Kuning bayi ataupun jaundis pada bayi baru lahir adalah keadaan di mana kulit dan mata bayi menjadi kuning disebabkan terlalu banyak bilirubin dalam badan. Keadaan ini biasanya akan hilang dengan sendirinya apabila bayi mula menyusu dan organ hatinya mula berkembang, tetapi faktor lain boleh menyebabkan kuning bayi masih berterusan.


Walaupun warna kuning yang jelas mengesahkan bahawa bayi mengalami jaundis, ujian tambahan mungkin diperlukan untuk menentukan samada keadaan anak adalah serius atau tak.
Bayi menghidap jaundis atau kuning bayi akan menjalani ujian darah bilirubin untuk menentukan tahap bilirubin dalam darah mereka.
Ujian tambahan mungkin diperlukan untuk menentukan kalau kuning pada bayi disebabkan oleh masalah kesihatan lain. Ini termasuklah ujian jumlah darah lengkap (CBC), jenis darah, dan ketidakserasian Rh bayi.
Selain itu, ujian Coombs boleh dibuat untuk memeriksa antibodi yang menunjukkan risiko peningkatan sel darah merah yang berpisah (hemolisis).
Petua Turunkan Kuning Bayi dan Rawatan
Penyakit kuning bayi yang ringan biasanya akan hilang dengan sendirinya apabila hati bayi semakin berkembang. Ibu boleh turunkan kuning pada bayi dengan menyusukan anak sekurang-kurangnya 8 kali sehari untuk menyingkirkan bilirubin dalam badan anak
Jaundis yang lebih serius memerlukan rawatan dari pakar. Fototerapi (terapi cahaya) adalah rawatan sangat berkesan memecahkan bilirubin dalam badan menggunakan cahaya.
Semasa fototerapi, bayi diletakkan di atas katil khas di bawah cahaya spektrum biru dengam memakai lampin dan cermin mata pelindung khas. Bayi juga akan diselimutkan dengan selimut optik fiber .
Dalam kes yang lebih serius, transfusi pertukaran mungkin diperlukan untuk merawat anak. Bayi akan menerima sejumlah kecil darah daripada penderma atau bank darah dalam proses ini.
Ini kerana ia dapat menggantikan sel darah bayi yang rosak dengan sel darah yang baik. Cara ini dapat naikkan jumlah sel darah merah dan kurangkan bilirubin dalam badan anak. Rawatan lain mungkin diperlukan jika anak ada masalah kesihatan lain.
Cara Mencegah Jaundis
Jaundis fisiologitak boleh dielak tapi boleh dikurangkan risikonya dengan kerap menyusukan bayi baru lahir supaya bilirubin dapat disingkirkan dari badan anak dengan cepat.
Jika ada isu lain yang boleh sebabkan kuning bayi, doktor mungkin akan menjalankan ujian lain bagi mengesan punca jaundis. Contohnya, ibu menjalani ujian jenis darah untuk mengesan ketidakserasian Rh. Jika ibu Rh-negatif, ibu boleh dapatkan imunoglobulin intravena semasa mengandung.
Kredit: Healthline
Baca Juga:

