
Kulit bayi sangat sensitif terutama di bahagian punggung. Persekitaran lampin yang lembap dan panas boleh menyebabkan ruam lampin yang berbintik merah.
Pemakaian lampin bayi biasanya untuk jangkamasa yang lama. Oleh itu, penting untuk penjagaan lampin bayi bagi mengelakkan ruam lampin berlaku.
Cara Nak Elak Ruam Bayi ?
Kerap menukar lampin bayi supaya kulit punggung bayi sentiasa kering.
Pemilihan saiz lampin bayi juga penting bagi mengelak daripada ruam. Pastikan tidak ketat dan mempunyai penyerapan yang cukup.
Cara Merawat Ruam Lampin Bayi !
1.Pastikan segera menukar lampin bayi bagi mengelakkan ruam lampin di bahagian kulit bayi.
2. Lap kulit bayi dengan perlahan-lahan.
3. Pastikan kulit bayi kering terlebih dahulu sebelum memakai lampin bayi.
4. Gunakan krim pada kulit bayi secara konsisten.
5. Pilih lampin pakai buang bayi yang sesuai dengan kulit bayi dan diperbuat daripada bahan lembut.
