Term & Agreement

SURAT PELANTIKKAN DAN PERJANJIAN AGENT SAH SYARIKAT YOUBABY

 TERMA DAN SYARAT

  1. Agent/stokis mestilah berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat oleh syarikat.
  2. Youbaby Natural (Baby Krim dan Shower Gel) adalah hak milik sah Youbaby.
  3. Untuk pembelian pertama sebanyak 5 unit ke atas (mengikut pakej yang di tawarkan HQ) adalah wajib bagi melayakkan diri menjadi agent. Manakala untuk layak menjadi stokis ialah dengan membuat pembelian minimum 100 unit.
  4. Agent/stokis juga tidak dibenarkan untuk menjual produk kepada agent lain atau stokis lain dengan harga yang rendah atau sebaliknya.
  5. Mencuri dan mengambil dropship dari agent lain tanpa persetujuan / tanpa kebenaran boleh menyebabkan status agent di tamatkan.
  6. Agent mestilah berdaftar dengan satu stokis sahaja dan membuat pembelian dengan stokis yang sama. Manakala stokis hanya boleh membuat pembelian melalui HQ sahaja.
  7. Agent/stokis dilarang sesekali bermain harga dan tidak mengikut harga yang di selaraskan oleh HQ. Jika di dapati agent/stokis berbuat demikian dengan bukti kukuh status agent akan di tamatkan dan penalty sebanyak Rm 10,000 akan dikenakan.
  8. Agent /stokis di larang meniru produk youbaby dan jika di dapati pihak HQ boleh mengambil tindakan undang-undang.
  9. Agent /stokis juga tidak boleh memburukkan produk keluaran youbaby dan sebarang permasalahan perlulah dirujuk pada pihak hq.
  10. Agent/stokis tidak boleh menukar-nukar stok antara agent/stokis kerana tidak memberikan aliran tunai yang baik kepada kedua-dua pihak. Melainkan terdapat masalah stok pada pihak HQ.
  11. Jika berlaku kerosakkan atau kehilangan produk semasa penghantaraan stokis/hq tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan dan kerosakkan tersebut.
  12. Agent bertanggungjawab menjaga kredibiliti produk dan company.
  13. Agent boleh mencari agent dan stokis boleh mencari stokis. 

PENDAFTARAN

  1. Dropship :

Wajib membuat pembelian 1 unit YBC dengan harga normal untuk melayakkan diri sebagai Ds atau membayar yuran keahlian Rm 30 seumur hidup untuk mendaftar.

  1. Agent :

Membuat pembelian minimum iaitu serendah 5 unit untuk melayakkan menjadi agent berdaftar. Agent perlu mematuhi harga jualan yang ditetapkan oleh pihak HQ dari semasa ke semasa.

  1. Stokis :

Membuat pembelian minimum iaitu serendah 100 unit dalam satu resit untuk melayakkan menjadi stokis berdaftar. Stokis perlu mematuhi harga jualan yang ditetapkan oleh pihak HQ dari semasa ke semasa.

SYARAT UPGRADE

Ds to Agent:

  • Mana- mana Ds yang berjaya menjual 10 unit krim dalam masa sebulan layak untuk menjadi agent sah.

Agent to Stokis:

  • Wajib menjual 50 unit berturut turut selama 3 bulan layak menjadi stokis
  • Sekiranya Agen membuat jualan 50 unit krim dalam masa sebulan, Rebate Insentif sebanyak Rm 50 diberikan oleh HQ.
  • Sekiranya Agen membuat jualan 100 unit krim dalam masa sebulan, Rebate Insentif sebanyak Rm 100 diberikan dan layak menjadi stokis.

Stokis to Stokis:

  • Sekiranya stokis mendaftarkan ahli dibawahnya sebagai stokis dengan pembelian 100 unit, stokis (leader) layak menerima Rebate Insentif Rm 100.
  • Sekiranya stokis dibawahnya restock 100 unit, stokis (leader) dan stokis yang dibawah layak menerima Rebate Insentif Rm 100 setiap kali stokis dibawah membuat pembelian stok yang berikutnya (restock).

OTHERS

  • Stokis boleh mencari stokis, HQ akan memberikan Rebate Insentif kepada stokis A setiap kali stokis B restock dan HQ akan memberikan Rebate Insentif kepada stokis B mengikut jumlah restock. Semua stokis (leader) wajib restock direct pada HQ sahaja dan stokis yang mempunyai stokis dibawah, wajib restock melalui leader masing-masing.
  • Agent mencari agent. Stokis wajib memberikan Rebate Insentif kepada Agent A setiap kali agent B restock pada stokis sebagai penghargaan referal kepada Agent A yang membawa masuk agent B. Semua agent wajib restock pada stokis masing-masing.
  • Mana-mana leader stokis yang restock. Setiap 100 unit layak menerima Rebate Insentif sebanyak RM 100 daripada Hq.
  • Mana-mana stokis dibawah yang restock 50 unit sebulan layak menerima Rebate Insentif RM 50 daripada stokis (leader) masing-masing.
  • Penebusan Insentif Rebate adalah dalam tempoh masa sebulan. Selepas sebulan, Insentif Rebate tidak boleh digunakan lagi.
  • Bagi produk shower gel tiada Insentif rebate akan diberikan jika ahli merestock kerana margin produk adalah rendah.
  • Pihak HQ berhak mengubah mana-mana terma perjanjian dari masa ke semasa mengikut kesesuaian market dan notis akan diberikan kepada Stokis /Agent.
Scroll to Top