Cara 1 – Melegakan Dengan Buah pisang yang sejuk
In this Article
Untuk melegakan bayi anda daripada meragam akibat kesakitan tumbuh gigi, anda boleh beri si kecil buah pisang yang telah disejukkan.
Disebabkan pisang merupakan buah yang lembut, anda tidak perlu risau kerana ia mudah ditelan oleh si kecil. Tetapi, jika anda mengutamakan keselamatan si kecil, anda boleh memantau ketika bayi anda sedang makan. Ini untuk mengelakkan kejadian malang daripada berlaku.
Cara 2 – Ais yang sudah dikisar
Ais kisar merupakan salah satu cara untuk melegakan kesakitan seperti lebam?. Anda boleh juga menggunakan ais kisar kepada si kecil untuk melegakan kesakitan bengkak gusi bayi. Ais kisar yang berperisa lebih baik diberikan kepada si kecil agar mereka tertarik untuk mengunyah.
Oleh itu, anda boleh mengisar susu badan yang telah dibekukan sebagai alternatif yang sedap untuk si kecil agar kesakitan tumbuh gigi bayi berkurangan. Elakkan menggunakan ais batu yang besar bagi mengelakkan bayi tercekik.
Cara 3 – Daging kering
Nampak pelik tapi berkesan. Mungkin ramai yang tak kenal daging lembu kering tapi ia boleh dijadikan teether gigi yang bagus untuk si kecil melegakan dari kesakitan tumbuh gigi!
Hal Ini disebabkan daging kering sukar untuk dikunyah tetapi sedap untuk dimakan. Ia bagus untuk bayi kerana mereka suka menggigit apabila gigi tumbuh dan daging kering merupakan pilihan yang tepat.
Bayi akan merasakan gigi mereka seperti diurut kerana menggigit tanpa henti. Tapi, selepas beberapa minit ia dikunyah oleh bayi, anda perlu gantikan dengan daging yang baru untuk mengelakkan daripada bayi tercekik.
INFO: Ibu-ibu juga boleh lihat kesilapan yang sering dilakukan ibu bapa pada anak 1 tahun ke bawah