Kebanyakan bayi biasanya dijangkiti penyakit RSV ataupun virus pernafasan sinsitial sekurang-kurangnya sekali sebelum mencecah umur 2 tahun. Bagi bayi yang sihat, penyakit RSV hanyalah seperti selsema biasa. Tapi, ada sesetengah keadaan di mana ia boleh memudaratkan kesihatan anak.
Mari teruskan baca untuk mengetahui tentang simptom, punca serta rawatan penyakit RSV yang ibu bapa perlu ambil tahu!
Apa itu Penyakit RSV?
In this Article
RSV adalah salah satu virus yang boleh menyebabkan jangkitan pernafasan. Ia merebak seperti virus selesema dari satu orang ke orang lain. Virus ini memasuki badan melalui hidung atau mata, menyentuh air liur, hingus, atau cecair hidung dari orang yang dijangkiti.
Virus ini biasanya berlaku pada akhir musim luruh hingga awal musim bunga. Waktu terkena jangkitan boleh berbeza mengikut kawasan.
RSV adalah salah satu penyebab utama bagi bayi berumur 1 tahun ke bawah dibawa ke wad kecemasan hospital hospital. Sebanyak 2 hingga 3 bayi dari 100 bayi yang menghidapi penyakit RSV memerlukan rawatan di hospital. Bayi-bayi ini memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas,atau diberikan cecair melalui intravena (IV) jika anak tak boleh makan atau minum. Kebanyakan bayi dengan penyakit RSV ini akan kembali pulih selepas beberapa hari.
Cara Melindungi Bayi Daripada RSV
Ada dua cara untuk melindungi bayi semass musim bayi dijangkiti RSV. Ibu boleh mengambil imunisasi RSV semasa mengandung, atau bayi boleh diimunisasi selepas dilahirkan. Banyi biasanya cuma memerlukan perlindungan melalui vaksin RSV pada ibu ibu atau imunisasi RSV pada bayi, tapi tak boleh berikan kedua-duanya sekali.
Vaksin RSV Ibu Semasa Mengandung
Ibu mengandung boleh menerima vaksin RSV untuk ibu semasa anak dalam kandungan berusia di antara 32 hingga 36 minggu sekiranya bayi dijangka lahir semasa musim RSV. Vaksin ini mengurangkan risiko sebanyak 57% kepada bayi dari dihantar ke hospital akibat RSV dalam enam bulan pertama selepas lahir.
Imunisasi RSV untuk Bayi
Bagi bayi dan sesetengah kanak-kanak yang masih kecil, imunisasi RSV yang juga dikenali sebagai nirsevimab boleh diberikan sebagai suntikan dan mungkin dimasukkan dalam jadual imunisasi bayi. Nirsevimab telah terbukti mengurangkan risiko bayi untuk dihantar ke hospital disebabkan penyakit RSV pada bayi lebih kurang sebanya 80%.
Suntikan ini mempunyai fungsi yang sedikit berbeza dari vaksin. Ia memberikan antibodi berterusan untuk melindungi bayi sebaik sahaja suntikan diberikan. Perlindungan ini boleh bertahan sepanjang musim RSV yang normal.
Simptom Penyakit RSV
Biasanya, penyakit RSV menyebabkan simptom seperti selesema yang mungkin diikuti dengan bronkiolitis atau pneumonia. Simptom RSV biasanya memuncak pada hari ke-3 hingga ke-5 selepas dijangkiti. Gejala-gejala ini biasanya berlangsung selama 7 hingga 14 hari.
