8 Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir (Simple And Safe Tips)

Bagi ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan bayi, anda pastinya sedikit risau tentang penjagaan bahaibike 7.5 allmtn andre johnson houston texans jersey injusa moto aprilia mercatino canne da pesca usato amazon collagen booster cream rich tamini tasche αιθεριο ελαιο μεντασ ikea klobo sofa nike air max grigie e nere gümüş zarif bileklik swarovski nowa kolekcja 2016 radio elta andre johnson texans jersey kot kap modelleri 2013 wasserfilter dafi yi yang sebetul-betulnya kan? Setiap ibu pastinya inginkan bayi sentiasa dalam keadaan yang sihat dan sempurna. Di sini terdapat 8 tips penjagaan bayi baru lahir yang wajib anda ketahui! Penjagaan bayi yang betul tidak memerlukan step-by-step tetapi memerlukan sikap ibu bapa yang prihatin dan ambil berat.

In this Article

1. Rambut dan Kulit Kepala

8 Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir

Untuk membersihkan rambut dan kulit kepala bayi, anda perlu menggunakan syampu yang khas untuk bayi sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Caranya dengan menggosok rambut bayi perlahan-lahan dan bilas hingga bersih dengan tangan.
Jika anda lihat kulit kepala bayi berkerak, ia normal dan dipanggil sebagai cradle crap. Kerak ini boleh dibersihkan dengan baby oil.
Untuk menghilangkan kerak ini, anda boleh letak baby oil pada kuli kepala bayi selama 10 -15 minit. selepas itu, bersihkan dengan kapas perlahan dan kemudian cuci hingga bersih. Pastikan anda lakukannya dengan lembut kerana kulit kepala bayi sangat sensitif.

2. Mata Bayi

Mata Bayi yang berusia 1-2 minggu sering mengeluarkan kotoran dari mata sehingga membuatkan matanya susah untuk dibuka. Kebiasaannya, kotoran tersebut berwarna kekuningan. Anda jangan panik kerana perkara ini biasa terjadi kepada bayi saat bangun tidur. Untuk membersihkan kotoran atau tahi mata, caranya dengan basahkan kapas bersih atau cotton bud dengan air masak. Sapu mata bayi dengan lembut dari arah dalam ke luar.

3. Hidung dan Telinga

Sememangnya kita tahu bahawa menjaga kebersihan tubuh bayi sedikit susah terutamanya bahagian hidung dan telinga bayi. Bahagian ini sangat lembut dan kecil sehingga membuatkan anda merasa risau untuk membersihnya. Sebenarnya hidung dan telinga mempunyai fungsi pembersih sendiri dan ianya tidak memerlukan penjagaan yang khusus. Namun, jika anda lihat ada cecair atau kotoran yang terkeluar dari hidung dan telinga bayi, anda boleh bersihkan bahagian luar hidung mereka sahaja. Manakala, untuk bahagian cuping telinga, anda boleh bersihkannya dengan menggunakan kapas atau kain bersih. Dengan cara ini, hidung dan telinga sentiasa dalam keadaan yang selamat dan bersih.

4. Mulut

Walaupun bayi belum tumbuh gigi, kebersihan mulut bayi perlu dijaga dengan sempurna dengan cara yang betul. Mungkin anda pernah terlihat terdapat kesan berwarna putih pada lidah bayi setelah menyusu. Ini adalah sisa-sisa susu yang harus dibersihkan. Anda jangan biarkan kerana ia bukan sahaja boleh menyebabkan mulut bayi berbau masam, tetapi juga boleh mengundang jangkitan kulat atau dikenali candida albicans.
Untuk membersihkan mulut atau lidah bayi, pastikan anda menunggu lebih kurang 30 minit selepas bayi menyusu untuk mengelakkannya termuntah.
Selepas itu, anda boleh menggunakan kapas atau kain lampin dan perlahan-lahan masukkan ke dalam mulut bayi. Berikan tekanan lembut pada lidah bayi dan tarik ke arah luar. Selepas itu, anda boleh bersihkan lidah bayi dengan kapas yang Pastikan tangan anda bersih ye untuk mengelakkan kuman lain masuk ke dalam mulut bayi.

