10 Cara untuk hilangkan penyakit selsema bayi: Children’s Healthy Lifesytle

Lima petua hilangkan selesema kanak-kanak - Sinar Harian

Penjagaan bayi adalah keutamaan bagi ibubapa kerana bayi masih kecil dan mudah mengalami batuk dan selsema adalah disebabkan oleh jangkitan dari orang sekeliling dan atas faktor antibodi badan yang masih lemah.  Ini amat merisaukan ibubapa yang mempunyai anak kecil seperti bayi. Jika tidak dirawat, bayi akan mengalami masalah paru-paru berkuman kerana penyebaran virus adalah melalui udara. Oleh sebab itu, ibubapa mestilah mengambil tindakan untuk merawat selsema bayi dari menjadi teruk.

Mandi bayi dengan hirisan buah lemon

  • Memandikan bayi dengan air suam yang telah dicampur dengan hirisan lemon, dapat mengurangkan rasa tidak selesa bayi ketika selsema.
  • Air suam yang dicampur dengan dengan lemon, dapat membantu membuka rongga pernafasan bayi yang tersumbat akibat dari selsema. Bau dari lemon dapat membantu mengeringkan hingus anak.

Meninggikan bantal kepala bayi Ketika tidur

  • Tidur bayi akan terganggu apabila bayi mengalami selsema. Jadi dengan meninggikan kepala dari kebiasaan bayi Ketika tidur, dapat membantu bayi untuk bernafas dengan lebih baik kerana bayi akan mengalami rasa tidak selesa dan tidur tak lena. Ini dapat membuatkan selsema bayi keluar dengan mudah dan hidung tidak lagi tersumbat.

Minyak bawang putih

  • Campurkan minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan lagi dengan bawang putih yang sudah di bakar dan di tumbuk. Kemudian, sapu minyak bawang putih tersebut di dada bayi. Ini dapat membantu melegakan pernafasan dan membantu bayi bernafas dengan baik.

Kunyit hidup

  • Kunyit boleh membantu menyelesaikan masalah bayi yang selsema. Kunyit hidup yang telah ditumbuk atau dipotong, kemudian disapukan ke batang hidung, belakang badan dan dahi bayi. Ini dapat membantu mengeringkan hingus dan melegakan saluran pernafasan bayi.
  • Tetapi anda mestilah kerap mengamalkannya untuk nampak kesan yang efektif.

Bawang merah

  • Mengupas, menghiris dan menumbuk bawang merah sehingga mengeluarkan air bawang. Jika tak nak tumbuk, boleh belah dua sahaja bawang tersebut.
  • Kemudian, letak air bawang / bawang yang telah dipotong berdekatan dengan tempat tidur bayi anda yang berumur dua tahun dan ke bawah. Dengan cara ini dapat membantu mengeringkan hingus bayi anda.
  • Jangan sapu air bawang/ bawang yang dibelah dua dekat bayi anda kerana air bawang/ bawang yang telah dipotong akan pedihkan mata anak anda.

Air buah lemon, halia dan madu

  • Perahkan lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga madu tersebut menyaluti halia. Kemudian, biarkan semalaman di dalam peti ais. Keesokkannya, boleh beri minum kepada anak yang berumur dua tahun ke atas sahaja. Ini dapat membantu melegakan selsema anak anda.

Spray hidung

  • Spray hidung hanya boleh didapati di farmasi dan di klinik sahaja. Gunakan spray hidung yang diiktiraf untuk elak sebarang masalah. Kandungan utama spray hidung yang diperbuat dari air garam yang dapat membantu bayi mengeluarkan hingus kerana bayi tidak pandai keluarkan hingus mereka sendiri.

Penyedut hingus

  • Menyedut hingus bayi anda dengan menggunakan penyedut hingus lebih mudah dan tidak akan menyakiti bayi anda. Penyedut hingus banyak dijual dipasaran yang mempunyai pelbagai bentuk dan warna.
  • Elakkan bagi ubat batuk atau selsema yang dijual di farmasi atau pasaran terkini kepada bayi sebab bayi yang berumur 2 tahun dan ke bawah tidak sesuai dan tidak selamat untuk diberikan ubat makan atau minum.

Tepuk percussion

  • Tepuk percussion dapat melonggarakan dan memudahkan kahak keluar.
  • Cara untuk buat tepuk percussion ialah menepuk badan depan dan belakang bayi dengan tapak tangan dalam bentuk melengkung. Ini dapat membantu mengeluarkan kahak bayi dengan lancar.

Kerapkan bayi menyusu badan ibu

  • Susu ibu mempunyai khasiat yang tinggi yang dapat membantu menyembuhkan selsema bayi.  Oleh sebab itu, ibu mestilah menyusukan bayi dengan susu badan lebih kerap supaya dapat menguatkan imunisasi bayi. Untuk anak-anak yang berumur 2 tahun dan ke atas, disarankan agar minum  air masak yang secukupnya untuk elak dari dehidrasi, kerana air sangat-sangat penting untuk sistem dalam badan dan sebanyak 70 % dalam badan mengandungi air.

Ada Soalan?

Tekan butang di bawah untuk kami bantu anda sekarang

PM ADMIN!

Agent & Dropship Youbaby

Jana pendapatan bersama Youbaby. Tekan butang di bawah.

JOIN SEKARANG!

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top