5 Petua Atasi Ruam Susu Pada Bayi – Tips Healthy For Baby

Ruam susu biasa berlaku pada bayi yang baru lahir. Ianya kerana kandungan susu yang diminum tidak serasi atau alergik. Mari baca 5 petua yang boleh digunakan untuk bayi yang baru lahir!

Kulit bayi yang baru lahir amatlah lembut dan mudah sensitif terhadap keadaan sekeliling. Mereka sangat mudah mengalami masalah kulit pada usia yang sangat muda.

Bukan itu sahaja, ibu bapa mestilah mengetahui cara untuk menghadapi situasi tersebut supaya alahan atau ruam yang dialami tidak semakin teruk dan merebak. Ruam juga dikira perkara biasa tetapi ianya boleh menjadi teruk sekiranya dibiarkan.

Apa itu ruam susu ?

Ruam susu adalah tindak balas kulit yang disebabkan oleh tindak balas alahan terhadap susu atau protein susu. Gejala ruam susu boleh termasuk:

  • Timbul bintik merah pada kulit (gatal-gatal)
  • Ruam kulit yang gatal, merah, menangis atau berkerak (dermatitis atau ekzema)
  • Bengkak muka
  • Semput atau batuk berterusan
  • muntah-muntah
  • Cirit-birit

Ianya boleh disebabkan oleh tindak balas alahan terhadap protein susu, seperti whey dan kasein, yang terdapat dalam susu lembu, serta susu daripada haiwan lain seperti kambing, biri-biri dan kerbauDalam sesetengah kes, ruam mungkin muncul secara tiba-tiba atau beransur-ansur, dan ia mungkin bertambah buruk atau bertambah baik dari semasa ke semasa.

Jika anda mengesyaki anak anda mengalami ruam susu, adalah penting untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan untuk diagnosis dan rawatan yang betul. Untuk menguruskan alahan susu, semua makanan yang mengandungi susu mesti dielakkan di bawah pengawasan perubatan yang ketat. Sekiranya anak anda diberi susu ibu secara eksklusif, ibu akan dinasihatkan untuk mengelakkan semua produk susu lembuAnak anda perlu dinilai sekitar setiap 6 hingga 18 bulan untuk melihat sama ada mereka telah membesar daripada alahan susu mereka.

5 Petua untuk ruam susu

Sebenarnya ruam ini boleh hilang sendiri tanpa rawatan. Tapi kerana ia tidak cantik dipandang dan tidak memberi keselesaan pada si kecil. Ibu bapa selalunya akan merawat ruam dengan cara sapuan krim.

Salah satu krim yang digunakan, krim yang mempunyai steroid yang disarankan oleh doktor sekiranya ruam semakin merah, menembal dan berterusan.

Ibu bapa haruslah berhati-hati semasa menyapu krim tersebut dan haruslah mengikut kuantiti yang diberikan oleh doktor. Hal ini kerana ia akan membuatkan kulit bayi anda semakin sensitif.

Oleh itu, marilah cuba ikhtiar dengan petua yang ingin dikongsikan. Semoga ia memberi manfaat dan pengetahuan untuk ibu bapa yang baru diluar sana.

1. Kerapkan Sesi Penyusuan

Berikan susu kepada bayi sekurang-kurangnya 8 kali dalam 24 jam, termasuk pada malam hari, untuk mengelakkan bengkak susu dan mengurangkan risiko ruam susu. Hal ini boleh membantu mengurangkan simptom ruam dan dapat mencegah dari ruam menjadi teruk.

Penyusuan secara kerap juga boleh membantu sistem imunisasi anak menjadi lebih baik. Oleh itu, memberikan susu secara kerap amat digalakkan untuk anak-anak yang baru lahir.

2. Bersihkan wajah bayi setelah menyusu

Ruam selalu berlaku selepas bayi menyusu. Jadi seharusnya selepas menyusu, ibu perlulah mengelap lebihan susu dengan kain yang direndam dengan air yang suam. Hal ini untuk mengelakkan kuman merebak disekitar muka. Ibu juga boleh melakukan petua ini setiap kali selepas susu untuk mencegah ruam ini daripada terjadi.

3. Menjaga pola pemakanan ibu

 

Pemakanan amat penting untuk ibu dalam menghasilkan pengeluaran susu. Tetapi pemakanan ibu juga boleh mempengaruhi faktor kesihatan dan nutrisi bayi. Ada sesetengah ibu yang memakan telur tetapi anak mendapat kesan dari pemakanan itu kerana anaknya alergi terhadap telur. Oleh itu, faktor pemakanan juga amat penting untuk dititikberat dalam hal penyusuan supaya dapat mengurangkan alergi seperti ruam untuk terjadi.

4. Elakkan ruam susu daripada terkena sabun atau syampu

ruam susu

Elakkan dari menggunakan sabun atau syampu yang tak sesuai untuk bayi. Sekiranya bayi mempunyai ruam, sabun atau syampu itu boleh lagi memudaratkan lagi keadaan ruam dan mungkin boleh menyebabkan ruam akan menjadi makin merah dan teruk. Hal ini boleh dielakkan dengan menggunakan sabun atau syampu yang lebih “gentle” untuk mengurangkan keradangan yang berlaku. Oleh itu, ibu bapa haruslah peka terhadap keadaan bayi agar tidak semakin teruk.

5. Minyak kelapa dara

Minyak kelapa dara sememangnya mempunyai seribu satu khasiat. Salah satu daripadanya ialah untuk menghilangkan ruam susu. Hal ini kerana minyak kelapa dara bagus dalam bantu merawat keradangan dan kulit sensitif. Sapukan sedikit minyak kelapa dara ke bahagian yang terkena ruam susu. Lakukan cara ini dengan sekerap yang mungkin.

So ibu bapa boleh amalkan petua ini dengan cara yang lebih baik daripada memakai krim steroid. Jum sama-sama kongsikan petua dengan ahli keluarga dan rakan-rakan anda sekarang.

Facebook
Twitter

More to explorer

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top