Dalam kebanyakan keluarga, pertengkaran adik-beradik hanyalah sebahagian daripada kehidupan (tetapi itu tidak menjadikannya kurang meletihkan). Sebilangan besar daripada kita pernah mengalami pertengkaran sesame adik beradik sendiri. Kita mungkin pernah bergaduh hanya disebabkan berebut cawan atau krayon bewarna ungu, siapa yang dapat tekan butang lif terlebih dahulu ataupun berlumba berlari siapa sampai ke rumah dahulu. Hampir setiap perkara akan menjadi satu saingan antara adik-beradik. Mereka akan menjelirkan lidah mereka, memanggil nama dan mengejek satu sama lain, bahkan menarik rabut masing-masing apabila mereka berfikir bahawa tiada siapa yang sedang memerhatikan. Walau bagaimanapun, ada masa di mana adik-beradik boleh bermain Bersama dan berbaik-baik. Tapi, selalunya dalam jangka masa yang agak singkat dan mereka akan tetap terlibat dalm pergaduhan atau tarik rambut masing-masing. Maka, bermulalah scenario di mana anak-anak akan menangis dengan kuat , mungkin lagi parah ada yang menjerit tanda mereka tidak puas hati atas kekalahan yang mereka alami dalam pergaduhan antara dia dengan abang atau kakak mereka sendiri.
Adakah Bergaduh Sesama Adik Beradik Perkara Yang Biasa?
In this Article
Setiap hubungan akan ada satu konflik dan itu perkara biasa.Pendek kata, hampir dalam setiap hubungan akan ada konflik sama ada hubungan suami isteri, rakan baik, guru dan anak murid dan lebih banyak lagi. Ini yang dinamakan proses pengenalan. Di mana setiap individu akan tunjukkan perangai mereka yang sebenarnya atau mempunyai pendapat yang berbeza dan mungkin menyebabkan pergaduhan di antara dua pihak, atau mungkin lebih. Jadi, tak perlu hairan sekiranya anak anda bergaduh. Apa yang anda perlu lakukan ialah cuba cari jalan penyelesaian dan jadi contoh yang baik.
Berikut adalah beberapa strategi yang boleh digunakan jika anda mempunyai adik beradik yang bertengkar di rumah anda.
-
Menggalakkan kerjasama
Salah satu cara untuk melakukannya adalah dengan berhenti berusaha menjadikan semuanya setara, yang akhirnya mewujudkan persaingan di antara adik-beradik. Anak-anak sememangnya bersungguh-sungguh untuk bersaing, untuk cuba meraih dan mendapatkan, kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka untuk bekerjasama, dan bukan mewujudkan suasana bersaing antara adik-beradik.
Jadi, sebagai contoh, daripada anda memberikan segugus anggur dengan bilangan yang sama kepada anak lelaki anda dan berkata, “Nah, sekarang kamu mempunyai anggur sama banyak seperti saudara perempuan kamu,” kamu seharusnya berikan mengikut keperluan individu tersebut dan berkata (“Kamu mahu anggur berapa banyak? “)
-
Amalkan kesabaran
Senario dimana anak anda mungkin sedang bergaduh dan menangis hanya disebabkan oleh mangkuk adik lebih banyak popcorn berbanding si abang atau mungkin sebaliknya sangatlah tidak mengejutkan langsung. Kadang-kadang ada masa bila mana kita dapat tahu punca anak-anak kita gaduh berpunca daripada perkara yang tak masuk akal. Sehelai, atau mungkin secebis kertas juga boleh jadi punca anak-anak kita bergaduh. Apa yang perlu ibu bapa harus lakukan? Sabar. Mungkin lebih senang cakap daripada buat. Tapi mungkin itu juga antara cara yang terbaik untuk tidak keuhkan lagi keadaan dengan masuk campur hal anak-anak Ketika mereka sedang bergaduh. Sebaliknya, ajar mereka untuk selesaikan masalah masing-masing. Hal ini juga boelh melatih mereka untuk berkomunikasi dengan baik dan berbincang untuk mencari solusi bersama-sama.
