8 Jenis Makanan Membantu Menaikkan HB Ibu Mengandung : Increase Hemoglobin Levels

Pengambilan makanan yang betul dapat menaikkan hb ibu mengandung

Hemoglobin ataupun dikenali sebagai HB merupakan protein dalam darah merah yang membawa oksigen dan disalurkan ke seluruh tubuh badan. Ibu mengandung memiliki paras HB normal sedikit rendah iaitu 11 ke 12g/dl. Ianya berlaku disebabkan perubahan horman ibu mengandung yang berbadan dua. Memiliki HB yang rendah sebenarnya berbahaya untuk ibu mengandung kerana mampu menyebabkan anemia yang akan mengganggu bayi dalam kandungan seperti kelahiran pra matang. Ianya bukan sahaja memberikan kesan kepada bayi dalam kandungan malah ibu juga akan sentiasa berasa lemah, mudah pening dan berkemungkinan mengalami komplikasi ketika hendak melahirkan bayi nanti. Justeru itu, pengambilan makanan juga memainkan peranan penting untuk menaikkan hb ibu mengandung. Oleh itu, berikut merupakan beberapa jenis makanan yang boleh membantu menaikkan hb ibu mengandung :

  1. Brokoli

Manfaat Brokoli untuk Mengatasi Asam Urat

Brokoli merupakan salah satu sayuran hijau yang sangat bagus untuk ibu mengandung makan dan amalkan untuk menaikkan hb sepanjang kehamilan. Brokoli yang kaya dengan vitamin C juga dikenal sebagai sayuran yang dapat membantu penyerapan zat besi dalam tubuh ibu mengandung. Ianya juga mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan.

  1. Limau Nipis

See the source image

Limau nipis sangat bagus diamalkan oleh ibu mengandung terutamnnya bagi menaikkan hemoglobin (HB). Ianya dapat mengekalkan hidrasi badan dan membekalkan vitamin C yang dapat membantu ibu menyerap zat besi dengan lebih berkesan. Limau nipis ini juga mengandungi tahap magnesium dan kalium yang tinggi yang dapat membantu kesihatan jantung secara keseluruhan. Potassium juga terdapat dalam limau nipis yang dapat membantu meningkatkan aliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

  1. Daging Merah

See the source image

Daging merah lebih kaya dengan protein berbanding daging putih seperti ayam ataupun burung. Daging merah juga mengandungi zat besi, vitamin A, vitamin D, asid amino, omega-3 dan selenium yang diperlukan oleh ibu mengandung.  Kandungan zat besi yang tinggi juga dapat membantu menaikkan HB ibu mengandung. Kandungan zat besi dari sumber haiwan lebih mudah diserap berbanding yang lain.  Namun begitu, daging merah mempunyai kandungan lemah yang tinggi dan tidak boleh diambil secara berlebihan kerana akan meningkatkan risiko pada jantung.

  1.  Buah Delima

See the source image

Buah delima merupakan salah satu buah yang berkahisat untuk ibu mengandung kerana tinggi dengan mineral semula jadi. Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah malah kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima juga dapat mengurangkan gejala anemia pada ibu mengandung. Secara tidak langsung akan meningkatkan HB ibu mengandung.

  1. Kekacang

See the source image

Kekacang mengandungi asam folat dan vitamin yang mampu meningkatkan kadar HB ibu mengandung. Ia juga dapat membantu ibu mengandung menambah sel darah merah sepanjang kehamilan sekaligus mencegah daripada anemia.

  1. Sayur Bayam

See the source image

Ibu mengandung digalakkan makan sayuran yang berdaun hijau dan salah satunya ialah bayam. Bayam merupakan makanan paling baik untuk ibu mengandung kerana mampu menyerap zat besi dan folat untuk mengatasi penyakit anemia. Hal ini kerana sel darah merah yang cukup akan membawa oksigen dan nutrisi ke seluruh tubuh dan janin ibu sekaligus mencegah anemia.

  1. Buah Kurma

See the source image

Buah kurma merupakan salah satu jenis buah kering yang mengandungi sumber zat besi yang dapat meningkatkan kadar HB dalam darah. Ia dapat meningkatkan HB ibu mengandung sekaligus dapat membekalkan tenaga. Namun begitu, penderita diabetes tidak digalakkan memakan buah kurma kerana mengandungi kadar gula yang tinggi.

  1. Jambu Batu

See the source image

Jambu batu memiliki khasiat yang baik terutamannya untuk ibu mengandung. Jambu batu kaya nutrisi seperti serat, zat besi, protein, magnesium dan juga folat. Ia juga mengandungi vitamin A, vitamin C, kalium dan antioksidan yang dapat mengatasi pelbagai masalah kesihatan. Khasiat jambu batu akan menstabilkan tekanan darah dan mengekalkan Hb ibu mengandung.

8 jenis makanan ini merupakan salah satu alternatif yang boleh diamalkan oleh ibu mengandung untuk menaikkan semula HB. Hal ini kerana, pemakanan yang sihat dapat mempengaruhi tahap kesihatan seseorang. Ibu tidak digalakkan memakan makanan segera, makanan manis dan makanan ringan yang tidak mendatangkan khasiat terutamannya buat janin. Oleh itu, ibu mengandung perlu menjaga kesihatan diri untuk memastikan bayi dalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan yang sihat.

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top