Anak Hilang Selera Makan? Guna 5 Tips Naikkan Selera Makan Bayi Ni: Great Method For Baby Appetite

Semestinya ramai ibu pernah cuba memberi anak makan tapi mereka menolak atau meludah kebanyakan makanan semula. Walaupun ibu mungkin rasa risau dengan keadaan anak, sebenarnya situasi anak yang hilang selera makan ni adalah benda yang biasa.

Sesetengah bayi memang sangat cerewet dalam memilih makanan mereka. Untuk membantu para ibu diluar sana, kami dah susun senarai tip yang boleh ibu-ibu gunakan untuk mendorong si manja makan!

Sebab Anak Hilang Selera Makan

Apabila anak tak nak makan, ia sebenarnya menunjukkan yang anak sudah mula pandai berdikari. Anak akan mula belajar untuk mengawal masa mereka makan dan apa yang dimakan apabila umur sudah mencecah 9 bulan.

Jangan risau, ada banyak tips yang ibu boleh guna untuk mengatasi masalah anak kurang selera makan selepas ni.

Terlalu Memilih Makanan

Pernahkah ibu mencuba beri anak makanan tetapi asyik gagal sebab anak kurang minat dengan warna dan tekstur makanan? Berkemungkinan anak hilang selera makan disebabkan anak seorang yang cerewet dalam memilih makanan.

Cerewet memilih makanan adalah sesuatu yang normal pada bayi. Sebanyak 20% hingga 50% ibu bapa merasakan yang  anak-anak mereka agak cerewet dalam memilih makanan. Antara sebab lain anak hilang selera makan termasuklah pertumbuhan gigi atau sistem pencernaan yang belum sempurna. Ada kemungkinan juga bayi anda belum bersedia untuk hadam makanan pejal.

Selagi mana pembesaran dan berat badan bayi adalah normal, biasanya ibu tidak perlu risau.

Terlalu Banyak Tekanan

Pernahkah ibu cuba memberi anak makan, cuba menyuap dan perhati sahaja anak sehingga mereka habis makan? Ini mungkin salah satu sebab kenapa anak hilang selera makan.

Kalau ibu asyik memerhatikan anak semasa makan, anak akan rasa tertekan sebab mereka rasa perlu habiskan makanan yang dihidangkan. Ini menjadi sebab kenapa anak tak berminat nak makan sebab rasa tekanan dari ibu.

Sekiranya ibu menyuapkan anak makanan dengan sudu, pastikan anak sudah bersedia untuk makan sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut anak. Perhati bahasa isyarat anak apabila mereka masih lagi mengunyahmakanan atau sedang menunggu untuk disuap.

Bayi Rasa Penat

anak hilang selera makan

Kadang-kadang tiada sebab utama kenapa anak hilang selera makan — anak mungkin cuma letih dan mahu tidur. Jadi, jika ibu cuba memberi makan bayi anda sebelum anak tidur, anak mungkin rasa tak berminat. Disebabkan tu, pastikan ibu cuma beri makan apabila anak sudah tidur dan tak mengantuk.

Hilang Tumpuan

Mainan, muzik, orang sekeliling, dan gajet adalah benda yang dapat menarik minat bayi. Dan dalam sesetengah kes, bayi hilang selera makan kerana mereka terlalu terganggu dengan faktor luar untuk memberi tumpuan kepada makanan. Bagi menggalakkan anak makan, cuba alihkan jenis-jenis faktor gangguan yang ada di sekeliling bilik, iaitu dengan mengalihkan mainan di tempat anak makan.

Tumbuh Gigi Punca Anak Hilang Selera

Adakah pertumbuhan gigi dan kehilangan selera makan berkaitan? Bayi kebiasaannya mula tumbuh gigi seawal usia 6 bulan dan selewat 12 bulan. Antara kesan yang paling apabila bayi tumbuh gigi ialah hilang selera makan.