Selsema: Jangkitan Saluran Pernafasan Atas
Simptom selesema mungkin termasuk:
- Demam (suhu 100.4°F atau lebih tinggi)
- Batuk kering atau basah
- Hidung tersumbat
- Hidung berair
- Bersin
- Banyak meragam
- Kurang selera makan
Bronkiolitis: Jangkitan Saluran Pernafasan Bawah
Simptom bronkiolitis mungkin merangkumi gejala selesema, ditambah dengan:
- Pernafasan yang laju
- Hidung banyak mengembang dan mengecut semasa bernafas, diikuti pergerakan kepala
- Bunyi mengerang semasa bernafas
- Bahagian antara tulang rusuk atau leher bawah menegccut semasa bernafas
- Bunyi berdehit
Bila Perlu Dapatkan Rawatan Doktor
Hubungi doktor anda dengan segera jika anak menunjukkan tanda-tanda :
- Simptom bronkiolitis (seperti yang disenaraikan di atas)
- Gejala dehidrasi (kurang daripada 1 lampin basah setiap 8 jam)
- Susah atau selalu berhenti nafas
- Kulit, bibir, atau kuku yang kelihatan pucat, kelabu atau kebiruan
- Tak aktif atau peka dengan kawasan sekeliling
Selain itu, sesetengah bayi yang menghidap penyakit RSV mungkin berisiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan bakteria seperti jangkitan telinga. Hubungi doktor jika anak mempunyai:
- Simptom yang semakin teruk atau tak sembuh selepas 7 hari
- Demam (suhu rektum 100.4°F atau lebih) dan berumur di bawah 3 bulan
- Demam menaik melebihi 104°F secara berulang-ulang
- Susa untuk tidur, banyak meragam, sakit dada, selalu menarik telinga atau cecair keluar dari telinga
Pakar pediatrik akan mendiagnosis anak yang mengalami selesema atau bronkiolitis dengan bertanya tentang simptom mereka dan melakukan pemeriksaan fizikal. Doktor mungkin akan melakukan ujian calitan hidung untuk mengetahui jika bayi terkena jangkitan RSV atau bukan.
X-ray di bahagian di dada atau ujian oksigen mungkin aka dibuat untuk memeriksa jika bayi sesak nafas.
Cara Untuk Mengurangkan Gejala RSV Pada Bayi
Secara umumnya, tiada rawatan khusus untuk RSV, dan ubat-ubatan seperti steroid dan antibiotik tidak membantu dalam kes RSV.
Bagi mengurangkan gejala RSV pada bayi, ibu boleh mengambil ikhtiar untuk:
- Gunakan nasal saline dan untuk menyedut hingus secara perlahan bagi untuk memudahkan bayi untuk bernafas dan menyusu.
- Gunakan humidifier cool-mist untuk mengelakkan hidung tersumbat dan memudahkan bayi bernafas
- Beri air atau susu secara berkala untuk pastikan anak kekal terhidrasi. Kalau anak susah menyusu, boleh beri susu dengan cawan atau botol susu.
- Gunakan acetaminophen atau ibuprofen kalau anak berumur lebih 6 bulan untuk demam yang tak tinggi. Elakkan aspirin dan ubat batuk serta selesema.
Cara Lain untuk Mencegah RSV
- Pastikan anak mendapat imunisasi yang lengkap dan semua ahli keluarga mendapatkan suntikan flu dan COVID secara tahunan. Orang dewasa berumur lebih 60 tahun boleh mendapatkan vaksin RSV. Vaksin Tdap juga penting untuk melindungi diri dari batuk kokol, terutama bagi orang dewasa yang berada di sekitar bayi.
- Jangan selalu dedahkan bayi di tempat orang ramai, kanak-kanak lain, dan sesiapa yang sedang demam. Biarkan anak berehat di rumah jika tak sihat dan ajar anak tutup mulut dan hidup semasa bersin
- Basuh tangan dengan sabun dan air selama sekurang-kurangnya 20 saat untukmengelakkan kuman tersebar. Ajar anak untuk menjaga kebersihan.
- Pastikan rumah bebas dari kuman dengan membersihkan objek dan permukaan dengan kerap, dan elakkan anak anda didedahkan pada asap rokok atau bahan lain.
- Beri bayi susu ibu yang mecukupi kerana ia mengandungi antibodi untuk meningkatkan imuniti anak.
Kredit: Healthy Children