Demam Tumbuh Gigi Pada Bayi – 6 Simptom Dan Rawatannya : Important Teething Simptoms

demam tumbuh gigi

Tumbuh gigi ialah satu proses di mana gigi bayi mula tumbuh dari gusi. Demam tumbuh gigi ini boleh menyebabkan rasa kurang selesa pada bayi dan juga demam. Hal ini dikaitkan sebagai demam tumbuh gigi.

Tumbuh Gigi Boleh Sebabkan Demam pada Bayi?

Tumbuh gigi boleh dikaitkan sebagai punca demam pada bayi yang juga dipanggil demam tumbuh gigi, tapi ibu juga perlu peka jika ianya mungkin disebabkan oleh isu lain seperti jangkitan lain.

Teruskan membaca untuk mengetahui apa itu demam tumbuh gigi, tips untuk mengurangkan rasa kurang selesa tumbuh gigi, cara merawat demam tumbuh gigi pada bayi.

Apa Itu Demam?

Bayi boleh dikatakan demam mengikut suhu tertentu pada umur yang berbeza. Ada dua jenis klasifikasi umur bayi untuk demam, iaitu:

  • Bawah 3 bulan: Suhu badan 38oC atau 100.4oF keatas
  • Atas 3 bulan: Suhu badan 38.4oC atau 101.2oF keatas

Kenapa Tumbuh Gigi dan Demam Berlaku Serentak

Ada dua sebab utama kenapa bayi selalu demam dan tumbuh gigi pada waktu yag sama, iaitu:

  1. Terdedah kepada Patogen Baharu: Patogen adalah mikorogranisma yang boleh sebabkan penyakit. Bayi selalunya mula memegang, menghisap dan menggigit objek sekeliling pada usia 6 hingga 12 bulan, yang menyebabkan patogen masuk dalam badan anak.
  2. Antibodi Badan Menurun: Antibodi pada bayi yang dipindahkan dari ibu mula menurun apabila umur anak mencecah 6 hingga 12 bulan. Ini menyebabkan mereka mudah sakit kerana sistem imuniti akan mula bertindak balasa dengan jangkitan.

Disebabkan tumbuh gigi dan demam selalu terjadi serentak, kebanykan ibu menganggap ianya adalah demam tumbuh gigi pada bayi.

Simptom Tumbuh Gigi Pada Bayi

demam tumbuh gigi

Kebanyakan bayi mula tumbuh gigi semeasa umur mereka 6 bulan. Tetapi untuk sesetengah kes tertentu, ada bayi yang mula tumbuh gigi seawal 4 bulan atau selewat 12 bulan. Bayi akan terus tumbuh gigi untuk bulan-bulan seterusnya. Antara gejala tumbuh gigi adalah:

  • Sakit Gusi: Bayi akan rasa sakit pada bahagian gusi apabila gigi mula tumbuh. Ada kemungkinan juga ia disebabkan bakteria baru mula berada pada gusi.
  • Selalu Menangis dan Meragam: Rasa kurang selesa di gusi boleh sebbakan bayi banyak meragam dan menangis.Tetapi bayi biasanya tidak menangis berlebihan kerana ianya cuma terjadi kalau ada jangkitan bakteria lain.
  • Susah tidur: Bayi akan susah untuk terlelap disebabkan rasa tak selesa pada gusi.
  • Banyak Menggigit: Bayi akan mula menggigit kerana anak kurangkan rasa tak selesa pada gusi.
  • Ruam Di Muka: Akan terlihat muka bayi mula mengalami ruam secar tiba-tiba
  • Selalu Terliur: Air luar akan selalu keluar dari mulut bayi semasa gig mula tumbuh

Simptom yang Bukan Disebabkan Demam Tumbuh Gigi

Ibu kena berhati-hati sebab ada sesetengah simptom yang selalu disalah anggap sebagai tanda bayi demam tumbuh gigi, seperti:

  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Ruam Berlebihan
  • Menangis yang berlebihan
  • Sentiasa rasa penat

Bayi yang ada simptom-simptom ini digalakkan untuk dibawa berjumpa doktor terutamanya yang ada menunjukkan simptom yang teruk atau serius kerana mungkin berpunca akibat jangkitan lain.

Cara Kurangkan Rasa Sakit Gusi Pada Bayi

  • Menyusukan bayi: Bayi akan rasa lebih tenang semasa disusukan ibu secara berkala
  • Mengurut Lembut Gusi: Ibu bolehkurangkan rasa sakit pada bayi dengan menekan lembut gusinya menggunakan jari yang bersih.
  • Mainan Selamat Digigit: Bayi biasanya akan mula menggigit atau memasukkan objek ke dalam mulut mereka semasa membesar. Pastikan mainan selamat digigit bayi terutama yang diperbuat dari getah lembut dan sentiasa diawasi oleh ibu.
  • Dapatkan Nasihat Doktor: Ibu boleh dapatkan nasihat doktor untuk ubatan yang boleh diberi pada anak, contohnya seperti acetaminophen dan ibuprofen. Jangan sesekali berikan aspirin pada anak.

Cara Merawat Demam Tumbuh Gigi

demam tumbuh gigi

Demam adalah tanda badan bayi sedang melawan jangkitan. Antara cara yang ibu bapa boleh buat untuk rawat demam anak adalah dengan:

  • Memberi dos acetaminophen yang sesuai untuk umur dan berat bayi.
  • Memakaikan pakaian yang nipis kepada bayi.
  • Pastikan anak cukup minum air atau susu.

Bila Perlu Berjumpa Doktor

Segera berjumpa doktor jika bayi berumur di bawah 3 bulan dan demam melebihi 38°C.

Untuk bayi atas 3 bulan, perhati kalau anak menunjukkan simptom seperti menangis tanpa henti, susah untuk bangun, ruam yang tak diketahui sebab, muntah atau cirit-birit, kepenatan melampau, lemah, ataupun sawan. Sekiranya ya, bawa anak berjumpa doktor.

Ringkasan

Pertumbuhan gigi pada bayi adalah sesuatu yang normal dan tak berbahaya. Kebiasaannya ia akan berterusan lebih kurang seminggu sahaja.

Demam tumbuh gigi sebenarnya.bukanlah disebabkan oleh tumbuh gigi tetapi disebabkan bayi biasanya akan alami demam dan pertembuhan gigi pada waktu yang sama. Sekiranya anak menunjukkan simptom atau gejala yang serius, disarankan untuk dibawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Baca juga cara bezakan demam tumbuh gigi atau demam yang serius.

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top