Bahaya Anemia Semasa Hamil: 4 Jenis Punca, Simptom dan Rawatannya – Big Causes of Anemia During Pregnancy

Hemoglobin rendah semasa kehamilan atau keadaan yang dikenali sebagai anemia dimana keadaan ini biasanya memberi kebimbangan kepada ibu mengandung.

Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Anemia berlaku apabila sel darah merah atau hemoglobin tidak mencukupi untuk mengangkut jumlah oksigen yang mencukupi ke tisu dan organ badan.

Punca Anemia Semasa Hamil - Haemoglobin

Punca Anemia Semasa Hamil

1. Anemia Kekurangan Zat Besi

Anemia jenis ini adalah paling biasa berlaku semasa kehamilan. Hal ini demikian berlaku apabila badan wanita hamil tidak mempunyai cukup zat besi untuk menghasilkan jumlah sel darah yang mencukupi. Ini mungkin berpunca akibat kekurangan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi.

Punca Anemia Semasa Hamil - Kurang Zat Besi

2. Anemia Kekurangan Folat

Pengambilan asid folik (vitamin B) yang tidak mencukupi boleh menyebabkan berlakunya anemia jenis ini. Asid folik adalah penting untuk menghasilkan sel darah merah. Kekurangan folat semasa kehamilan boleh meningkatkan risiko kecacatan semasa kelahiran.

Punca Anemia Semasa Hamil - Kurang Folat

3. Anemia Kekurangan Vitamin B12

Kekurangan vitamin B12 juga boleh menyebabkan anemia semasa kehamilan. Ini boleh disebabkan oleh faktor pemakanan atau keadaan perubatan tertentu. Ianya penting bagi menghasilkan sel darah merah yang sihat. Perkara ini boleh berpunca jika ibu hanya memakan sayur sahaja atau seorang vegetarian.

4. Penyakit Kronik

Keadaan kesihatan tertentu seperti anemia sel sabit (sickle cell anemia) atau thalassemia boleh menyebabkan anemia dan mungkin berlaku sebelum kehamilan.

Apakah Penyebab Anemia Semasa Hamil?

Kehamilan merupakan salah satu sebab mengapa ibu boleh mengalami anemia semasa hamil. Selain itu, punca berlakunya anemia pada orang yang tidak mengandung juga berpotensi untuk mengalami anemia semasa hamil, seperti:

  • Penyakit darah lain seperti talasemia
  • Kitaran darah haid yang berat sebelum hamil
  • Menderma darah
  • Penyakit ulser mulut dan polyps

Siapakah yang Paling Berisiko Mengalami Anemia Semasa Hamil?

  • Ibu hamil anak kembar
  • Ibu yang kerap muntah akibat mabuk kehamilan
  • Ibu yang kerap hamil dalam masa yang singkat
  • Ibu yang kurang makan makanan kaya zat besi

Simptom Anemia semasa Hamil

  • Keletihan atau rasa lemah yang berlebihan
  • Kulit dan kuku kelihatan pucat
  • Selalu sesak nafas
  • Degupan jantung yang laju
  • Kepala mudah pening
  • Kaki dan tangan sejuk
  • Kerap sakit kepala
  • Kesukaran menumpukan perhatian

Adakah Ibu Perlu Perju Berjumpa Doktor?

Sekiranya ibu mengalami banyak simptom anemia semasa hamil, ibu amatlah disarankan untuk berjumpa doktor pakar untuk melakukan diagnosis dan merawat penyakit ini.

Doktor akan menjalankan ujian darah bagi mendiagnosis anemia untuk menentukan kandungan sel darah merah dalam badan ibu. Sekiranya ibu mengalami anemia semasa hamil, tahap dan peratusan sel darah merah adalah rendah.

Cara Mencegah dan Mengatasi Anemia Semasa Kehamilan

Pencegahan dan rawatan anemia semasa kehamilan biasanya melibatkan perubahan rutin diet dan pemakanan ibu. Antara beberapa langkah yang ibu boleh ambil untuk  mencegah anemia adalah:

  • Makan Makanan Kaya Zat Besi: Makanan seperti daging merah, ayam, ikan, sayur-sayuran berdaun hijau, kacang-kacangan, bijirin yang kaya zat besi, dan kekacang adalah sumber zat besi yang baik. Cuba lebihkan makanan jenis ini dalam diet harian.
  • Ambil Suplemen Zat Besi: Jika ibu didiagnosis dengan anemia atau mempunyai risiko yang tinggi, doktor mungkin akan menggalakkan pengambilan suplemen zat besi. Suplemen ini membantu meningkatkan tahap zat besi dalam badan dan boleh dimakan bersama makanan untuk mengurangkan kesan sampingan seperti sakit perut.
  • Banyakkan Mengambil Makanan Kaya Vitamin C: Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi dalam makanan. Ibu boleh menamabh buah-buahan limau, strawberi, kiwi, tomato, dan sayur-sayuran dalam diet ibu untuk membantu penyerapan zat besi yang lebih baik.
  • Ambil Vitamin Prenatal: Suplemen vitamin prenatal yang mengandungi folat dan vitamin B12 adalah penting untuk memastikan ibu mendapat semua nutrien yang diperlukan untuk mencegah anemia.
  • Berjumpa Doktor Secara Berkala: Pemeriksaan pre-kehamilan yang kerap dapat membantu memantau kesihatan ibu dan bayi, termasuk memantau tahap zat besi dan kesihatan sel darah merah.

Kesan Anemia Jika Tidak Dirawat

Sekiranya anemia tidak dirawat, ia boleh membawa kepada komplikasi yang serius seperti kelahiran bayi pramatang, berat bayi yang terlalu ringan semasa lahir, dan risiko kehilangan darah yang banyak semasa bersalin.

Selain itu, anemia juga boleh memberi kesan kepada kesihatan ibu selepas bersalin, termasuklah risiko kemurungan selepas kehamilan (pospartum depression).

Oleh itu, ibu haruslah berwaspada dan berjumpa doktor dengan segera apabila mengesyaki diri mengalami anemia. Menjaga kesihatan diri semasa mengandung amatlah penting bagi memastikan bayi lahir dengan keadaan yang sihat.

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top