Anak Susah Fokus? 5 Aktiviti Untuk Meningkatkan Fokus Anak: Excellent Activities to Improve Focus

cara meningkatkan fokus anak

Dalam usaha meningkatkan fokus anak yang masih kecil, ibu bapa perlu mengetahui cara-cara yang berkesan supaya anak lebih menumpukan perhatian. Anak kecil pada kebiasaaanya mempunyai daya tumpuan yang lebih rendah berbanding orang dewasa dan ianya agak mencabar bagi mereka untuk fokus. 

Apabila mereka mula membesar, jangka perhatian mereka akan meningkat secara perlahan-lahan dan boleh menumpukan perhatian dengan lebih lama. 

Ibu bapa boleh mencuba untuk meningkatkan fokus anak dengan aktiviti yang boleh dilakukan bersama. Artikel ini mengulas tentang 5 aktiviti menyeronokkan bagi membantu mereka untuk mengasah daya tumpuan.

Daya Tumpuan Bayi

Daya tumpuan bayi adalah berbeza-beza mengikut umur mereka. Daya tumpuan adalah ialah jangka masa seseorang untuk sentiasa fokus secara berterusan. Tempoh daya tumpuan ini boleh bertambah apabila umur bayi meningkat, iaitu:

  • 0 hingga 3 bulan: Daya tumpuan bayi biasanya adalah sekitar 1 hingga 2 minit. Bayi pada usia ini lebih suka objek yang bergerak atau bunyi yang menarik perhatian mereka untuk masa yang pendek.

  • 4 hingga 6 bulan: Daya tumpuan bayi mula meningkat kepada 2 hingga 4 minit. Mereka lebih suka melihat mainan atau objek yang berwarna-warni yang berbeza.

  • 7 hingga 9 bulan: Daya tumpuan bayi boleh mencapai 4 hingga 6 minit. Pada usia ini, mereka mula menunjukkan minat yang lebih dalam pada aktiviti bermain dan bergaul.

  • 10 hingga 12 bulan: Jangka perhatian bayi semakin panjang, sekitar 6 hingga 8 minit. Mereka boleh menumpukan perhatian kepada aktiviti atau objek tertentu dalam masa yang lebih lama.

Mengapa Fokus Penting untuk Bayi?

Bayi memerlukan fokus untuk mempelajari dunia di sekeliling mereka. Mereka boleh belajar untuk fokus melalui raut wajah, objek yang bergerak, dan bunyi. Ini adalah perkara asas dalam pembentukan minda dan pergaulan yang menerapkan pentingnya bagi ibu bapa untuk meningkatkan fokus anak semasa kecil lagi.

Aktiviti untuk Meningkatkan Fokus Anak 

cara meningkatkan fokus anak
  • Permainan “Peek-a-Boo: Permainan ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga mengajar bayi anda lebih memerhatikan dan bersabar. Untuk bermain, ibu perlu memandang muka bayi, kemudian menutup muka dengan tangan dan terus menunjukkan muka semula dengan cepat. Anak dapat belajar untuk fokus pada muka ibu melalui cara ini.
  • Melihat Buku Bergambar: Buku dengan gambar yang besar dan berwarna-warni boleh menarik perhatian bayi. Tunjukkan gambar-gamabr dalma buku sambil menyebut nama benda yang ada dalam gambar itu. Ini dapat mengajar anak untuk mengenali objek menggunakan bunyi, dan membantu meningkatkan fokus anak pada bahagian sebutan kosa kata.
  • Beri Permainan Berbunyi: Mainan yang mengeluarkan bunyi ketika ditekan atau digoncang membantu bayi untuk mengenal pasti sebab dan akibat. Aktiviti ini memerlukan mereka fokus untuk cuba mengeluarkan bunyi tertentu dan memberi reaksi kepada apa yang mereka dengar.
  • Mengurut Bayi: Sentuhan dan urutan yang lembut  boleh menenangkan bayi dan membantu mereka belajar untuk fokus pada deria rasa mereka. Gunakan minyak urut bayi dan berbual dengan bayi menggunakan intonasi suara yang tenang dan lembut semasa mengurut.
  • Aktiviti Melihat Pergerakan Objek: Pegang mainan atau objek berwarna terang dan gerakkannya secara perlahan-lahan di depan bayi. Aktiviti ini membantu anak untuk melatih pergerakan mata berdasarkan benda yang dilihat. Ia dapat membantu mereka fokus apa yang dilihat dan melatih koordinasi mata dan tangan.

Cara Ajar Anak Untuk Lebih Fokus

cara meningkatkan fokus anak
Pastikan Anak Dapat Fokus Sepenuhnya

Sekiranya ingin anak untuk fokus apabila diajarkan sesuatu, pastikan tiada sebarang bentuk gangguan yang boleh menghalang anak dari fokus. Contoh perkara yang menganggu fokus dan tumpuan anak adalah adanya mainan di tempat pembelajaran.

Pastikan mainan ini diletakkan di tempat yang tak tidak dapat dilihat oleh anak ketika sedang mengajar. Ini kerana anak tidak dapat fokus sepenuhnya apabila melihat mainan kerana mereka lebih ingin bermain dari belajar.

Banyakkan Rehat Di Antara Waktu Belajar

Selepas sesi pembelajaran, pastikan anak berehat untuk beberapa seketika sebelum sambung sesi pembelajaran. Biarkan anak untuk lakukan pergerakan setelah duduk lama seperti melompat, menari dan berjalan.

Selain itu, berehat sekejap selepas menumpukan perhatian yang lama dapat membuat mereka melepaskan rasa yang dipendam. Ianya dapat meningkatkan fokus anak untuk sesi pembelajaran seterusnya

Berikan Arahan Yang Mudah Difahami

Pastikan arahan diberikan dapat difahami oleh anak. Jangan berikan arahan yang terlalu panjang atau terlalu banyak langkah sebab bayi masih belum boleh faham ayat sepenuhnya.

Sebaliknya, beri satu arahan yang senang pada satu-satu masa sebelum beralih ke langkah seterusnya. Ini membantu meningkatkan fokus anak pada satu perkara sahaja dan mudah membuat apa yang diarahkan tanpa hilang minat.

Cara -cara meningkatkan fokus anak adalah proses yang memerlukan masa dan kesabaran. Melalui aktiviti yang menyeronokkan dan merangsang ini, anda dapat membantu mereka mengembangkan kemahiran fokus sejak awal.

Ingatlah, setiap bayi memerlukan aktiviti yang berbeza, jadi pastikan aktiviti disesuaikan dengan minat dan tahap pembesaran mereka. Dengan sokongan dan kasih sayang yang cukup, anak pasti akan dapat belajar untuk lebih fokus dan daya tumpuan mereka dapat ditingkatkan.

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top