Pertumbuhan gigi bayi menyebabkan anak tak selesa untuk mengunyah kerana sakit di bahagian gusi. Ini disebabkan oleh makanan yang dikunyah menekan gusi. Ini sebabkan bengkak bahagian gigi menjadi bengkak yang boleh menyebabkan mulut bayi rasa sakit dan anak mula hilang minat untuk makan.

Untuk membantu melegakan rasa sakit anak, terdapat beberapa cara yang telah diuji oleh ibu bapa dan pakar pediatrik. Antaranya termasuk menggunakan ubat sakit oral, mengurut gusi bayi dengan jari yang bersih atau kain yang basah.

Tips Untuk Naikkan Selera Makan Anak

anak hilang selera makan

Ini ialah beberapa tips untuk menaikkan selera dan galakkan anak untuk terus makan.

Tips Bagi Anak Yang Cerewet Makanan

Jika ibu rasa terlalu risau dengan anak yang hilang selera makan dan tabiat makan mereka, ibu boleh mendapatkan nasihat pakar pediatrik dan mencuba tips ini :

  • Beri anak mencuba pelbagai tekstur makanan dan pilih makanan yang anak suka
  • Jangan paksa anak makan — ibu boleh memberi makan apabila anak kelihatan lapar dan berhenti apabila anak nampak sudah kenyang.
  • Beri makanan pejal dalam kuantiti yang sikit 
  • Beri makan pejal dua atau tiga kali sehari
  • Kurangkan sebarang bentuk gangguan semasa makan
  • Biarkan anak menyentuh makanan 
  • Jika anak cuma suka satu jenis makanan dan tak berminat untuk cuba makanan baru, campurkan makanan baru dengan makanan yang anak suka.
  • Beri suapan yang sikit dalam satu-satu masa, sebab anak hilang selera makan mungkin disebabkan makanan terlalu banyak
  • Beri makan anak dengan lebih perlahan, dan bagi makan dalam kuantiti yang sikit

Untuk Bayi yang Rasa Tertekan

  • Jangan sesekali memaksa bayi makan — ibu boleh dapatkan nasihat doktor sekiranya risau dengan keadaan anak
  • Peka dengan isyarat badan anak untuk tahu bila boleh suap anak dan bila perlu berhenti suap makanan

Untuk Bayi yang Letih

  • Beri makanan masa anak dalam keadaan gembira dan aktif
  • Elakkan beri anak makan sebelum masa tidur

Untuk Bayi yang Senang Hilang Tumpuan

  • Cipta keadaan persekitaran yang bebas dari gangguan dengan menjauhkan gajet, mainan atau apa-apa yang boleh menganggu  tumpuan bayi
  • Beri makan anak dalam bilik yang kosong dan elakkan orang lain berada di sekeliling, sebab mereka juga boleh mengalih perhatian bayi

Untuk bayi yang tumbuh gigi

  • Jika bayi tengah tumbuh gigi, beri makanan yang biasa ibu beri, kerana anak lebih selesa untuk makan
  • Legakan kesakitan dengan menggosok lembut gusi bayi dengan kain lap basah atau jari yang bersih — cincin gigi juga merupakan cara yang terkenal untuk hilangkan rasa sakit tumbuh gigi
  • Jika perlu, gunakan ubat sakit oral (seperti acetaminophen atau parasetamol) untuk kurangkan rasa sakit
  • Pastikan anak sentiasa terhidrasi dengan memberi anak air yang cukup

Selagi berat badan dan kesihatan bayi dalam keadaan yang baik, ibu boleh rasa lega dengan keadaan anak hilang selera makan. Anak hilang selera makan sebenarnya ialah petanda yang anak sudah mula belajar untuk berdikari. Tapi, jika bayi menunjukkan penurunan berat badan dan kelihatan lesu disebabkan anak hilang selera makan, ibu boleh ,menghubungi pakar pediatrik segera untuk dapatkan bantuan. 

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top