3 Tips Melegakan Kesakitan Bayi Tumbuh Gigi – Easy Tricks for Baby


Bayi yang semakin membesar akan melalui fasa di mana giginya mula tumbuh. Hal ini membolehkan gusi bayi membengkak dan tak selesa. Bukan itu sahaja, sekiranya ibu bapa tidak mengambil serius tentang hal ini akan boleh mengakibatkan gusi bayi menanah akibat ketidakprihatinan ibu bapa. Selain itu, ibu bapa haruslah memberikan makanan yang lembut untuk dimakan oleh anak-anak. Perkara tersebut boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan yang dirasai oleh anak. 

Jum saya share makanan yang sesuai untuk dimakan oleh anak-anak. Antaranya;

pisang
Pisang

Cara 1 – Melegakan Dengan Buah pisang yang sejuk

Untuk melegakan bayi anda daripada meragam akibat kesakitan tumbuh gigi, anda boleh beri si kecil buah pisang yang telah disejukkan.

Disebabkan pisang merupakan buah yang lembut, anda tidak perlu risau kerana ia mudah ditelan oleh si kecil. Tetapi, jika anda mengutamakan keselamatan si kecil, anda boleh memantau ketika bayi anda sedang makan. Ini untuk mengelakkan kejadian malang daripada berlaku.

ais kisar
 Ais Yang Dikisar

Cara 2 – Ais yang sudah dikisar

Ais kisar merupakan salah satu cara untuk melegakan kesakitan seperti lebam?. Anda boleh juga menggunakan ais kisar kepada si kecil untuk melegakan kesakitan bengkak gusi bayi. Ais kisar yang berperisa lebih baik diberikan kepada si kecil agar mereka tertarik untuk mengunyah.

Oleh itu, anda boleh mengisar susu badan yang telah dibekukan sebagai alternatif yang sedap untuk si kecil agar kesakitan tumbuh gigi bayi berkurangan. Elakkan menggunakan ais batu yang besar bagi mengelakkan bayi tercekik.

daging kering
Title : Daging Kering

Cara 3 – Daging kering 

Nampak pelik tapi berkesan. Mungkin ramai yang tak kenal daging lembu kering tapi ia boleh dijadikan teether gigi yang bagus untuk si kecil melegakan dari kesakitan tumbuh gigi!

Hal Ini disebabkan daging kering sukar untuk dikunyah tetapi sedap untuk dimakan. Ia bagus untuk bayi kerana mereka suka menggigit apabila gigi tumbuh dan daging kering merupakan pilihan yang tepat.

Bayi akan merasakan gigi mereka seperti diurut kerana menggigit tanpa henti. Tapi, selepas beberapa minit ia dikunyah oleh bayi, anda perlu gantikan dengan daging yang baru untuk mengelakkan daripada bayi tercekik.

INFO: Ibu-ibu juga boleh lihat kesilapan yang sering dilakukan ibu bapa pada anak 1 tahun ke bawah

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top