6 Petua Semulajadi Rawat Batuk Berkahak Pada Bayi : Effective Tips For Phlegm Cough

batuk berkahak bayi

Batuk berkahak adalah salah satu masalah biasa yang terjadi kepada bayi. Bayi batuk berkahak atas pelbagai sebab, seperti jangkitan bakteria, alahan atau perubahan cuaca.

Ada banyak cara untuk sembuhkan anak yang sedang batuk berkahak di rumah sahaja. Mari teruskan membaca untuk mengetahui punca batuk berkahak pada bayi, petua rawatan semulajadi dan bila perlu berjumpa doktor.

Punca Batuk Berkahak Bayi

Punca batuk berkahak yang paling biasa dalam bayi termasuk:

Petua Semulajadi Rawat Batuk Berkahak Bayi

Cuba teliti dengan bunyi batuk anak untuk mengetahui cara terbaik unutk menyembuhkan batuk anak, contohnya ialah:

  • Batuk kuat yang berpunca di bahagian dada mungkin disebabkan oleh mukus di saluran pernafasan.
  • Batuk kering berpunca di tekak mungkin disebabkan oleh jangkitan atau keadangan dari kawasan larynx (kotak suara)
  • Batuk ringan dengan hidung tersumbat mungkin disebabkan oleh titisan post-nasal dari bahagian belakang tekak bayi.

Gunakan titisan hidung saline

Titisan hidung saline atau lebih dikenali sebagai saline nasal drops boleh didapati di farmasi. Titisan saline boleh melembutkan mukus sekaligus menyingkirkannya dari badan.

Titisan hidung saline adalah selamat digunakan untuk bayi. Ikuti arahan pada botol untuk menggunakannya dengan selamat. Kebiasaannya ia digunakan bersama picagari hidung bagi memasukkannya ke dalam hidung.

Jika susah untuk titiskan ke dalam hidung anak, boleh mandikan anak sekejap dengan air mandian suam untuk bersihkan saluran udara. Ibu boleh memberi titisan ini sebelum bayi tidur atau semasa bayi terjaga disebabkan batuk.

Banyakkan Minum

Minum yang cukup sangat penting untuk anak yang tengah sakit. Air membantu badan untuk melawan jangkitan dan mengekalkan saluran pernafasan agar sentiasa lembap.

Anak yang tak mahu minum susu atau tak banyak makan lebih memerlukan banyak air. Pastikan anak diberi air setiap 2 jam, tapi elakkan memaksa anak untuk minum.

Anak yang berumur satu tahun memerlukan sekurang-kurangnya satu cawan air setiap hari. Anak berusia dua tahun memerlukan dua cawan sehari.

Beri Madu Untuk Anak Satu Tahun Keatas

Madu adalah pemanis semulajadi yang boleh membantu melegakan sakit tekak. Madu juga mempunyai fungsi yang sama seperti antibakteria dan membantu melawan jangkitan di tekak.

Jangan sesekali beri madu pada anak di bawah umur satu tahun kerana boleh menyebabkan penyakit botulisme. Untuk anak berumur setahun ke atas, ibu boleh beri satu sudu madu pada bila-bila masa tapi perlu pastikan tak terlalu banyak.

Madu juga boleh dicampurkan dengan air suam bagi meudahkan anak untuk menelannya. Ia sekaligus dapat membantu menambah air dalam badan anak.

Gunakan Bantal

batuk berkahak bayi

Ibu boleh mula meninggikan paras kepala anak semasa tidur menggunakan bantal. Pastikan umur anak lebih 18 bulan atau ianya tak digalakkan bagi bayi yang masih kecil.

Kalau anak tak mahu tidur dengan bantal, ibu boleh mencuba meletakkan tuala yang digulung di bawah hujung tilam di mana kepala bayi berada. Tapi ibu perlu bertanya doktor terlebih dulu jika ia selamat untuk anak atau tidak. Cara ini memudahkan hingus untuk keluar dari hidung dan membantu menyembuhkan batuk berkahak bayi dengan lebih cepat.

Gunakan Pelembap Udara 

Salah satu cara untuk menyembuhkan bayi batuk berkahak ialah dengan memasang pelembap udara atau  air humidifier dalam bilik anak. Ia dapat membantu mengawal tahap kelembapan udara sekelilinh dan dapat mengeringkan hingus anak selain dapat melegakan batuk dan sesak dada.

Pelembap udara yang paling selamat untuk anak ialah pelembap udara sejuk. Gunakan air yang sudah dijerang unutk pelembap udara bagi mengurangkan pertambahan mineral berlebihan di pelembap udara.

Pada waktu siang, gunakan pelembap udara di tempat anak selalu berada. Pasang pelembap udara sepanjang malam di bilik anak pula untuk merawat bayi batuk berkahak.

Bila Perlu Mendapatkan Rawatan Doktor?

batuk berkahak bayi

Jika ibu sudah cuba merawat anak beberapa hari dirumah tapi batuk anak terus berlarutan selama beberapa hari atau minggu, ibu perlu menghantar anak ke klinik berdekatan. Antara tanda-tanda lain anak perlu berjumpa doktor termasuklah:

  • Batuk berpanjangan lebih 10 hari
  • Demam dengan suhu 38˚C ke atas selama lebih 3 hari
  • Nafas berbunyi
  • Sakit dada
  • Otot menegang semasa bernafas di bahagian leher dan tulung rusuk
  • Menggaru telinga (berkemungkinan ada jangkitan telinga.
Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top