Aggressive: Cara menghentikan tabiat memukul bagi kanak-kanak

Cara menghentikan anak kecil (1-2 tahun) daripada memukul

Memukul, menendang dan menggigit adalah tingkah laku normal bagi kanak-kanak dalam kumpulan usia ini, kata Richard Tremblay, pengarah Pusat Kecemerlangan Pembangunan Awal Kanak-kanak di Montreal, dan Joan Durrant, seorang psikologi dan profesor sains sosial keluarga di University of Manitoba di Winnipeg.

Dengan anak kecil, salah satu cara untuk mengajar atau menghentikan mereka untuk tidak memukul adalah dengan menunjukkan sentuhan lembut. Menegur mereka jika mereka menyakiti anda dengan memukul, menendang dan mengigit. Menegur mereka dengan cara yang elok atau betul agar mereka tidak berkelakuan yang lebih agresif.

Sekiranya anak anda memukul , tetap tenang dan sedar bahawa ini adalah tingkah laku yang biasa. Anda perlu mengawal emosi anda daripada memarahi mereka. Hal ini kerana, bila ibu bapa meninggikan suara kepada anak-anak mereka akan berkelakuan diluar kawalan dan akan menjadi lebih agresif daripada sebelumnya. Mintak maaf dengan mereka jika anda ada terbuat salah kepada anak anda sehinggakan dia bertingkah laku di luar kawalan. Perkara ini membantu anak anda merasa seperti anda mengambil berat tentang perasaan mereka dan menunjukkan kepada mereka tingkah laku yang baik.

Dengan anak kecil, salah satu cara untuk mengajar atau menghentikan mereka untuk tidak memukul adalah dengan menunjukkan sentuhan lembut.
meng

Cara menghentikan kanak-kanak prasekolah (3-5 tahun) daripada memukul

Untuk kanak-kanak prasekolah pula, anda harus mengajar mereka untuk memahami perasaan mereka dan mengungkapkannya secara lisan, tetapi sekarang perlu menolong mereka memikirkan situasi, berempati dengan rakan yang akan bermain dengan mereka, dan mengawal emosi mereka sebelum mereka bertindak diluar kawalan. Setelah anak anda tenang, anda boleh membawanya melalui senario bagaimana mereka boleh bertindak balas. Jika anak anda memukul berterusan boleh menjadi tanda masalah neurologi yang lebih serius yang didiagnosis dengan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
× Wasap Kami