Batuk Kokol Pada Bayi – Punca, Simptom dan Rawatan : 3 Alarming Signs of Pertussis in Babies

batuk kokol pada bayi

Apa Itu Batuk Kokol?

Batuk kokol atau pertussis ialah satu jangkitan batuk yang disebabkan oleh bakteria bordetella pertussis. Apabila individu yang dijangkiti pertussis batuk atau bersin, jangkitan ini boleh merebak ke sekeliling melalui ruang udara.

Batuk kokol pada bayi merupakan satu penyakit serius dan senang merebak. Antara tanda utama jangkitan adalah kekerapan batuk yang tinggi dan mengalami simptom-simptom flu seperti bersin dan selsema.

Cara terbaik untuk merawat batuk kokol pada bayi adalah dengan memberikan vaksin kepada anak di hospital atau klinik.

Bagaimana Bayi Boleh Terkena Batuk Kokol?

 

Jangkitan batuk kokol pada bayi berlaku melalui penyebaran bakteria atau cecair di udara apabila individu yang berjangkit bersin atau batuk. Sentuhan dengan individu yang dijangkiti juga boleh menyebabkan jangkitan batuk kokol pada bayi.

Kebiasaannya, batuk kokol mudah merebak dalam keluarga kerana ahli keluarga sentiasa berada berdekatan sesama sendiri. Pastikan ahli keluarga kerap mencuci tangan dengan betul bagi mengelak penyebaran bakteria di rumah.

Apakah Simptom Batuk Kokol?

Bayi yang terkena jangkitan mungkin mengalami keadaan di mana nafas mereka terhenti seketika yang dipanggil sebagai apnoeas. Sekiranya tidak dirawat segera, ini mungkin berisiko untuk  mengancam nyawa anak atau menyebabkan warna kulit anak bertukar biru.

Simptom batuk kokol pada bayi  kebiasaanya  muncul dengan jelas sekurang-kurangnya 7 hari selepas jangkitan sehinggalah hari ke – 10.  Bayi yang terkena jangkitan akan menyebarkan  ini ke sekeliling selama 1 hingga 2 minggu. Bayi kebiasaanya akan terus batu dalam 2 hingga tiga minggu kemudian.

   Batuk kokol terbahagi kepada 3 fasa berbeza iaitu:

  • Fasa Pertama: Hidung anak mula berhingus dan mengalami selsema yang boleh bertahan selama seminggu
  • Fasa Kedua: Batuk berterusan yang boleh bertahan sehingga 10 minggu
  • Fasa Ketiga: Mula sembuh dan batuk berkurang

Komplikasi Batuk Kokol Pada Bayi

Bayi mempunyai risiko yang tinggi untuk dihantar ke wad kecemasan hospital ataupun ancaman nyawa sekiranya terkena jangkitan batuk kokol. Antara komplikasi utama adalah terkena jangkitan telinga atau pneumonia.

Bayi yang berusia di bawah 6 bulan berisiko besar untuk maut  akibat kerosakan otak atau penyakit pneumonia, kesan sampingan yang boleh disebabkan oleh batuk kokol.

Bilakah Perlu Menghantar Anak ke Hospital?

batuk kokol pada bayi

Anak disarankan untuk dibawa berjumpa doktor sekiranya mengalami gejala-gejala yang serius dan berterusan seperti:

  • Anak sukar bernafas atau nafas terhenti seketika.
  • Warna bibir anak bertukar merah, unggu atau biru akibat batuk berterusan
  • Muntah selepas batuk
  • Anak kelihatan seperti mengalami dehidrasi atau tidak cukup air
  • Bunyi batuk yang dengan bunyi yang kuat

Bagaimanakah Batuk Kokol Dirawat?

Doktor atau pakar kebiasaannya menggunakan cara ujian swab atau ujian darah pada bayi yang disyaki mengalami jangkitan. Hasil ujian digunakan untuk menentukan sekiranya  terdapat jangkitan batuk kokol pada bayi.

Unit jabatan kesihatan akan diberitahu oleh klinik atau hospital sekiranya anak menghidapi batuk kokol.  Ibu bapa atau orang terdekat mungkin akan disoal mengenai punca berlakunya batuk kokol pada anak untuk mengenalpasti perebakan jangkitan.

Bagaimana Cara Menghalang Batuk Kokol Merebak?

Jika anak menghidapi gejala batuk kokol, adalah disarankan supaya tidak mendedahkan anak di tempat umum terutamanya yang ada ramai orang. Sebagai contoh adalah tempat asuhan bayi umum atau tadika.

Antibiotik dapat merawat jangkitan ini dengan berkesan. Ibu bapa boleh  bertanya dengan doktor sekiranya anak boleh diberikan batuk kokol.

Jangkitan ini sangat mudah merebak dan agak berbahaya kepada anak kecil, maka disarankan untuk menjauhkan individu yang dijangkiti dari berada berdekatan dengan bayi yang berusia 6 bulan ke bawah.

Cara Mencegah Anak Dari Terkena Batuk Kokol

Ibu bapa disarankan untuk mevaksin anak sebagai langkah utama bagi menghalang anak dari terkena jangkitan ini. Sekiranya anak berusia dia bawah 6 bulan, ibu bapa perlu proaktif untuk dapatkan vaksin anak kerana jangkitan ini agak bahaya untuk anak di bawah lingkungan umur 6 bulan.

Kebiasaannya, bayi perlu divaksin apabila umur mereka 2 bulan, 4 bulan, 6 bulan, 18 bulan dan 4 tahun. Jadual imunisasi anak boleh dirujuk untuk mengetahui maklumat jadual vaksin terkini. 

Lihat juga makanan yang baik untuk mengatasi masalah batuk berkahak pada bayi.

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top