Mungkin akan mengambil masa sedikit, tapi anak-anak akan tetap mencari solusi mereka sendiri. Seringkali berlaku, apabila anak-anak sedang bergaduh, bila si ibu atau si bapa cuba untuk masuk campur, anak-anak akan jadi lebih agresif untuk membuktikan bahawa mereka tidak bersalah dan inginkan sokongan daripada kedua ibu bapa mereka dan membela mereka. Apabila si ibu dan si ayah melatih anak-anak mereka untuk menyelesaikan konflik antara adik-beradik dengan sendiri, ini akan menunjukkan bahawa anak-anak tidak akan dapat sebarang perhatian melainkan mereka berperilakuan yang baik.
-
Jangan pilih kasih
Jelas lagi nyata. Ibu bapa perlulah sentiasa bersikap adil kepada semua anak mereka. Tak kira betapa nakal atau baik sekalipun anak-anak itu. Apabila pergaduhan berlaku, Ibu bapa tidak boleh salahkan atau sebelahkan satu pihak sahaja kerana pokok takkan bergoyang kalau bukan disebabkan angin yang goncang. Apa yang boleh disarankan untuk ibu bapa ialah didik anak untuk selesaikan masalah dan cari solusi bersama. Jangan lupa juga untuk beri mereka pujian atas usaha menyelesaikan masalah dengan jayanya. Ingat, pujian kepada anak kecil anda sememangnya menjadi, dan memberi kesan sampingan yang sangat baik. Beri anak-anak peluang untuk belajar tentang kehidupan, belajar untuk berkongsi, memahami satu sama lain dan sentiasa bergaul baik dengan yang lain.
Walaupun mungkin anak yang sama sahaja sering menang dalam hujah, si ibu atau si ayah tetap tak boleh berpihak pada seorang sahaja. Ibu bapa mungkin boleh berkata “Kamu berdua macam ada masalah je. Macam mana kita nak kawal masalah ni?” Mereka sedang belajar untuk usahakan sesuatu dengan bukan cara agresif , dan itulah yang terbaik.
Bila saya harus campur tangan semasa pertengkaran antara adik beradik?
Walau bagaimanapun, ibu bapa harus terlibat ketika pergaduhan melibatkan fizikal. Yang mengatakan, ada perbezaan besar antara, katakanlah, meremas lengan kakak dan memukul di wajahnya. Pergaduhan yang melibatkan keganasan dan boleh mencederakan setiap pihak bukan sesuatu yang biasa dan perlu diambil tindakan dengan segera. Dinasihatkan untuk ibu bapa masuk campur dalam pergaduahan anak-anak sekiranya sudah melampaui batas dan mungkin boleh menyebabkan kecederaan. Sebagai contoh, jika salah satu dariapda anak anda sudah bertindak dengan menarik rambut adik beradiknya ketika dalam pergaduhan, terus halang anak daripada meneruskan perbuatan sedemikian.
Adakah urutan kelahiran, jantina dan jarak umur mainkan peranan?
Sudah menjadi kebiasaan ibu bapa di luar sana berharap bahawa anak sulung mereka untuk jadi contoh dan didik adik-adik mereka, namun kita tidak sepatutnya nerbuat sedemikian. Hal ini kerana akan membuatkan si sulung untuk berada dalam keadaan di mana dia perlu menggalas semua tanggungjawab hanya kerana dia sulung, dan adiknya tidak perlu.
Kajian mengenai jantina dan urutan kelahiran agak sikit, kerana terdapat banyak faktor yang berbeza yang memberi gambaran terhadap sesebuah organisasi keluarga yang rumit. Sebagai contoh, perkahwinan campur, adik-beradik bukan darah daging, perbezaan budaya, atau ibu bapa yang bekerja dan sentiasa sibuk. Anak perempuan mungkin akan mengalah dan lebih bertoleransi, namun kemungkinan juga si abang atau adik lebih gemar untuk bergadu, lebih-lebih lagi jika mereka hanya beza 2-3 tahun, manakala anak perempuan lebih gemar berkata-kata. Namun, selalunya perkara biasa begini semakin anak membesar dan meningkat dewasa, semakin mereka matang dan kurang bergaduh.