5. Tali Pusat

Perkara yang sangat penting dan perlu dilakukan dengan berhati-hati ialah apabila hendak membersihkan tali pusat bayi. Tali pusat bayi perlu sentiasa dibersih untuk mengelakkan jangkitan kuman yang berbahaya.
Jika anda melihat terdapat sisa darah atau cairan yang mungkin mengering di sekitar tali pusat bayi, anda boleh keringkan dengan kapas atau kain bersih. Pegang pada penyepitnya tanpa menyentuh tali pusat bayi. Hal ini perlu dilakukan dengan lembut dan berhati-hati. Jangan risau kerana tali pusat biasanya akan putus satu atau dua minggu selepas dilahirkan.

6. Kulit Bayi

Sememangnya kulit bayi baru lahir adalah sangat lembut.
Namun, kulit bayi baru lahir sangat sensitif, dan anda perlu tahu cara yang betul untuk menjaga kulit bayi dengan sempurna dan sihat.
Penjagaan kulit bayi baru lahir adalah dengan memandikan mereka dengan cara yang betul. Anda boleh memandikan mereka sekali sehari di tab mandi atau lap badan dengan tuala yang basah.
Pastikan air yang digunakan suam dan tidak terlalu sejuk atau panas. Selain itu, untuk menjaga kulit bayi anda daripada terkena penyakit gatal atau jangkitan kuman, anda boleh menggunakan detergen yang khusus untuk membasuh pakaian bayi. Elakkan detergen yang mengandungi pewarna dan pewangi. Asingkan pakaian bayi dengan pakain yang lain semasa dibasuh. Hal ini kerana kulit bayi sangat sensitif.

7. Kuku

Kuku bayi memang masih lembut dan rapuh. Namun, penting untuk anda ketahui bahawa pertumbuhan kuku bayi yang lembut dan rapuh sangat cepat. Malahan, ada bayi yang baru lahir sudah mempunyai kuku yang sangat panjang. Oleh sebab itu, anda perlu secara teratur memotong kukunya supaya tidak menjadi tajam kerana risau akan melukai kulitnya yang lembut. Anda perlu potong kuku bayi anda secara berkala dan berhati-hati dengan menggunakan pengetip kuku yang khas untuk bayi. Lakukan perkara ini semasa bayi anda sedang tidur dan selepas mandi. Hal ini kerana semasa bayi tidur, tangannya tidak akan bergerak dan ini akan membuatkan anda lebih sennag untuk memotong kukunya. Selain itu, setelah mandi, kuku bayi dalam keadaan lunak akibat terkena air. Dan ini membuatkan kuku yang lunak akan menjadi lebih mudah saat dipotong.

8. Punggung Bayi

Cara merawat bayi terutamanya di bahagian punggung memerlukan kesabaran yang tinggi kerana bayi baru lahir sering kali membuang air kecil dan besar. Setiap kali membuang, mereka pasti akan menangis kerana mungkin tidak selesa. Sememangnya punggung bayi adalah kawasan yang paling sensitif. Anda perlu pastikan punggung bayi anda dalam keadaan yang bersih dan kering. Gunakan kain atau tisu basah yang khusus untuk bayi. Jangan gunakan tisu basah yang mengandungi pewangi.
Selain itu, Jika punggung bayi anda mempunyai ruam, anda boleh jemur bayi anda di waktu pagi pada posisi menyiarap di pangkuan anda.
Dengan cara ini juga akan membuatkan anda merasa berpuas hati (satisfy) kerana bayi anda dalam keadaan yang selesa dan sihat

Kredit: https://my.theasianparent.com/penjagaan-bayi-baru-lahir

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top