4 Perkara Tentang Perkembangan Bayi dalam Tahun Pertama Yang Ibu Bapa Perlu Tahu : Important Things Parents Should Know

perkembangan bayi dalam 1 tahun

Tahun pertama merupakan masa di mana bayi mula membesar dengan sangat cepat. Ibu bapa yang melihat perkembangan bayi mereka pasti merasa bangga dan gembira. Tidak dinafikan ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka bukan?

Melakukan persiapan yang terbaik adalah penting bagi menyokong perkembangan bayi. Mari kita lihat proses perkembangan bayi dari bulan pertama kelahiran sehinggalah bulan ke 12 yang ibu bapa perlu tahu.

Bulan 1-3: Baru Mengenal Dunia

Sewaktu kelahiran, bayi akan mula menyesuaikan diri dengan dunia yang mereka lihat. Bayi akan banyak belajar tentang benda baru pada waktu ini. Antaranya ialah belajar mengecam suara ibu bapa, belajar senyum, dan mula menunjukkan rasa ingin tahu terhadap persekitaran mereka. 

Bayi yang berusia 1 bulan akan mula belajar untuk menggunakan tubuh badan mereka. Contohnya adalah dengan menghisap jari, menggenggam tangan, dan menggerakkan  kaki mereka. Waktu ini adalah waktu di mana anak akan lebih rapat dengan ibu.

Bulan 4-6: Mahir Menggunakan Anggota Badan

Bayi sudah mula menunjukkan kebolehan mereka untuk menggunakan seperti meniarap dan mengangkat kepala apabila umur mereka sudah mencecah 4 bulan. Bayi akan mula mahir menggunakan tangan mereka dan aggota badan yang lain.

Selain itu, bayi akan lebih banyak mengikut perbuatan orang sekeliling seperti menggerakkan badan, membuat bunyi dan ketawa. Waktu ini adalah waktu bayi paling aktif dan paling suka bermain yang membantu perkembangan bayi dengan lebih baik.

Bulan 7-9: Perkembangan Kemahiran Motor

perkembangan bayi 1 tahun

Bayi sudah pandai merangkak, duduk dan mula belajar berdiri secara sendiri. Ini adalah salah satu perkembangan bayi apabila usia mereka sudah berada dalam lingkungan 7 hingga 9 bulan.

Bayi juga sudah pandai mengambil sesuatu dengan jari mereka kerana kemahiran motor mereka semakin berkembang. Bayi juga sudah mula faham dan mengenal perkataan serta dapat memberi reaksi apabila namanya dipanggil pada waktu ini.

Ibu bapa juga boleh merangsang minat anak dengan bermain bersama anak, seperti permainan ‘peek-a-boo’ atau menyusun blok. Ini membantu mengasah kemahiran motor halus (FMS) anak, sekaligus dapat mendorong perkembangan bayi yang baik.

Bulan 10-12: Mula Bercakap dan Berjalan

Kebanyakan bayi sudah boleh mula berjalan dan bercakap pada bulan ke-10 hingga 12 selepas kelahiran mereka. Ini adalah suatu pencapaian terbesar sepanjang mereka membesar selama setahun, dan ianya memudahkan mereka untuk lebih mengenali kawasan persekitaran. 

Selain itu, bayi juga sudah mula boleh mengucapkan perkataan pertama yang mudah. Contoh perkataan yang sudah mula boleh disebutkan adalah mama dan papa.

Apa yang Anak Sudah Boleh Buat Pada Umur 1 Tahun?

Perkembangan sosial: 

  • Bermain dengan persekitaran

Perkembangan percakapan:

  • Boleh melambai 
  • Boleh sebut mama, papa atau nama unik lain
  • Faham maksud perkataan “jangan” atau “berhenti”

Perkembangan Minda:

  • Dapat mencari benda yang tersorok
  • Dapat meletakkan sesuatu dalam satu bekas, contohnya meletak bola dalam kotak

Perkembangan Fizikal

  • Dapat minum air dari cawan
  • Dapat mengambil barang menggunakan dua jari
  • Dapat berdiri tanpa sokongan
  • Dapat berjalan sambil berpaut pada sesuatu

Tips Untuk Ibu Bapa Bagi Anak Umur 1 Tahun

Perkembangan bayi 1 tahun

Apabila anak sudah berumur 1 tahun dan keatas, ibu bapa sudah boleh membantu anak untuk menggalakkkan perkembangan bayi mereka. Aktiviti ini dapat membantu merapatkan hubungan bersama anak dengan melakukan aktiviti ini:

  • Ajar anak sikap yang baik: ibu bapa boleh menjadi contoh dan menunjukkan perlakuan yang baik. Apabila anak mengikut, beri mereka hadiah dan kata pujian sebagai dorongan kepada mereka. Contohnya dengan memberi pelukan apabila anak berkelakuan baik.
  • Beritahu atau nyanyikan perkara yang sedang dilakukan. Contohnya seperti membersihkan meja dan beritahu anak apa yang sedang dibuat.
  • Sokong anak bercakap: Sekiranya anak cuba menyebut perkataan, pastikan anda cuba menolong mereka menyambung perkataan mereka. Contoh bayi mula bercakap “ba”, ibu bapa boleh sambung dengan perkataan “baju”. 

Dengan memberi peluang kepada anak untuk meneroka dan belajar melalui bermain sambil belajar, ibu bapa dapat membantu mereka mengembangkan kemahiran mereka semasa mereka mula membesar dalam tahun pertama. Melalui pengalaman menyeronokkan ini, anak akan dapat membesar dengan lebih sihat dan gembira.

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top