Risau Anak Susah Berjalan? 5 Cara Pantas Ajar Anak Berjalan : Powerful Tips To Teach Child Walk

Ajar anak berjalan

Melihat anak berjalan merupakan sesuatu perkara yang dibanggakan ibu bapa dalam membesarkan anak. Setiap anak mengambil masa yang berbeza untuk belajar berjalan, tetapi kebiasaanya anak kecil mula belajar berjalan di sekitar usia 9 hingga 18 bulan. Terdapat pelbagai cara berkesan untuk mengajar anak berjalan yang boleh diamalkan dengan mudah dan pantas.

Tips Melatih Anak Berjalan

Langkah pertama adalah dengan memastikan rumah dalam keadaan bersih dan selamat. Pastikan tiada barang tajam atau bahaya di persekitaran rumah yang boleh menbahayakan anak. Selain itu, lantai di rumah perlulah dipastikan agar tidak licin supaya anak tidak tergelincir dalam rumah.

Karpet atau tikar boleh digunakan untuk alas permukaan lantai yang licin. Hal ini dapat memastikan anak dapat berjalan dengan selamat. Memastikan persekitaran rumah selamat bukan sahaja melibatkan lantai yang tidak licin, tetapi juga memastikan perabot di rumah disusun dengan baik agar tidak menghalang pergerakan anak.

Menyediakan kawasan bermain yang luas juga boleh membantu anak lebih bebas untuk bergerak dan belajar berjalan dengan lebih cepat.

Galakkan Anak Berjalan Tanpa Alas Kaki

Bagi melatih kaki semasa anak berjalan, ianya disarankan supaya anak tidak memakai sebarang kasut atau alas kaki semasa latihan. Pastikan tempat yang dilalui anak bersih dan selamat. Selepas sesi latihan, basuh kaki anak untuk menghindari jangkitan di kulit kaki anak.

Selain itu, berjalan tanpa alas kaki juga membantu anak merasai jenis permukaan yang berbeza, yang mana ia dapat menguatkan deria rasa anak dan meningkatkan koordinasi pergerakan mereka.

Elakkan Memaksa Anak Berjalan

Ajar anak berjalan dengan mainan

Sekiranya anak kelihatan enggan berjalan, jangan memaksa mereka untuk berjalan. Ini berlaku apabila anak belum bersedia kerana kakinya masih terlalu kecil untuk menampung berat badan. Beri anak lebih banyak masa sehingga mereka betul-betul bersedia untuk berjalan. Hal ini penting bagi tidak mendatangkan kesan buruk jangka panjang kepada kaki anak akibat mencuba untuk berjalan terlalu awal.

Kesabaran adalah kunci dalam melatih anak berjalan. Memaksa anak berjalan sebelum mereka bersedia boleh menyebabkan trauma atau ketakutan kepada anak. Sebaliknya, ibu bapa boleh memberikan dorongan dan pujian setiap kali anak menunjukkan kemajuan kecil dalam usaha mereka untuk berjalan.

Pimpin Tangan Anak Semasa Ajar Berjalan

pimpin sambil ajar anak berjalan

Semasa anak masih merangkak, pimpin tangan anak dan secara perlahan – lahan bantu anak untuk berdiri. Pastikan anak tidak terumbang ambing atau terjatuh semula sebelum memulakan latihan.

Ajar anak untuk berjalan langkah demi langkah. Untuk pastikan anak berjalan dengan mudah, letakkan perabot di tepi supaya dapat digunakan oleh anak untuk berpaut. Apabila anak sudah kelihatan mahir berjalan, lepaskan tangan anak dan cuba biarkan anak untuk berjalan sendiri. Sekiranya perlu, pegang semula tangan anak apabila anak menunjukkan kesukaran atau hampir jatuh. Aktiviti ini juga mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak apabila berpegangan tangan.

Letakkan Mainan Di Hadapan

Anak akan mudah berjalan sekiranya ada sesuatu yang menarik perhatian mereka. Oleh itu, mainan seperti anak patung, bola dan lori mainan boleh menjadi pendorong motivasi untuk anak belajar berjalan.

Anak akan berasa teruja untuk terus berjalan menuju ke hadapan yang akan membuatkan mereka berasa gembira untuk terus belajar berjalan. Aktiviti ini juga dapat mendatangkan pengalaman yang positif semasa anak sudah mula belajar berjalan.

Gunakan Alat Bantuan

Ajar anak berjalan dengan baby walker

Alatan untuk anak belajar berjalan seperti baby walker dapat membantu dalam proses latihan. Antara alatan yang boleh digunakan adalah walker untuk anak kecil.

Pastikan ada pengawasan  dari ibu bapa semasa anak berjalan menggunakan alatan ini bagi mengelakkan perkara tak diingini terjadi. Push toy adalah alternatif alat lain yang boleh digunakan untuk membantu anak berjalan.

Mengajar anak berjalan memerlukan persediaan rapi dan kesabaran yang tinggi. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan sokongan yang cukup dapat diberi supaya anak dapat belajar berjalan tanpa masalah.

Persekitaran yang selamat juga penting bagi memastikan anak tidak cedera semasa latihan. Oleh itu, ibu bapa perlu peka dengan keperluan dan tindak balas anak semasa melatih anak untuk berjalan sendiri.

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top