Perkembangan Bayi 0 – 3 Bulan Yang Ibu Perlu Ambil Tahu : Amazing Facts

perkembangan bayi 0 -3 bulan

Dalam tiga bulan pertama selepas bayi lahir, perkembangan bayi biasanya akan menunjkkan banyak perubahan. Mari lihat bagaimana perkembangan bayi terjadi dari segi menyusu, tingkah laku dan tahap kesihatan bayi.

Pastinya ibu akan rasa nervous bila mula menimang anak. Tapi jangan risau, kami di Youbaby akan membantu ibu-ibu untuk membesarkan anak  sepanjang 1000 hari pertama selepas anak lahir. Mari terus membaca bagi mengetahui apa yang berlaku pada anak dalam 3 bulan pertama.

Perkembangan Bayi 0 – 3 Bulan 

Sebagai ibu , pastinya ibu ingin anak untuk membesar dengan baik. Ia perkara biasa untuk bayi hilang sebanyak 6% hingga 7% dari berat badan  semasa minggu pertama lepas lahir jadi ib tak perlu risau.

Setiap bayi berkembang secara berbeza-beza. Ada bayi yang lebih banyak tidur dan makan dalam beberapa minggu pertama, tapi ada juga bayi yang sentiasa berjaga atau aktif,dan ada juga yang kuat meragam.

Menyusu

Sama bayi menyusu badan, beri susu formula, atau dua-dua sekali, menyusukan bayi adalah benda yang paling banyak makan masa bagi ibu. Bayi perlu sentiasa kenyang siang dan malam untuk perkembangna bayi yang baik.

Untuk enam bulan pertama selepas bayi lahir, anak akan dapat semua nutrien yang diperlukan dari susu ibu atau susu formula. Bayi cuma boleh mula makan makanan pejal bila anak dah berumur enam bulan.

Kesihatan Bayi 

Bayiakan menerima suntikan imunisasi pertama pada usia lapan minggu. Kemudian, bayi akan mendapatkan suntikan penggalak pada usia 12 minggu dan 16 minggu untuk merangsang perkembangan bayi yang normal.

Tidur

Pada umur 0 -3 bulan, bayi biasa akan bangun pada waktu malam sebab lapar. Perut anak masih kecil, jadi anak perlu makan sikit sahaja dalam satu-satu masa tapi secara berkala.

Selain itu, ada ibu lain yang percaya bayi lebih senang tidur kalau dibalut dengan kain  (swaddling). Ada juga bukti yang menyokong kepercayaan ini dapat membantu menenangkan bayi.

Rutin bayi tidur juga akan berubah seiring dengan perkembangan bayi dalam masa 3 bulan. Ibu jangan takut untuk minta bantuan kalau tak pasti apa yang perlu dibuat. Penting bagi ibu untuk dapatkan rehat yang cukup bila adsa peluang dan bagi pastikan ibu bertenanga untuk jaga anak pada waktu malam. 

Kekerapan Menangis

Bayi baru lahir akan biasanya banyak menangis. Ini disebabkan bayi lapar atau penat, tetapi kadang-kadang susah untuk tahu punca asal. Bila bayi mula menangis, ibu boleh cari punca kenapa anak menangis supaya dapat mengurangkannya di kemudian hari.

Kadang-kadang bayi mungkin mengalami kolik, iaitu tangisan yang tidak dapat dijelaskan dan berlebihan. Kalau ibu bimbang dengan  bayi yang selalu menangis, ibu boleh dapatkan nasihat pakar kesihatan berkenaan perkembangan bayi masing-masing.

Pastikan ibu pun mendapat sokongan emosi dari orang lain bila sudah selalu dengar bayi menangis, ini bagi pastikan emosi ibu terjaga. Ibu juga boleh berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu lain tentang cara penjagaan bayi bagi mengurangkan stres.

Cara Jaga Bayi

Pada umur 0 hingga 3 bulan, ibu tak perlu mandikan bayi setiap hari. Memandikan bayi tiga hingga empat kali seminggu biasanya sudah cukup, walaupun mandi boleh menjadi sebahagian daripada rutin sebelum tidur yang bagus.Ibu tak perlu tambah apa-apa dalam air mandi anak, air biasa adalah yang terbaik untuk bayi kurang sebulan.

Bayi akan perlukan banyak lampin. Ibu boleh memilih lampin pakai buang ataupun  lampin yang bopleh guna semula, jadi luangkan masa untuk mempertimbangkan apa yang terbaik untuk bayi.

Waktu Bermain

Seiring perkembangan bayi dalam masa 3 bulan, anak akan semakin berminat dengan dunia sekeliling. Bermain menjadi  semakin penting kerana ini adalah cara bayi untuk belajar dan berkembang.

Semasa umur tiga bulan, bayi akan mula menggerakkan kepala mereka, menendang, memandang mata, dan tersenyum. Mainan bayi yang berwarna-warni dan gambar berwarna hitam putih yang jelas biasanya akan menarik perhatian anak. Sama juga  dengan bunyi loceng atau suara orang.

Ada juga bayi yang suka berbaring di atas ‘baby gyms’. Ini adalah lengkungan dengan sesuatu seperti loceng atau cermin yang digantung bersama. Bayi juga sangat suka melihat muka orang lain semasa orangnya menyanyi, membaca, atau bercakap dengan bayi. ini menunjukkan perkembangan bayi yang normal.

Keselamatan

Apabila bayi menjadi lebih aktif dan semakin banyak bergerak, ibu perlu pastikan keselamatan anak sentiasa diutamakan bagi perkembangan bayi yang berterusan.

Di sekitar umur ini, penting untuk ibu  ingat perkara-perkara ini ini:

  • Jangan tinggalkan biarkan bayi berseorangan di atas katil atau tempat lain yang boleh buat jatuh.
  • Pastikan kerusi kereta sentiasa diperiksa  secara berkala untuk memastikan ia sesuai untuk bayi dalam kereta.
  • Sentiasa gunakan tali keselamatan yang sesuai dalam kereta sorong bayi.

Kredit: NCT UK

Baca Juga:

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top