration pada kanak-kanak

Berlaku sangat perlahan dari masa ke masa, atau boleh berlaku secara tiba-tiba. Kanak-kanak yang sakit, terutamanya sakit perut, perlu dipantau dengan teliti untuk tanda-tanda dehydration. Namun perlu diketahui bahawa tanda amaran tidak selalunya jelas.

Jangan tunggu sehingga anak ibu-ibu terlalu dahaga. Jika mereka terlalu dahaga, mereka akan ter dehydrate. Sebaliknya, Lihat tanda-tanda amaran di bawah:

  1. bibir kering atau merekah
  2. air kencing berwarna gelap
  3. tidak kencing dalam masa 8 jam
  4. kulit sejuk atau kering
  5. mata tenggelam atau kulit tenggelam di tempat lembut kulit kepala (untuk bayi)
  6. mengantuk yang berlebihan
  7. tahap tenaga yang rendah
  8. tiada air mata ketika menangis
  9. meragam yang melampau
  10. nafas jadi laju atau degupan jantung laju

Dalam kes-kes yang kritikal, anak ibu-ibu boleh tidak sedarkan diri

Merawat dehydration pada kanak-kanak

Satu-satunya cara untuk merawat adalah dengan menambah cecair yang hilang. Dehydration yang ringan boleh berlaku di rumah. Jika anak ibu-ibu mengalami diarrhea, muntah, atau demam, atau menunjukkan tanda dehydration, sila ambil langkah-langkah berikut:

  1. Beri anak anda pedialyte. Cara ini mengandungi air dan garam dalam kadar yang tepat dan mudah untuk dicerna. Air kosong biasanya tidak cukup untuk melegakan dehydration. Jika ibu-ibu tidak memiliki pedialyte, ibu-ibu boleh cuba susu atau jus yang dicairkan sehingga ibu-ibu mampu mendapatkannya.
  2. Terus beri anak ibu-ibu air secara perlahan sehingga air kencing mereka bersih. Jika anak anda muntah-muntah, beri mereka dengan jumlah yang kecil dalam satu masa sehingga mereka mampu menelanya. Anak ibu-ibu mungkin hanya mampu mengambil sesudu air pada satu masa, itu adalah lebih baik daripada tiada. Tingkatkan jumlah secara berperingkat. Jika ibu-ibu beri air terlalu banyak dan cepat mungkin akan menyebabkan anak ibu-ibu muntah.
  3. Jika anak masih menyusu badan, teruskan lakukannya. Ibu-ibu juga boleh berikan bayi susu botol untuk menghilangkan dehydration.

Mencegah dehydration pada kanak-kanak

Amat penting bagi ibu bapa mengetahui tanda amaran dehydration. Jika anak ibu-ibu terlalu dahaga, itu mungkin sudah terlambat. Di sini kami berikan langkah-langkah untuk mencegah dehydration.

Ibu-ibu perlu mempunyai “oral rehydration solution” pada setiap masa. Ini boleh didapati dalam cecair, popsicle, dan serbuk.

  1. Jika anak ibu-ibu sakit, pastikan mereka minum dengan banyak. Mula berikan anak-anak air kosong.
  2. Anak-anak yang tidak makan atau minum disebabkan sakit tekak mungkin perlu melegakan sakit mereka dengan acetaminophen (tylenol) atau ibuprofen (advil)
  3. Pastikan anak ibu-ibu mengambil vaksin termasuklah rotavirus vaksin. Rotavirus menyebabkan satu pertiga daripada semua kanak-kanak masuk wad disebabkan oleh diarrhea pada umur 5 tahun ke bawah.
  4. Ajar anak-anak bagaimana membasuh tangan dengan betul sebelum makan atau minum dan selepas masuk tandas untuk mengelakkan jangkitan.
  5. Galakkan anak untuk minum air secukupnya sebelum, semasa, dan selepas bersenam.

Bila waktu sesuai untuk bertemu doktor jika anak mengalami dehydration?

Bawa anak-anak berjumpa doktor jika:

  1. Anak ibu-ibu tidak menunjukkan tanda-tanda pulih atau semakin bertambah dehydrate.
  2. Najis atau muntah anak mengandungi darah.
  3. Anak menolak untuk minum air.
  4. Anak muntah atau diarrhea secara berterusan dan teruk sehingga mereka tidak mampu untuk minum air yang mencukupi untuk menampung air yang hilang di alam tubuh badan.
  5. Anak cirit-birit berpanjangan sehingga lebih dari sehari.

Langkah seterusnya

Anak-anak yang mengalami dehydration selalunya boleh dicegah, tetapi ada tindakan yang perlu ibu bapa ambil untuk membantu mereka. Belajar untuk mengenal pasti tanda amaran dan segera berjumpa pakar pediatrik jika anda merasakan anak-anak mungkin mengalami dehydration.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter

More to explorer

1 thought on “6 Tanda Amaran Dehydration Kepada Kanak-Kanak”

  1. Pingback: 3 Punca Nafas Bayi Berbunyi- Wheezing - YouBaby

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
× Wasap Kami