6 Perkara Tentang Sawan Demam Bayi Yang Wajib Tahu: Important Things About Febrile Seizure

sawan demam bayi

Apa Itu Sawan Demam

Sawan demam ataupun dikenali sebagai febrile seizure adalah sawan yang disebabkan oleh demam pada anak. Bayi berusia diantara 6 bulan sehingga kanak-kanak berusia 5 tahun antara golongan yang biasa mengalami demam sawan.

 Kebiasaanya, bayi berumur diantara 12 bulan sehingga 18 bulan adalah yang selalu mengalami penyakit ini. Sawan demam bayi  kebanyakan masa adalah tidak berbahaya dan tidak meninggalkan kesan sampingan yang berkekalan.

Ciri-ciri Sawan Demam Bayi

Antara perkara yang perlu diketahui tentang sawan demam bayi yang normal adalah:

  • Sawan demam berlaku di dua-dua belah bahagian badan. Maksudnya sawan berlaku di bahagian kiri dan kanan badan bayi.
  • Tempoh sawan demam hanyalah sekejap. Sawan biasanya terjadi tidak lebih dari 15 minit.
  • Sawan disebabkan demam tidak berulang dalam masa singkat. Sawan demam yang normal hanya berlaku sekali setiap 24 jam.

Ada satu jenis sawan demam lain yang dipanggil  sawan demam kompleks. Sekiranya ciri-ciri di atas tidak sama dengan yang berlaku terhadap anak kecil, ianya kemungkinan adalah ciri sawan demam yang kompleks.

Ibu bapa perlu membawa anak berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan bagi demam sawan yang kompleks. Bayi juga berkemungkinan akan mengalami masalah sawan lain apabila sudah besar.

Simptom Sawan Demam

 

demam sawan bayi

Antara tanda-tanda bayi yang mengalami demam sawan adalah:

  • Tidak sedarkan diri: 
  • Hilang kawalan: Bayi muntah, mengeluarkan banyak air liur, buang air kecil dan besar 
  • Badan bergegar: Badan bayi akan bergegar secara tiba-tiba kerana otot dalam badan hilang kawalan. Selain bergegar, badan bayi akan ketegangan dan mengeras.

Punca Sawan Demam Bayi

Jangkitan lain yang menjadi punca berlakunya demam boleh juga menjadi penyebab sawan demam pada bayi. Antara puncanya ialah:

  • Demam campak
  • Influenza
  • Jangkitan telinga
  • Sakit tekak (strep throat)
  • Jangkitan coronavirus (covid-19)
  • Malaria
  • Gastroenteritis
  • Encephalitis
  • Tonsilitis
  • Meningitis
  • Jangkitan sistem pernafasan

Sawan demam terjadi apabila bayi mula demam. Hari pertama bayi mula sakit dan mengalami peningkatan suhu badan adalah hari yang biasa terjadinya sawan demam pada bayi.

Bayi yang mengalami sawan demam berisiko tinggi untuk mengalaminya lagi di waktu lain. Bayi yang mengalami sawan demam sebanyak 3 kali adalah tergolong dalam 10 peratus jumlah bayi yang akan mengalaminya sewaktu kecil. 

Rawatan Sawan Demam Bayi

Bayi selalunya akan cepat sembuh dari dan sawan demam bayi biasanya tidak tahan lebih dari beberapa minit. Maka, rawatan doktor kebiasaannya  adalah tidak diperlukan untuk sawan demam normal. 

Ubatan seperti ibuprofen atau acetaminophen adalah antara yang sesuai diberikan kepada anak yang mengalami sawan demam. Ubatan ini bertujuan untuk menurunkan demam bayi tetapi berkesan untuk meredakan sawan demam juga.

Untuk sawan demam yang kompleks, anak perlu dirawat oleh pakar kesihatan. Ubatan seperti diazepam rektal iaitu Diastat akan diberikan sekiranya anak selalu terkena sawan demam dan mengalami sawan lebih satu kali dalam tempoh kurang 24 jam.

Cara Rawat Sawan Demam Bayi Di Rumah

Sekiranya ini merupakan kali pertama anak mengalami sawan demam, ibu bapa perlulah mendapatkan rawatan pakar kesihatan. Hal ini untuk memastikan bahawa sawan yang dialami bukan berpunca dari sebab lain seperti encephalitis atau meningitis yang merupakan jangkitan yang berbahaya. Jangan merawat anak tanpa berjumpa atau mengikut arahan pakar kesihatan.

Sekiranya anak pernah mengalami sawan demam sebelum ini, ibu bapa boleh mengikut panduan yang disediakan oleh unit kesihatan yang berdekatan. Antaranya ialah:

  • Bertenang: Cuba untuk tenang dan elakkan dari menggelabah.
  • Peka dengan tempoh sawan: Ibu bapa perlu awasi dan rekod berapa lama anak terkena sawan. Bawa anak ke klinik terdekat atau panggil ambulans sekiranya anak sawan lebih dari 5 minit
  • Letakkan anak di lantai secara lembut: Elakkan memegang anak dalam dakapan atau cuba menahan badan kerana ianya boleh menyebabkan kecederaan. Jangan letak anak di atas meja atau katil kerana bayi boleh terjatuh.
  • Letakkan anak dengan posisi yang selamat: kesan sawan demam bayi dapat dikurangkan dengan meletakkannya di posisi yang betul. Pastikan anak dibaringkan di bahagian kiri badan dan lengan diregangkan lurus sebagai kusyen kepala anak. Air liur atau muntah anak tidak akan masuk ke dalam paru-paru dan meghalang anak dari tercekik.
  • Jangan letakkan sesuatu dalam mulut anak: Ianya bagi menghalang luka dalam mulut anak.

Lihat juga cara berkesan turunkan demam bayi.

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top