Tidak dinafikan jenis botol susu amatlah penting bagi menjamin kesihatan dan keselesaan anak semasa mereka membesar. Kini, terdapat banyak jenis botol susu yang berada dipasaran yang mempunyai kepelbagaian dari segi saiz, bahan dan jenama.
Bagi ibu-ibu terutamanya yang bakal melahirkan anak pertama, mereka pastinya mereka ingin membuat persediaan terbaik untuk menyambut kehadiran bayi dalam keluarga.
Tips Memilih Botol Susu Yang Betul
In this Article
Memilih botol susu yang selamat, mudah dipegang, dan tidak memudaratkan bayi adalah suatu keutamaanyang perlu dititikberatkan semasa memilih botol susu. Oleh itu, pemilihan botol susu harus diberi perhatian serius, dan tips-tips berikut dapat membantu anda dalam membuat pilihan yang terbaik.
Bahan yang Selamat
Antara perkara utama yang perlu diberi perhatian apabila memilih botol susu adalah jenis bahan botol susu. Walaupun botol susu murah mungkin menarik minat ibu, pastikan bahan yang digunakan selamat dan tidak mendatangkan bahaya kepada kesihatan bayi.
Botol susu yang bebas BPA adalah pilihan terbaik kerana ia memenuhi standard keselamatan untuk anak anda. Selain itu, pastikan bahan botol susu tidak bercampur dengan bahan lain seperti kaca, silikon gred makanan, atau keluli tahan karat, yang semuanya selamat digunakan.
Secara umum, terdapat tiga jenis bahan botol susu plastik iaitu PP, PES, dan PPSU. Setiap jenis bahan ini berbeza dari segi ketahanan haba dan tempoh penggunaannya. Ibu-ibu boleh memilih jenis botol susu yang paling sesuai dengan keperluan mereka:
- Botol susu PP: Perlu diganti setiap 3 bulan
- Botol susu PES: Perlu diganti setiap 6 bulan
- Botol susu PPSU: Perlu diganti setiap 12 bulan.
Jenis Puting Botol Susu
Pemilihan puting botol susu mestilah berdasarkan jumlah pengaliran susu yang sama semasa ibu menyusukan anak. Ini penting supaya bayi tidak mendapat susu terlalu sedikit atau terlalu banyak.
Selain itu, ibu juga digalakkan untuk mencari jenis puting anti-tersedak yang lembut dan sesuai untuk bayi. Puting yang diperbuat daripada silikon atau getah asli adalah pilihan popular kerana ia lembut dan berbentuk sesuai dengan mulut bayi.
Apabila bayi semakin membesar, saiz dan jenis puting botol boleh ditukar agar aliran susu lebih sesuai dengan keperluan mereka. Oleh itu, memilih botol susu dengan puting yang boleh ditukar-tukar adalah lebih praktikal dan menjimatkan, kerana ibu tidak perlu membeli botol baru setiap kali bayi memerlukan saiz puting yang berbeza.
Kepentingan Botol Susu Anti-kolik
Botol susu dengan fungsi anti-kolik mempunyai banyak kelebihan berbanding botol susu biasa. Apabila bayi minum susu dari botol, udara yang masuk ke dalam badan boleh menyebabkan bayi merasa tidak selesa di bahagian perut.
Botol susu anti-kolik direka untuk mengurangkan jumlah udara yang masuk ke dalam badan bayi, membantu mengelakkan masalah kembung perut. Oleh itu, sebaiknya elakkan botol susu biasa yang tidak mempunyai fungsi anti-kolik. Ibu-ibu perlu sentiasa memeriksa label anti-kolik semasa memilih botol susu untuk memastikan keselamatan dan keselesaan bayi.
Mudah Dicuci Dan Dibersihkan
Botol susu yang mudah dibersihkan dan disteril merupakan ciri botol susu yang baik untuk anak. Memilih botol susu dengan mulut yang besar dapat memudahkan kerja membersihkan botol. Yang paling penting adalah memastikan berus pencuci botol boleh dimasukkan ke dalam botol susu tanpa masalah.
Sekain itu, ianya tidak disarankan untuk membersihkan botol susu menggunakan sabun basuh pinggan kerana ianya tidak dapat membersihkan botol susu dengan sempurna selain berbahaya untuk bayi.
Botol susu juga boleh direbus dalam air bagi tujuan mensteril dan membersihkan sisa susu lama. Ibu ibu digalakkan menyediakan sekurang-kurangnya dua atau tiga botol susu kerana untuk memastikan botol yang digunakan sentiasa bersih dan tahan lama.
Saiz dan Kapasiti
Ramai ibu keliru tentang saiz botol susu mana yang paling sesuai untuk anak mereka. Ramai yang beranggap bahawa memilih botol susu besar adalah pilihan yang terbaik untuk guna secara berterusan dan nampak tahan lebih lama.
Namun, perlu diingat bahawa tangan bayi, terutamanya yang baru lahir adalah terlalu kecil untuk memegang botol susu yang bersaiz besar. Ini boleh menjadi sebab mereka mengalami kesukaran apabila menyusu.
Oleh itu, jalan terbaik adalah dengan menggunakan saiz kecil terlebih dahulu dan tukar ikut keperluan apabila anak semakin membesar. Walaupun kelihatan lebih mahal dari membeli satu botol besar sekali sahaja, ia adalah keputusan yang baik untuk memastikan bayi dapat menyusu dengan selesa dan mendapat nutrisi secukupnya.
Kesimpulan
Memilih botol susu yang betul adalah penting untuk memastikan keselesaan dan keperluan bayi dipenuhi dengan baik. Faktor seperti bahan, fungsi anti-kolik, saiz, bentuk, dan kemudahan mencuci perlu dipertimbangkan agar anak dapat menyusu selesa. Memilih botol yang sesuai akan membantu menyokong perkembangan bayi serta memudahkan tugas ibu bapa.