5 Tanda-Tanda Demam Campak Pada Bayi, Jangan Ambil Mudah! – Don’t Ignore Baby Measles Signs

Tanda demam campak pada bayi

Apa Itu Demam Campak? 

Demam campak pada bayi adalah perkara yang tak asing terutamanya bagi anak yang berumur di bawah 12 bulan. Demam campak adalah jangkitan yang sangat mudah berjangkit yang menyebabkan ruam kulit pada seluruh badan bayi dan gejala seperti selesema. 

Demam campak berpunca dari virus measles, jadi tiada rawatan perubatan khusus untuknya. Bayi yang sakit yang sakit perlu sentiasa terhidrasi, berehat secukupnya, dan tak berada di tempat umum selain rumah untuk mengelakkan penyebaran jangkitan. Ini kerana demam campak perlu hilang dengan sendirinya.

Apakah Tanda-Tanda Demam Campak?

Tanda-tanda awal demam campak termasuklah:

  • Batuk yang kuat
  • Hidung berair
  • Demam panas
  • Mata merah
  • Penat berpanjangan
  • Berkemungkian ada bintik Koplik iaitu bintik merah kecil dengan pusat putih-biru di dalam mulut sebelum demam campak.

Ruam biasanya muncul 3-5 hari selepas gejala bermula, kadang-kadang disertai dengan demam panas dengan suhu 40°C (104°F). Ruam merah atau coklat kemerahan biasanya bermula dengan bintik merah pada dahi anak. Binti-bintik akan merebak ke seluruh muka, kemudian turun ke leher dan badan sampailah ke lengan dan kaki. Demam dan ruam akan hilang perlahan-lahan selepas beberapa hari.

Adakah Demam Campak Mudah Berjangkit?

Demam campak sangat mudah berjangkit. Malah, 9 daripada 10 orang yang tak divaksinasi mudah dijangkiti jika berada dekat dengan penghidap.

Bagaimana Demam Campak Pada Bayi Terjadi?

Demam campak boleh merebak melalui udara atau sentuhan dengan cecair dari orang yang dijangkiti. Ia boleh tersebar melalui titisan cecair yang tersembur ke udara apabila orang yang menghidap demam campak bersin atau batuk. Gejala demam campak biasanya ditunjukkan 7 hingga 14 hari selepas terkena jangkitan.

Individu yang menghidap demam campak boleh menyebarkan jangkitan seawal 4 hari sebelum ruam bermula. Ia mudah menjangkiti orang lain semasa penghidap mengalami demam, hidung berair, dan batuk. Orang yang mempunyai sistem imun yang lemah kerana keadaan lain (seperti HIV dan beberapa jenis kanser, atau kerana mengambil ubat-ubatan tertentu) mungkin akan menghidapinya dan menyebarkannya dengan lebih lama.

Bagaimana Demam Campak Pada Bayi Dirawat?

tanda demam campak pada bayi

Setakat ini, tiada rawatan khusus untuk demam campak. Tetapi ibu boleh guna beberapa cara untuk turunkan demam campak pada bayi dengan: 

  • Beri anak minum air atau susu yang cukup
  • Pastikan anak cukup rehat atau tidur
  • Beri ubat demam yang tak mengandungi aspirin, seperti acetaminophen atau ibuprofen terutamanya jika demam membuat anak rasa tak selesa. Jangan sesekali bagi aspirin kepada bayi kerana ianya boleh sebabkan Sindrom Reye yang berbahaya.

Komplikasi Lain Demam Campak Pada Bayi

Bayi yang menghidap demam campak perlulah sentiasa dipantau. Demam campak kadang kala boleh sebabkan jangkitan lain, seperti:

  • Jangkitan telinga
  • Pneumonia atau radang paru-paru
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Radang paru-paru
  • Encephalitis (keradangan otak)

Bayi yang menghidap demam campak perlu dijauhkan dari orang lain selama 4 hari selepas ruam mereka muncul. Bagi mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah, mereka perlu diajuhkan sehinggalah  pulih sepenuhnya dan semua gejala hilang.

Berapa Lama Demam Campak Bertahan?

Demam campak pada bayi dan kanak-kanak biasa bertahan lebih  kurang seminggu. Ruam pada badan bayi biasa lega setelah dua hari muncul. Bayi mungkin akan batuk untuk 2 minggu lagi.

Bolehkah Demam Campak Pada Bayi Dicegah?

Cara terbaik untuk melindungi anak ialah dengan memastikan anak divaksinasi. Anak boleh mendapatkan suntikan vaksin Measles, Mumps dan Rubella (MMR) yang akan disediakan  di pusat kesihatan semasa bayi berumur 9 bulan dan semasa bayi berumur 1 tahun.

Vaksin MMR ini adalah selamat untuk bayi dan boleh melindungi anak dari demam campak seumur hidup. Ibu bapa harus bertanggungjawab bagi memastikan anak mendapat imunisasi. Sekiranya anak terkena demam campak disebabkan jangkitan dari orang lain, segera hubungi doktor untuk rawatan lanjut.

Bila Perlu Dapatkan Rawatan Doktor?

Tanda demam campak pada bayi

Hubungi doktor dengan segera jika anak atau orang lain berdekata ada yang  menghidapi demam campak, terumanya:

  • bayi
  • mengambil ubat yang menekan sistem imun
  • menghidap tuberkulosis, kanser, atau penyakit yang merendahkan imuniti badan
  • masih belum mendapatkan 2 dos vaksin MMR

Kredit: KidsHealth

Baca Juga: 

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top