Bila Bayi Mula Merangkak?
In this Article
Ibu-ibu pasti tertanya-tanya bila bayi merangkak dan macam mana nak kenal pasti anak yang sudah bersedia untuk merangkak. Bayi biasanya mula merangkak antara 6 hingga 10 bulan. Tapi ibu perlu tahu yang setiap bayi akan ambil masa masing-masing untuk mula belajar merangkak.
Ada juga sesetengah bayi yang tak perlu merangkak tapi sudah boleh berdiri dan terus berjalan. Tidak kira berapa umur bayi mula merangkak, ia adalah sesuatu yang besar bagi perkembangan bayi.
Tanda-tanda Bayi Dah Bersedia Merangkak
Ibu boleh tahu bila bayi sudah bersedia untuk merangkak. Biasanya, anak akan mula untuk cuba push-up kecil, mengangkat atau menyokong badan dengan lengan semasa tummy time. Dari situ, anak mula belajar untuk menampung berat badan pada pada lengan dan lutut.. Kemudian anak akan mula unutk bergerak ke depan dan kebelakang. Di fasa akhir bayi merangkak dengan jayanya menggunakan lutut.
Antara tanda-tanda anak akan mula merangkak tak lama lagi ialah:
- Buat push-up semasa tummy time
- Duduk tanpa sokongan
- Berguling semasa baring
- Melihat-lihat kawasan persekitaran, walaupun pada benda-benda yang jauh semasa tummy time
- Bergoyang ke depan dan ke belakang semasa kedua-dua kaki dan tangan di lantai
- Cuba untuk bergerak ke depan dengan lengan dengan kedua kaki dan tangan
Bagaimana Merangkak Mempengaruhi Perkembangan Fizikal Bayi
Merangkak ialah sesuatu yang memerlukan bayi gunakan otak dan otot badan. Ianya bergantung pada kemahiran motor kasar, kesedaran visual-spatial, perkembangan kognitif, kemahiran penyelesaian masalah, keseimbangan badan, dan banyak lagi untuk bayi menjadi mahir merangkak.
Semasa merangkak, otot-otot di belakang, leher, bahu, lengan, dan bahagian tengah bayi mesti cukup kuat untuk menyokong berat badan dan mengekalkan keseimbangan. Selain itu, anak juga perlu gunakan mata untuk melihat tempat untuk dituju. Anak akan belajar untuk lihat tangan dan destinasi secara berulang-ulang semasa merangkak
Jenis-jenis Cara Bayi Merangkak
Apabila bayi mula merangkak, anak mungkin akan ikut salah satu cara merangkak ni:
- Merangkak biasa: Menggerakkan satu lengan dan satu kaki di sisi lain serentak semasa merangkak ke depan. Contoh tangan kanan dan kaki kiri.
- Menyeret: Menyeret bawah badan di atas lantai
- Merangkak Ketam: Bergerak dengan satu lutut bengkok dan lutut lagi satu lurus, sama ada ke depan atau ke sisi
- Merangkak Commando: Berbaring dengan perut di bawah dan menggunakan lengan untuk bergerak ke hadapan
- Merangkak Ke Belakang: Merangkak dengan arah kebelakang.
Cara bayi merangkak yang berlainan bukanlah sesuatu yang pelik, yang penting bayi boleh bergerak dengan sendirinya.
Cara Membantu Bayi Merangkak
Ibu juga boleh mengambil beberapa langkah untuk membantu bayi merangkak dengan betul. Ini adalah cara-cara untuk ajar bayi merangkak.
Beri Anak Tummy Time
Ibu boleh membaringkan bayi secara meniarap semasa anak terjaga. Ini dapat menguatkan otot leher, lengan dan bahu anak kerana anak akan mula belajar mendongak. Selain itu, anak juga dapat bina kekuatan kaki apabila mencuba untuk menendang di posisi meniarap. Ibu juga boleh letakkan mainan sedikit jauh dari anak bagi menarik perhatian mereka.
Pastikan Persekitaran Selamat
Aapabila bayi sudah pandai merangkak, anak akan banyak mengembara dan menerokai kawasan sekeliling. Pastikan ibu letakkan alas di tepat merangkak sama ada dengan menggunakan permaidani atau tikar yang sesuai. Ini supaya lutut bayi tak sakit disebabkan permukaan lantai yang keras. Kalau rumah ada lantai kayu, pastikan tiada paku yang naik dan tiada serpihan kayu.
Sentiasa Bersabar Dengan anak
Bayi yang merangkak perlukan sokongan dan ibu perlu bersabar. Bila bayi sudah mula mengembara sekeliling rumah, ibu perlu bersedia dengan bermacam ragam anak kecil. Anak boleh jadi gembira, pening atau meragam apabila mula belajar merangkak.
Sentiasa Libatkan Diri
Ibu boleh berjalan ke depan dan bayi boleh cuba untuk ikut ibu. Perhati pergerakan anak dan jangan terlalu laju bila berjalan supaya bayi merangkak tak ketinggalan jauh di belakang. Bila anak makin pandai, ibu barulah boleh jalan laju sedikit dan bayi lambat laun akan jadi pantas juga.
Pastikan gerak geri anak sentiasa diperhati terutamanya apabila anak cuba untuk panjat tangga atau tempat yang tak sama tinggi.
Apa Perlu Buat Kalau Anak Tak Merangkak?
Ada sesetengah bayi yang langsung tak perlu merangkak tapi sudah boleh terus berjalan, jadi ibu jangan risau kalau anak tak merangkak langsung. Tapi bila bayi tak menunjukkan sebarang perubahan dalam pergerakan walaupun sudah dekat 12 bulan ataupun cuma menyeret sebelah badan sahaja semasa bayi merangkak, ibu disyorkan untuk dapatkan nasihat pakar pediatrik.
Beritahu pakar tentang apa yang ibu risau serta tahap perkembangan anak supaya memudahkan pakar untuk mengetahui masalah anak.
Kredit: Parents
Baca Juga: